Lompat ke kandungan

Jawapan Bible

Jawapan Bible

Dapatkah dosa kita diampunkan?

Tidaklah susah untuk menyenangkan hati Tuhan

Menurut Bible, semua manusia mempunyai dosa yang diwarisi daripada Adam. Oleh itu, kadangkala kita buat hal yang salah. Tapi Yesus Kristus, iaitu Anak Tuhan, telah menebus dosa kita dengan nyawanya. Maka, pengorbanannya membuka jalan agar dosa kita dapat diampunkan. Korban tebusannya ialah anugerah daripada Tuhan.​—Baca Roma 3:23, 24.

Bagaimana pula jika kita telah melakukan dosa yang sangat teruk? Bible kata, ‘Darah Yesus membersihkan kita daripada semua dosa.’ (1 Yohanes 1:7) Ya, Yehuwa sedia memaafkan dosa yang serius jika kita bertaubat dengan ikhlas. Sudah pasti, hal itu melegakan hati kita.​—Baca Yesaya 1:18.

Apakah yang harus kita lakukan untuk mendapat pengampunan Tuhan?

Kita harus belajar tentang Tuhan Yehuwa. Contohnya, kita mahu tahu apa yang Dia suka dan benci, perintah-perintah-Nya, dan kehendak-Nya. (Yohanes 17:3) Yehuwa rela memaafkan orang yang bertaubat daripada dosa dan berusaha agar tidak mengulanginya lagi.​—Baca Kisah 3:19.

Yehuwa sangat pengasih dan berbelas kasihan. Dia memahami kelemahan kita. Maka, tidaklah susah untuk menyenangkan hati-Nya. Tidakkah hal ini mendorong anda untuk menghampiri-Nya?​—Baca Mazmur 103:13, 14.