17 OKTOBER 2024
AMERIKA SYARIKAT
Taufan Milton Membadai Florida, Amerika Syarikat
Pada 9 Oktober 2024, Taufan Milton Kategori 3 melanda Pantai Teluk Florida, A.S. Taufan ini melanda kurang daripada dua minggu selepas Taufan Helene membadai kawasan yang sama, dan menyebabkan lebih banyak kemusnahan dan banjir. Milton menghasilkan angin dengan kelajuan maksimum 289 kilometer sejam. Beberapa kawasan persisiran pantai menerima sebanyak 45 sentimeter hujan dan dipukul ombak setinggi 3 meter. Ini telah menyebabkan banjir yang teruk.
Selain itu, Taufan Milton juga menyebabkan kemusnahan yang meluas selepas menghasilkan sekurang-kurangnya 38 puting beliung di bahagian selatan dan tengah Florida. Kira-kira 80,000 orang tidak mempunyai elektrik dan sekurang-kurangnya 24 orang terkorban.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari yang terkorban
2 penyiar cedera parah
4 penyiar cedera ringan
9,949 saudara saudari berpindah atau terpaksa meninggalkan tempat itu
16 rumah musnah
235 rumah mengalami kerosakan teruk
1,398 rumah mengalami sedikit kerosakan
1 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
30 Dewan Perjumpaan kini tidak mempunyai elektrik dan tidak boleh digunakan
Bantuan yang Dihulurkan
Dua hari sebelum Taufan Milton melanda, cawangan Amerika Syarikat telah menghantar surat kepada lebih daripada 800 sidang yang berada dalam laluan taufan tersebut. Surat ini mengandungi maklumat yang berguna bagi sesiapa yang ingin berpindah dari kawasan tersebut
Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada saudara saudari yang terjejas akibat Taufan Helene dan Milton
3 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana bagi kedua-dua taufan itu
Ratusan Saksi di Georgia dan Carolina Selatan, A.S., menunjukkan kasih dengan menyediakan tempat tinggal bagi saudara saudari yang terpaksa berpindah
Saudara saudari di seluruh dunia akan terus berdoa agar Yehuwa terus memberikan “tempat berlindung” kepada semua yang terkesan akibat ribut yang kencang.—Yesaya 4:6.