Lompat ke kandungan

10 OKTOBER 2024
ERITREA

Serbuan dan Penangkapan Beramai-Ramai terhadap Saksi-Saksi Yehuwa di Eritrea

Seramai 23 Orang yang Dipenjarakan, Termasuk Saudari Berumur 85 Tahun

Serbuan dan Penangkapan Beramai-Ramai terhadap Saksi-Saksi Yehuwa di Eritrea

Pada 27 September 2024, pihak berkuasa Eritrea menyerbu sebuah rumah semasa perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa sedang diadakan secara aman. Pihak polis menahan 24 orang (6 saudara, 16 saudari, dan 2 kanak-kanak bawah umur). Tiga hari kemudian, pihak berkuasa kembali ke rumah tersebut dan menangkap saudari tua yang tinggal di rumah tersebut. Dia berumur 85 tahun. Kemudian, 2 kanak-kanak tersebut telah dibebaskan, manakala 23 orang dewasa yang ditahan telah dibawa ke Penjara Mai Serwa.

Kini, sebanyak 63 Saksi dipenjarakan di Eritrea kerana iman mereka. Jumlah ini merangkumi 10 orang yang melebihi umur 70 tahun. Semua saudara saudari yang ditahan, termasuk mereka yang ditangkap dalam serbuan ini, tidak didakwa melakukan jenayah atau disabitkan.

Kejadian ini merupakan perkembangan terkini penganiayaan terhadap para Saksi di Eritrea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, iaitu pada 25 Oktober 1994, presiden Eritrea telah membatalkan kewarganegaraan Saksi-Saksi Yehuwa yang dilahirkan di negara itu. Sejak itu, para Saksi di Eritrea telah dianiaya dengan teruk dan dipenjarakan secara tidak adil.

Kita amat berdukacita dengan kejadian ini dan terus berdoa untuk rakan seiman kita di Eritrea “yang dipenjarakan.” (Ibrani 13:3) Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus memberi mereka kelegaan, ketabahan, dan kekuatan yang diperlukan.