25 JANUARI 2023
BERITA GLOBAL
Perkembangan JW.ORG dalam Tempoh Sedekad—Bahagian 2
Menyebarkan Maklumat Terkini kepada Persaudaraan Sedunia
Dalam bahagian pertama siri rencana ini, kita telah melihat peranan jw.org dalam pengedaran video dan bahan terbitan Bible dalam bentuk digital. Dalam bahagian kedua, kita akan lihat bagaimana jw.org digunakan untuk menyebarkan berita terkini mengenai persaudaraan sedunia kita.
Rencana tentang Berita Semasa: Bahagian Berita JW mengandungi laporan terkini saudara saudari kita. Maklumatnya tepat dan dapat dipercayai. Terdapat laporan bencana dan kerja bantuan yang dijalankan, tentangan daripada kerajaan, pemenjaraan rakan seiman kita di pelbagai tempat, dan maklumat lain yang penting. Contohnya, pada 21 Mac 2017, terdapat rencana yang menyatakan bahawa ibadat Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia mungkin diharamkan. Maka, kempen sedunia untuk menulis surat kepada pegawai kerajaan Rusia telah dilancarkan.
Laporan Berita Terkini: Pada Julai 2017, ciri Berita Terkini dipaparkan pada jw.org buat kali pertama. Notifikasi ringkas ini mengandungi maklumat padat tentang suatu berita gempar. Contohnya, notifikasi ini dipaparkan apabila terdapat saudara saudari kita yang dibebaskan dari penjara seperti Saudara Feliks Makhammadiyev. Dia dibebaskan pada 31 Disember 2020, dan dapat bersatu semula dengan isterinya Yevgeniya. Semasa pandemik, notifikasi Berita Terkini juga digunakan untuk memaklumkan orang ramai bahawa sesi konvensyen dalam talian telah disediakan. Selain itu, keputusan Badan Pimpinan yang mustahak, seperti penyambungan semula perjumpaan bersemuka dan kesaksian di tempat awam, turut dikongsi melalui cara ini. Banyak informasi terkini telah disampaikan beberapa jam berikutan suatu peristiwa atau keputusan diumumkan. Contohnya pada Jun 2018, notifikasi Berita Terkini telah dipaparkan sejurus selepas Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengumumkan keputusan bahawa kerajaan telah melanggar undang-undang kerana tidak menyediakan khidmat awam alternatif.
Berita Terkini daripada Badan Pimpinan: Pada 18 Mac 2020, Berita Terkini Badan Pimpinan yang pertama telah dikeluarkan di jw.org. Tujuannya adalah untuk menggalakkan saudara saudari yang sedang mengharungi pandemik COVID-19. Ramai meluahkan penghargaan terhadap aturan ini. Seorang saudari kata, “Rasanya seperti seorang kawan sedang jenguk saya untuk tahu keadaan saya. Saya tidak boleh bayangkan perasaannya jika saya harus menghadapi pandemik tanpa video-video ini. Video ini selalu datang tepat pada masanya.” Sehingga kini, 28 video Berita Terkini Badan Pimpinan telah dikeluarkan.
Seraya dunia semakin berpecah belah dan sarat dengan kejadian yang menggemparkan, amatlah mencabar untuk memperoleh berita yang tepat dan dapat dipercayai. Tetapi, kita sangat bersyukur kerana laporan di jw.org sentiasa disediakan tepat pada masanya dan mengandungi informasi yang sahih. Persediaan ini membantu kita tetap ‘tenang dan percaya’ kepada Tuhan kita, Yehuwa.—Yesaya 30:15.
Video yang dimuat turun setiap bulan
Pelawat setiap hari dalam sebulan
Pengumuman kempen untuk menulis surat, Mac 2017
Pengeluaran pertama Berita Terkini Badan Pimpinan, Mac 2020
Pengumuman perjumpaan bersemuka disambung semula, Mac 2022
Pengumuman kesaksian di tempat awam disambung semula, Jun 2022
Pengeluaran sesi konvensyen dalam talian, Jun hingga Ogos 2022