20 JUN 2019
MEXICO
Monterrey, Mexico—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
Tarikh: 7-9 Jun 2019
Lokasi: Stadium BBVA Bancomer di Monterrey, Mexico
Bahasa: Bahasa Isyarat Mexico, Inggeris, Sepanyol
Disiarkan ke: 38 lokasi di 6 negara yang berlainan (Costa Rica, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, dan Panama)
Bilangan Tertinggi Hadirin: 39,099
Jumlah Orang yang Dibaptis: 393
Bilangan Wakil dari Negara Lain: 4,682
Cawangan yang Dijemput: Amerika Syarikat, Argentina, Belanda, Brazil, Colombia, Itali, Jepun, Paraguay, Perancis, Peru, Sepanyol
Pengalaman Tempatan: Roberto Valero, wakil datuk bandar Guadalupe, telah pergi ke lokasi konvensyen pada hari Sabtu. Dia berkata, “Kerajaan bertekad untuk menjaga kedamaian dan keselamatan rakyat. Kamu, Saksi-Saksi Yehuwa, memberikan sumbangan yang besar untuk mencapai matlamat ini kerana kamu semua orang yang baik. Semua orang di bandar ini pun sedar akan hal ini.”
Saudara saudari mengalu-alukan kedatangan wakil dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Monterrey
Para wakil sedang berjalan ke lokasi konvensyen. Gunung Silla kelihatan di belakang stadium
Saudara Mark Sanderson, salah seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah terakhir pada hari Jumaat
Seorang saudara sedang dibaptis pada hari Sabtu. Ada empat buah kolam yang digunakan untuk pembaptisan semasa konvensyen ini
Wakil konvensyen dari luar negara mendengar dengan teliti semasa ceramah disampaikan
Para pekhidmat khas sepenuh masa dari luar negara melambaikan tangan kepada para hadirin pada hari terakhir konvensyen
Sebuah keluarga dari Apodaca, Mexico, memegang kad yang bertulis, “Kami sayang kamu”
Saudari tempatan menginjil bersama wakil dari luar negara di Monterrey
Para wakil dari luar negara menikmati persembahan tarian Polka Norteña yang berasal dari bahagian utara Mexico
Saudari-saudari mempersembahkan tarian tradisional dari negeri Jalisco, Mexico