Lompat ke kandungan

Dewan Perjumpaan yang dilanda banjir (kiri) dan rumah salah seorang saudara (kanan)

10 JUN 2019
PARAGUAY

Banjir di Paraguay

Banjir di Paraguay

Pada hujung April 2019, hujan lebat di Paraguay telah menyebabkan banjir di kawasan sepanjang Sungai Paraguay. Sekurang-kurangnya enam orang yang terkorban dalam banjir itu.

Pejabat cawangan Paraguay melaporkan bahawa terdapat 137 orang saudara saudari kita di beberapa buah kota yang dipengaruhi oleh banjir itu. Di kota Asunción, banjir telah menyebabkan tembok Dewan Perjumpaan roboh. Dewan itu digunakan untuk mengadakan Sekolah Latihan Penginjil. Tidak ada saudara saudari kita yang cedera dalam banjir itu.

Pejabat cawangan telah menghantar keperluan asas seperti makanan dan air kepada saudara saudari kita. Tetapi memandangkan banjir masih berlaku, pejabat cawangan sedang memantau keadaannya dan akan terus memberikan bantuan yang diperlukan untuk menguatkan saudara saudari kita.

Kita akan terus berdoa bagi saudara saudari kita yang dipengaruhi oleh banjir di Paraguay. Kita yakin bahawa Yehuwa akan menjadi “kubu perlindungan” mereka pada masa yang mencabar ini.—Mazmur 31:2.