Detik Bersejarah di Perancis
2014—Anggota Saksi-Saksi Yehuwa diiktiraf sebagai pembimbing rohani bagi para banduan. Hal ini menghentikan diskriminasi terhadap para Saksi yang dicetuskan oleh laporan parlimen pada tahun 1995
30 JUN 2011—Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mengutuk Perancis kerana mencabuli hak kebebasan beragama Saksi-Saksi Yehuwa (ATJ lwn. France)
2000—Majlis Negara Perancis mengesahkan bahawa perbadanan sah tempatan hanya bertujuan untuk kegiatan agama. Maka, cukai tidak perlu dikenakan
1995—Dalam laporan yang bertajuk, “Kumpulan Agama di Perancis,” Suruhanjaya Siasatan Parlimen telah memberikan pernyataan negatif mengenai Saksi-Saksi Yehuwa
1993—Majlis Negara Perancis mengakui bahawa Dewan Perjumpaan yang dimiliki oleh perbadanan sah tempatan merupakan tempat ibadat dan tidak perlu dikenakan cukai
SEPTEMBER 1947—Pendaftaran sah diberikan kepada Association Les Témoins de Jéhovah
OKTOBER 1939—Kerajaan Perancis mengharamkan organisasi Saksi-Saksi Yehuwa
1930—Watch Tower Society menubuhkan pejabat cawangan di Paris
27 OGOS 1919—French International Bible Students Association ditubuhkan dan cawangannya terletak di Paris
1906—Kerajaan Perancis mendaftarkan pertubuhan Pelajar Bible