Lompat ke kandungan

Saudara Aleksandr Parkov yang dibebaskan dari penjara bersama isterinya Galina

13 OGOS 2024
RUSIA

Aleksandr Parkov Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Aleksandr Parkov Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Pada 9 Ogos 2024, Saudara Aleksandr Parkov telah dibebaskan dari penjara di Rusia. Dia disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun setengah pada 29 Julai 2021. Tetapi, oleh sebab dia sudah dipenjarakan sebelum disabitkan, tempoh hukumannya telah dipenuhi dan dia boleh dibebaskan.

Aleksandr dan isterinya Saudari Galina Parkova telah dipisahkan selama lebih daripada lima tahun. Sepanjang masa itu, Galina juga dibicarakan dalam kes yang lain dan dikenakan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dan tiga bulan. Selain itu, dia juga kehilangan pekerjaannya kerana perbicaraan kesnya.

Semasa di penjara, Aleksandr dibenarkan untuk berhubung dengan isterinya melalui panggilan telefon dan menulis surat. Galina masih ingat bagaimana suaminya menggalakkan dia untuk tetap tabah menghadapi cabaran ini. Galina kata, “Dia akan selalu mengingatkan saya bahawa selagi Yehuwa berada di sisi kita, kita tidak perlu berasa takut.”

Kita yakin bahawa Yehuwa akan memberkati Aleksandr dan Galina seraya mereka terus menyembah-Nya bersama-sama. Kita juga akan “sentiasa bersedia untuk berdoa” bagi pihak semua orang yang masih dipenjarakan.—1 Petrus 4:7.