25 SEPTEMBER 2020
RUSIA
Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh selama Dua Tahun atas Saudara Konstantin Bazhenov, Isterinya, dan Saudari yang Berumur 73 Tahun
Pada 25 September 2020, Mahkamah Daerah Yelizovsky di Kawasan Kamchatka menjatuhkan hukuman bersalah atas Saudara Konstantin Bazhenov, isterinya Snezhana, dan Saudari Vera Zolotova. Pada mulanya, pihak pendakwa telah meminta supaya Saudara dan Saudari Bazhenov didenda 600,000 ruble (RM 32,579) dan Saudari Zolotova 400,000 ruble (RM 21,713). Namun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun disusuli dengan sekatan selama enam bulan. Saudara dan Saudari Bazhenov berserta Saudari Zolotova gembira kerana mereka tidak perlu dipenjarakan atau membayar denda.