5 JULAI 2019
RUSIA
Mahkamah Rusia Menyatakan Saudara Aleksandr Solovyev Bersalah
Pada hari Khamis, 4 Julai 2019, Mahkamah Daerah Ordzhonikidzevskiy di bandar Perm’ menyatakan bahawa Saudara Aleksandr Solovyev bersalah. Dia dikenakan denda sebanyak 300,000 rubles (4,731 dolar Amerika Syarikat).
Saudara Solovyev ditangkap pada petang 22 Mei 2018, dekat sebuah stesen kereta api semasa dia dan isterinya, Anna, baru tiba dari luar negara. Pegawai polis menggari tangan Saudara Solovyev dan membawanya ke tempat penahanan sementara. Saudari Anna juga ditangkap oleh polis tetapi dia dibawa di dalam kenderaan yang berlainan. Para pegawai menggeledah apartmen mereka sepanjang malam dan merampas foto, alat elektronik, dan beberapa Bible milik mereka.
Selepas disoal siasat, Saudari Anna dibebaskan dan tidak didakwa, tetapi Saudara Solovyev didakwa. Dari 24 Mei hingga 19 November 2018, Saudara Solovyev ditahan di rumahnya dan kebebasannya disekat sehingga perbicaraan mahkamah bermula.
Para peguam Saudara Solovyev akan membuat rayuan terhadap keputusan ini. Mereka juga telah membuat permohonan kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memeriksa kes Saudara Solovyev.
Kita tahu bahawa kita akan menerima semakin banyak tentangan daripada Rusia dan negara lain. Tetapi kita “tidak gentar sama sekali akan orang yang menentang” kita. Kita berasa yakin bahawa Yehuwa akan terus membantu kita untuk bertabah sehingga hari penyelamatan kita tiba.—Filipi 1:28.