3 OGOS 2021
RUSIA
Saudara Andrey Okhrimchuk Bergantung pada Kekuatan daripada Yehuwa
TERKINI | Pada 3 Februari 2022, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Keempat menolak aduan Saudara Andrey Okhrimchuk. Hukuman asalnya, iaitu penjara tertangguh empat tahun, masih berkuat kuasa. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
22 Mei 2019
Pegawai bertopeng menggeledah rumah dan kenderaan Andrey pada awal pagi
29 Oktober 2020
Kes jenayah dibuka. Didakwa mengambil bahagian dalam perjumpaan agama yang diharam dan menyokong aktiviti organisasi ekstremis
5 April 2021
Perbicaraan bermula
2 Ogos 2021
Mahkamah Daerah Leninskiy di Rostov-on-Don mensabitkan Saudara Andrey Okhrimchuk. Hukuman penjara tertangguh selama empat tahun dikenakan ke atasnya.
4 Oktober 2021
Mahkamah Wilayah Rostov menolak rayuan Andrey. Hukuman asalnya masih berkuat kuasa. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini
Profil
Iman kuat yang ditunjukkan oleh saudara saudari di Rusia ialah contoh yang baik bagi kita semua. Kita tahu bahawa Andrey dan keluarganya akan mengharungi rintangan ini seraya mereka bergantung sepenuhnya pada Bapa kita yang di syurga, Yehuwa.—Mazmur 37:5.