Lompat ke kandungan

Saudara Dmitriy Vinogradov dengan isterinya, Zhanargul, dan anak perempuan mereka, Arina (kiri) dan Olesya (kanan)

18 MEI 2021
RUSIA

Saudara Dmitriy Vinogradov Menikmati Berkat Yehuwa walaupun Dianiaya

Saudara Dmitriy Vinogradov Menikmati Berkat Yehuwa walaupun Dianiaya

TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan

Pada 28 Oktober 2021, Mahkamah Wilayah Chelyabinsk menolak rayuan Saudara Vinogradov. Hukuman asalnya masih berkuat kuasa. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 7 Jun 2021, Mahkamah Daerah Tsentralniy di Chelyabinsk mensabitkan Saudara Dmitriy Vinogradov. Dia diberikan hukuman penjara tertangguh dua tahun.

Profil

Dmitriy Vinogradov

  • Tahun Lahir: 1963 (Chelyabinsk)

  • Biografi: Setelah ibu bapanya bercerai, dia dibesarkan oleh ibunya. Mempunyai hobi bermain catur dan kemudian menjadi jaguh catur sebagai kerjayanya. Mengajar di sekolah catur. Berkahwin dengan isterinya, Zhanargul, pada 1990. Mereka ada empat anak, dan dua anak bongsu masih tinggal bersama mereka

    Selalu tertanya-tanya mengapa manusia mencemarkan bumi dan menjejaskan orang lain. Mendapat jawapan yang memuaskan dalam Alkitab. Dibaptis sebagai Saksi Yehuwa pada 2014

Sejarah Kes

Pada akhir 2018, ejen kerajaan berpura-pura menunjukkan minat untuk berbincang Bible dengan Dmitriy. Maka, pada bulan Januari 2020, pihak berkuasa menganggap perbincangan-perbincangan itu sebagai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Dmitriy. Dua bulan kemudian, para pegawai menyerbu dan membongkar rumah Dmitriy semasa dia tiada di situ.

Dmitriy mempunyai masalah penglihatan dan tekanan darah tinggi. Tetapi dia berkata, “Hubungan saya dengan Tuhan tidak bergantung kepada kesihatan saya. Sebenarnya, saya gembira dan bangga kerana dapat memberikan kesaksian di mahkamah.”

Dmitriy dan keluarganya sudah pun menetapkan tabiat untuk membaca dan merenungkan Bible. Mereka juga mempunyai kebiasaan untuk buat persiapan, menghadiri, dan beri komen di perjumpaan. Selama bertahun-tahun, rutin baik ini telah bantu mereka lebih rapat dengan Yehuwa dan sesama sendiri, serta bantu mereka bersiap sedia untuk menghadapi tentangan. Dmitriy berkata, “Doa daripada saudara saudari yang setia sangat membantu kami. Yehuwa mendengarkan doa mereka, dan Dia melimpahi kami sekeluarga dengan berkat yang tak terhingga.”

Kita dapat belajar banyak daripada saudara saudari kita yang setia dan berani. Mereka tetap menghadapi penganiayaan dengan tabah dan sukacita. Kita mengungkapkan perasaan yang sama seperti yang disebut di 2 Tesalonika 1:4, “Kami membangga-banggakan kamu di hadapan sidang-sidang Tuhan, kerana kamu tetap tabah dan beriman semasa menanggung bermacam-macam penganiayaan dan kesusahan.”