19 OKTOBER 2023
RUSIA
Saudara Rustam Seidkuliev Diusir dari Rusia Selepas Dibebaskan
Pada 7 April 2023, Saudara Rustam Seidkuliev telah dibebaskan dari penjara di Rusia. Selepas menunggu beberapa bulan, dia diusir dari Rusia ke Turkmenistan pada 17 September 2023. Kerajaan Rusia juga telah menarik balik kewarganegaraannya. Isterinya Yuliya tidak sabar untuk berjumpa semula dengannya.
Rustam telah ditahan di rumah lebih daripada 7 bulan dan dipenjarakan selama hampir 23 bulan. Sepanjang masa itu, dia tetap beriman kepada Yehuwa dan mengekalkan sikap yang positif. Dalam satu surat yang ditulisnya semasa di penjara, Rustam menyebut tentang watak-watak Bible yang telah membantunya untuk bertabah. Katanya, “Contoh Nabot dan Mefiboset amat menggalakkan saya. Mereka dituduh dan dilayan dengan tidak adil. Tetapi, mereka tidak hilang iman dan tetap setia kepada Yehuwa. Teladan mereka meneguhkan saya dan membantu saya untuk bertumpu kepada harapan yang saya miliki.”
Semasa Rustam dipenjarakan, isterinya Yuliya hanya diizinkan untuk melawatnya tiga bulan sekali. Walaupun demikian, mereka berhubung setiap hari menerusi telefon dan dapat menguatkan satu sama lain. Mereka juga kaji ayat harian dan komen daripada buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari.
Tidak lama sebelum dipenjarakan, Rustam telah kata, “Saya tahu segalanya ada dalam kawalan Yehuwa, dan Dia pasti menjaga kita. Dia akan beri kita bantuan yang kita perlukan pada masa yang sesuai dan cara yang terbaik. Jadi, saya mahu terus yakin kepada Yehuwa dengan sepenuh hati.”
Kita yakin bahawa Yehuwa akan menjaga Rustam dan Yuliya seraya mereka terus bergantung pada-Nya dan menjadikan-Nya kubu dan tempat naungan mereka.—Mazmur 91:2.