23 DISEMBER 2021
RUSIA
Saudara Vitaliy Sukhov Sedar bahawa Yehuwa Menyokongnya menerusi Saudara Saudari
TERKINI | Pada 1 Mac 2022, Mahkamah Kawasan Krasnoyarsk menolak rayuan Saudara Vitaliy Sukhov dan menjunjung keputusan yang disabitkan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
21 Disember 2021
Mahkamah Daerah Zheleznodorozhny di Krasnoyarsk mensabitkan Vitaliy dan mengenakan hukuman penjara tertangguh enam tahun, termasuk tiga tahun tempoh pengawasan
25 Mac 2021
Perbicaraannya bermula
16 Oktober 2020
Pegawai mahkamah merampas kereta Vitaliy
21 Mei 2020
Apartmen Sukhov telah diserbu
8 Mei 2020
Kes jenayah terhadap Vitaliy dimulakan. Dia dituduh menyertai dan mengaturkan perjumpaan organisasi agama yang dilarang
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa mengetahui cabaran yang dihadapi saudara saudari dan akan sentiasa menyokong mereka.—Mazmur 37:17, 18.