Lompat ke kandungan

Saudari Tatyana Alushkina memeluk suaminya, Vladimir, yang baru dibebaskan dari penjara

10 APRIL 2020
RUSIA

Saudara Vladimir Alushkin Dibebaskan dari Penjara

Saudara Vladimir Alushkin Dibebaskan dari Penjara

Saudara Vladimir Alushkin telah dibebaskan dari penjara dan bersatu semula dengan isterinya pada 30 Mac 2020.

Dia dibebaskan setelah Mahkamah Daerah Penza mengeluarkan keputusannya pada 25 Mac, seperti dalam berita sebelumnya. Mahkamah membatalkan keputusan bersalah atas Saudara Vladimir Alushkin, Vladimir Kulyasov, Andrey Magliv, Denis Timoshin, Saudari Tatyana Alushkina, dan Saudari Galiya Olkhova. Jadi, kes mereka dikembalikan ke mahkamah yang asal dan dibicarakan oleh hakim yang berbeza. Sementara menunggu kes itu, mereka dikenakan pelbagai sekatan dan tidak bebas untuk pergi ke mana-mana.

Kita tentu gembira kerana mendengar bahawa Saudara Alushkin telah dibebaskan. Namun, dua hari kemudian, salah seorang lagi saudara kita di sebelah timur laut Rusia dinyatakan bersalah kerana kepercayaannya. Walaupun saudara saudari kita di Rusia menghadapi ketidakadilan ini, kita yakin bahawa mereka mengingati ayat di Nahum 1:7 yang menyatakan, “Yehuwa itu baik, dan Dia merupakan kubu perlindungan pada masa kesusahan. Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.”