Lompat ke kandungan

Saudari Lyudmila Ponomarenko

15 APRIL 2021
RUSIA

Saudari Lyudmila Ponomarenko, Berumur 70 Tahun, Menghadapi Perbicaraan Jenayah dengan Tabah

Saudari Lyudmila Ponomarenko, Berumur 70 Tahun, Menghadapi Perbicaraan Jenayah dengan Tabah

Keputusan Mahkamah

Tidak lama lagi, Mahkamah Daerah Leninskiy di Rostov-on-Don akan mengumumkan keputusan kes Saudari Lyudmila Ponomarenko. a

Profil

Lyudmila Ponomarenko

  • Tahun Lahir: 1950 (Ola, Wilayah Magadan)

  • Biografi: Bekerja sebagai juruelektrik kilang sebelum bersara. Mempunyai dua anak perempuan dan dua cucu. Suka membaca dan mengait. Menjaga suaminya yang mengalami penyakit serius

  • Sangat terharu setelah belajar tentang nama peribadi Pencipta. Tujuan Tuhan bagi bumi dan manusia juga telah menyentuh hatinya. Dibaptis sebagai Saksi Yehuwa pada 1998

Sejarah Kes

Pada 6 Jun 2019, kes siasatan jenayah dibuka terhadap Saudari Lyudmila Ponomarenko. Dia dituduh kononnya melakukan jenayah dengan menyediakan tempat untuk perjumpaan agama bagi organisasi ekstremis dan mengongsi mesej Bible dengan orang lain.

Lyudmila tidak pernah harap bahawa dia dapat mengelak daripada dianiaya seperti saudara saudari lain di Rusia. Dia menjelaskan, “Apabila saudara saudari mula dianiaya di Moscow dan Taganrog, saya sedar lambat-laun kita semua akan dianiaya juga.”

Disebabkan sekatan COVID-19, rakan seiman tidak boleh hadir ke perbicaraan mahkamah untuk memberi galakan dan sokongan. Mengenai hal itu, Lyudmila berkata, “Saya risau dan cemas kerana terpaksa menghadapi kes perbicaraan seorang diri. Jadi, saya memupuk tabiat untuk menyanyi lagu rohani dalam hati dan berdoa kepada Yehuwa setiap kali pergi ke mahkamah. Saya dapati hal itu telah bantu saya jadi kuat dan berani. Saya tidak lagi cemas semasa perbicaraan berlangsung. Saya juga rasa waktu perbicaraan seperti berlalu dengan cepat.”

Lyudmila juga memberitahu tentang kesan kes mahkamahnya terhadap suami dan dua anak perempuannya, yang semuanya bukan Saksi. Dia menerangkan, “Mereka rasa susah untuk faham kenapa saya dituduh. Mereka juga bimbang kerana kesihatan saya terkesan akibat perbicaraan ini. Tapi setelah masa berlalu, mereka sedar kes ini memang tidak berasas. Kini sokongan daripada mereka bantu saya bertabah.”

Penganiayaan yang dihadapi Lyudmila tidak melemahkan semangatnya. Dia menjelaskan, “Hati saya penuh sukacita kerana saya tidak perlu takut apa akan berlaku kepada saya sekarang. Saya juga tidak risau tentang apa yang akan berlaku pada masa depan menurut nubuat Bible. Hubungan saya dengan Yehuwa semakin erat. Doa saya kepada-Nya juga lebih panjang dan semakin bermakna.”

Kita yakin Saudari Ponomarenko akan terus dibantu oleh kuasa suci Yehuwa dan tetap “berlindung di bawah naungan Yang Maha Kuasa.”—Mazmur 91:1.

a Tarikh keputusan mahkamah belum diumumkan.