Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Andrey Martynov; isterinya, Nina; Saudari Zoya Pavlova; dan Saudara Mikhail Yermakov

8 DISEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 15 FEBRUARI 2023
RUSIA

TERKINI—DENDA DIKURANGKAN | Yakin akan Sokongan Yehuwa

TERKINI—DENDA DIKURANGKAN | Yakin akan Sokongan Yehuwa

Pada 13 Februari 2023, Mahkamah Agung di Republik Chuvash telah mengurangkan jumlah denda yang dikenakan terhadap Saudari Nina Martynova dan Saudari Zoya Pavlova. Denda yang harus dibayar telah dikurangkan daripada 350,000 ruble (4,780 dolar Amerika) kepada 80,000 ruble (1,092 dolar Amerika). Hukuman penjara tertangguh yang dikenakan terhadap Saudara Andrey Martynov dan Saudara Mikhail Yermakov dikekalkan.

Pada 22 Disember 2022, Mahkamah Daerah Alatyrskiy di Republik Chuvash mensabitkan Andrey, Nina, Zoya, dan Mikhail. Nina dan Zoya dikenakan denda sebanyak 350,000 ruble (4,780 dolar Amerika). Andrey dan Mikhail dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Saudara saudari kita tetap setia dan teguh semasa menghadapi penganiayaan. Seperti mereka, kita juga dapat menjadi “berani seperti singa” semasa menghadapi cabaran dan yakin akan kasih dan sokongan Yehuwa.—Amsal 28:1.

Garis Masa

  1. 23 Jun 2021

    Beberapa rumah di Alatyr telah digeledah

  2. 28 Oktober 2021

    Siasatan bermula terhadap Andrey atas tuduhan mengaturkan aktiviti organisasi ekstremis. Dikenakan sekatan perjalanan

  3. 25 April 2022

    Andrey didakwa secara rasmi. Nina juga ditambahkan ke dalam kes jenayah tersebut dan didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti organisasi ekstremis

  4. 26 April 2022

    Zoya didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti organisasi ekstremis dan ditambahkan ke dalam kes jenayah tersebut

  5. 28 April 2022

    Mikhail didakwa mengaturkan aktiviti organisasi ekstremis dan ditambahkan ke dalam kes jenayah tersebut

  6. 31 Ogos 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula