Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Rustam Diarov, Saudara Yevgeniy Ivanov dan isterinya, Olga, dan Saudara Sergey Klikunov

21 OKTOBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 26 DISEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN DITAMBAHKAN | Saudara Saudari di Rusia Tetap Bersukacita meskipun Ditahan

TERKINI—HUKUMAN DITAMBAHKAN | Saudara Saudari di Rusia Tetap Bersukacita meskipun Ditahan

Pada 22 Disember 2022, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Keempat menambahkan hukuman terhadap Saudara Rustam Diarov dan Sergey Klikunov, dan Saudara Yevgeniy Ivanov serta isterinya, Olga. Hakim memutuskan bahawa selepas menjalani hukuman penjara mereka, mereka juga akan dilarang untuk meninggalkan Astrakhan. Para saudara dan saudari kita yang berada di pusat tahanan reman menyertai perbicaraan melalui persidangan video.

Pada 3 Mac 2022, Mahkamah Wilayah Astrakhan menolak rayuan Saudara Rustam Diarov dan Saudara Sergey Klikunov, serta Saudara Yevgeniy Ivanov dan isterinya, Olga. Mereka tetap dipenjarakan.

Garis Masa

  1. 25 Oktober 2021

    Mahkamah Daerah Trusovskiy di Astrakhan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas Rustam, Yevgeniy, dan Sergey. Isteri Yevgeniy iaitu Olga, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan enam bulan. Ketiga-tiga saudara itu sudah ditahan. Olga pula ditahan dengan serta-merta

  2. 11 Jun 2020

    Rustam, Yevgeniy, dan Sergey ditahan di sebuah penjara sebelum perbicaraan. Olga pula ditahan di rumahnya

  3. 9 Jun 2020

    Lebih daripada 100 pegawai menyerbu rumah 27 keluarga Saksi di bandar Astrakhan. Rustam, Yevgeniy, Olga, dan Sergey dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  4. 8 Jun 2020

    Kes jenayah dibuka terhadap Rustam, Yevgeniy, Olga, dan Sergey. Kesemua saudara dituduh mengatur dan memberikan sokongan kewangan bagi kegiatan ekstremis. Olga pula dituduh menyertai kegiatan ekstremis

Profil

Sememangnya kita rasa lega kerana mengetahui bahawa Yehuwa sentiasa dekat dengan hamba-Nya pada masa yang susah.—Mazmur 139:5, 10.