Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Anatoliy Gezik dan isterinya, Irina. Kanan: Saudara Viktor Zimovskiy dan isterinya, Nadezhda

26 OGOS 2022 | DIKEMASKINIKAN: 8 MAC 2023
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN DIUBAH | Hadapi Penganiayaan dengan Tenang dan Yakin

TERKINI—HUKUMAN DIUBAH | Hadapi Penganiayaan dengan Tenang dan Yakin

Pada 1 Mac 2023, Mahkamah Kawasan Stavropol mengumumkan keputusan kes Saudara Anatoliy Gezik, isterinya Irina, dan Saudara Viktor Zimovskiy. Hukuman yang dikenakan sebelumnya bagi Anatoliy dan Viktor telah diubah kepada hukuman penjara tertangguh. Anatoliy tidak lagi perlu menjalankan hukuman buruh paksa. Viktor telah dibebaskan dari penjara dengan serta-merta. Irina masih dijatuhkan hukuman penjara tertangguh. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 14 November 2022, Mahkamah Bandar Georgievskiy di Kawasan Stavropol menyatakan Anatoliy dan isterinya, Irina, serta Viktor bersalah. Anatoliy dijatuhkan hukuman buruh paksa empat tahun dan dua bulan. Irina dijatuhkan hukuman penjara tertangguh empat tahun dan dua bulan. Viktor pula dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua bulan. Dia dibawa ke penjara dengan serta-merta.

Garis Masa

  1. 23 Oktober 2019

    Pegawai penguat kuasa menggeledah rumah tiga keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Georgievsk. Para pegawai sembunyikan bukti palsu semasa menggeledah rumah. Anatoliy, Irina, Viktor, dan lapan lagi Saksi ditahan dan disoal siasat semalaman

  2. 30 Disember 2019

    Kes jenayah dibuka terhadap Anatoliy, Irina, dan Viktor

  3. 23 Januari 2020

    Viktor disoal siasat sekali lagi dan ditempatkan di pusat tahanan sementara. Keesokannya, dia dipindah ke tahanan sebelum perbicaraan

  4. 23 Mac 2020

    Viktor dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  5. 6 Mei 2020

    Viktor dibebaskan dari tahanan rumah dan sekatan perjalanan dikenakan

  6. 6 Oktober 2021

    Sekatan perjalanan Viktor dibatalkan

  7. 10 Mac 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Semasa mereka bertabah dengan sukacita dan harapan, kita yakin sepenuhnya bahawa Yehuwa akan tetap “dekat kepada semua orang yang berseru kepada-Nya.”—Mazmur 145:18.