Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudari Lyubov Galitsyna, Saudara Garegin Khachaturyan, dan Saudara Gevorg Yeritsyan

8 APRIL 2024 | DIKEMASKINIKAN: 1 JULAI 2024
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN PENJARA | Merasai Jagaan Yehuwa semasa di Pusat Tahanan

TERKINI—HUKUMAN PENJARA | Merasai Jagaan Yehuwa semasa di Pusat Tahanan

Pada 26 Jun 2024, Mahkamah Bandar Novocherkassk di Wilayah Rostov mensabitkan Saudari Lyubov Galitsyna, Saudara Garegin Khachaturyan, dan Saudara Gevorg Yeritsyan. Lyubov dijatuhkan hukuman penjara dua tahun tiga bulan. Memandangkan dia telah dipenjarakan dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan, tempoh hukumannya telah dipenuhi. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Garegin dan Gevorg masing-masing telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun enam bulan dan enam tahun dua bulan. Mereka akan terus ditahan.

Profil

Walaupun musuh menentang kita, kita yakin bahawa Yehuwa akan “mengubahnya menjadi kebaikan” dan terus memberkati kesetiaan kita.—Kejadian 50:20.

Garis Masa

  1. 11 Ogos 2022

    Kes jenayah dibuka terhadap Lyubov, Garegin, dan Gevorg. Rumah-rumah mereka digeledah. Garegin dan Gevorg dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  2. 12 Ogos 2022

    Garegin dan Gevorg dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  3. 16 Ogos 2022

    Lyubov dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  4. 17 Ogos 2022

    Lyubov dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  5. 20 September 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  6. 25 Disember 2023

    Lyubov dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

a b Semasa rencana ini disediakan, Saudara Khachaturyan dan Yeritsyan masih ditahan dan tidak dapat ditemu ramah.