Lompat ke kandungan

Saudara Aleksandr Kabanov

8 OGOS 2022 | DIKEMASKINIKAN: 29 DISEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—KEPUTUSAN DIBATALKAN | Persediaan Bantu Aleksandr Kabanov Tetap Bertenang

TERKINI—KEPUTUSAN DIBATALKAN | Persediaan Bantu Aleksandr Kabanov Tetap Bertenang

Pada 27 Disember 2022, Mahkamah Kawasan Krasnoyarsk membatalkan hukuman penjara tertangguh Saudara Aleksandr Kabanov yang selama dua tahun dan enam bulan serta memohon perbicaraan mahkamah yang baharu. Pada 5 Ogos 2022, Mahkamah Bandar Zelenogorsk mengumumkan keputusan bagi kes Saudara Kabanov, tetapi mendapat rayuan. Dia harus tetap berada di dalam wilayah sementara menunggu perbicaraan mahkamah yang baharu.

Mahkamah Bandar Zelenogorsk di Kawasan Krasnoyarsk bakal mengumumkan keputusan kes Saudara Aleksandr Kabanov. Pihak pendakwa telah memohon agar Saudara Aleksandr dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan enam bulan.

Garis Masa

  1. 26 Disember 2019

    Ditahan dan dituduh kerana sertai aktiviti organisasi ekstremis yang terlarang, termasuk membaca Bible dan bercakap dengan orang lain tentang Yehuwa. Ditempatkan di pusat tahanan sementara

  2. 27 Disember 2019

    Dibebaskan selepas hakim tolak permohonan penyiasat untuk tempatkan Aleksandr dalam tahanan sebelum perbicaraan

  3. 6 Disember 2021

    Aleksandr ucapkan kata-kata penutupannya di mahkamah. Daripada menjatuhkan hukuman, hakim kembalikan kes ke peringkat penyiasatan, maka perbicaraan dipanjangkan

  4. 25 Mac 2022

    Perbicaraan mahkamah disambung semula

Profil

Saudara saudari kita di Rusia ialah contoh yang amat baik dari segi iman kerana mereka ikut teladan Yesaya yang berkata, “Tuhan ialah Penyelamatku. Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak akan takut. Yah ialah kekuatanku; Yehuwa ialah pelindungku.”—Yesaya 12:2.