13 JANUARI 2022
RUSIA
TERKINI | Keyakinan Saudara Yevstigneev terhadap Yehuwa Membantunya Tetap Setia
Pada 1 Ogos 2022, Mahkamah Wilayah Nizhny Novgorod menolak rayuan Saudara Kirill Yevstigneev. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 12 Mei 2022, Mahkamah Daerah Leninskiy di Bandar Nizhny Novgorod mensabitkan Kirill dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun.
Garis Masa
8 Oktober 2021
Perbicaraan kes jenayah bermula. Dalam penjelasannya kepada hakim, Kirill berkata bahawa perhimpunan itu ialah acara sosial, dan bukannya perhimpunan agama
24 Ogos 2021
Kirill dikenakan sekatan perjalanan
2 September 2020
Kes jenayah terhadap Kirill difailkan atas tuduhan “memberikan sokongan kewangan bagi kegiatan ekstremis” kerana dia menyewa bilik itu
11 Julai 2019
Pihak berkuasa berfokus kepada Kirill kerana dia menandatangani kontrak untuk menyewa bilik persidangan itu; rumahnya digeledah
4 Jun 2019
Siasatan jenayah dimulakan terhadap “orang yang tidak dikenal pasti” yang hadir ke perhimpunan sosial
April 2019
Kirill dan beberapa orang Saksi-Saksi Yehuwa di Nizhny Novgorod menyewa sebuah bilik persidangan untuk perhimpunan sosial
Profil
Keyakinan kita terus bertambah semasa kita mendengar keberanian yang ditunjukkan Kirill dan isterinya serta saudara saudari yang dianiaya di Rusia dan Crimea.—Filipi 1:13, 14.