2 NOVEMBER 2021
RUSIA
TERKINI | Lima Saksi di Sakhalin yang Didakwa Terus Bergantung pada Yehuwa
Pada 11 Mei 2022, Mahkamah Wilayah Sakhalin menolak rayuan Saudara Vyacheslav Ivanov, Saudara Aleksandr Kozlitin, Saudara Sergey Kulakov, Saudari Tatyana Kulakova, dan Saudara Yevgeniy Yelin. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 31 Januari 2022, Mahkamah Bandar Nevelskiy di Wilayah Sakhalin mensabitkan Vyacheslav, Aleksandr, Sergey, Tatyana, dan Yevgeniy. Sergey dan Yevgeniy masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun dan enam bulan. Vyacheslav, Aleksandr, dan Tatyana masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun.
Garis Masa
Julai 2020
Sekatan pergerakan dikenakan ke atas Vyacheslav, Aleksandr, Sergey, dan Tatyana
2 April 2020
Sekatan pergerakan dikenakan ke atas Yevgeniy
20 Januari 2019
Pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB), iaitu polis rahsia di Rusia, menyerbu sekurang-kurangnya 11 buah rumah orang yang disyaki merupakan Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka bertindak kasar dan bahkan menyoal siasat anak-anak yang masih di bawah umur. Hal ini berlaku tidak lama selepas presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan bahawa dia akan menyiasat kejadian berkenaan penganiayaan Saksi-Saksi Yehuwa
Profil
Sememangnya, saudara saudari kita menunjukkan mereka setuju dengan kata-kata ini: “Tuhan ialah Penyelamatku. Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak akan takut.” (Yesaya 12:2) Kita yakin Yehuwa akan terus menjaga mereka.