26 JULAI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 6 DISEMBER 2023
RUSIA
TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Yehuwa Kuatkan Saudara yang Ditahan Secara Tidak Adil
Pada 5 Disember 2023, Mahkamah Bandar Surgut di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra mensabitkan 17 saudara dan seorang saudari. Antara mereka termasuk Saudara Yevgeniy Fedin, Artur Severinchik, dan Timofey Zhukov. Kesemua 17 saudara dijatuhkan hukuman penjara tertangguh yang bertempoh antara enam tahun tiga bulan hingga tujuh tahun. Saudari kita pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun dan tiga bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
15 Februari 2019
Pegawai polis menggeledah banyak rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Surgut dan bandar-bandar yang berhampiran. Tujuh saudara melaporkan bahawa para pegawai mendera mereka semasa disoal siasat. Tiga saudara ditahan sebelum perbicaraan, termasuk Yevgeniy Fedin dan Artur Severinchik
7 Mac 2019
Selepas 21 hari, mahkamah rayuan mengarahkan agar Artur dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan
11 April 2019
Yevgeniy dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan selepas hampir dua bulan. Mahkamah mengenakan sekatan perjalanan dan komunikasi serta penggunaan Internet
16 Januari 2020
Seorang hakim arahkan agar Saudara Timofey Zhukov pergi ke hospital psikiatrik untuk diperiksa. Penyiasat kata mereka mahu Timofey diperiksa kerana dia enggan menjawab semasa disoal siasat. Sebenarnya, hak ini dilindungi dalam Perkara 51, Perlembagaan Persekutuan Rusia. Timofey kemudian membuat rayuan atas keputusan hakim itu
5 Februari 2020
Polis tangkap Timofey semasa dia meninggalkan mahkamah. Walaupun dia masih menunggu keputusan rayuannya, pegawai membawanya ke hospital psikiatrik sejauh kira-kira 1,200 kilometer di Yekaterinburg. Dia berada di situ selama 14 hari
5 Mac 2020
Mahkamah rayuan memutuskan bahawa penahanan Timofey melanggar undang-undang
19 Oktober 2021
Mahkamah itu mengarahkan agar pampasan diberikan kepada Timofey kerana ditahan secara tidak sah
12 November 2021
Semasa perbicaraan awal, peguam bela mengemukakan bukti tentang tindakan pihak berkuasa yang melanggar undang-undang dan tidak berperikemanusiaan. Ini termasuk mendera, memalsukan bukti, dan menggunakan pakar yang berat sebelah. Peguam bela meminta mahkamah untuk kembalikan kes itu kepada pihak pendakwa raya
15 November 2021
Hakim akui sebahagian daripada siasatan itu melanggar undang-undang, tetapi masih enggan kembalikan kes kepada pihak pendakwa raya
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan tetap berada di samping Yevgeniy, Artur, Timofey, serta semua saudara saudari yang “menumpukan perhatian kepada hal-hal yang tidak kelihatan,” semasa mereka tabah hadapi penganiayaan.—2 Korintus 4:17, 18.