24 JANUARI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 16 FEBRUARI 2024
RUSIA
TERKINI—PARA SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | Yehuwa Bantu Dua Saudari yang Sakit untuk Bertabah semasa Ditahan selama Enam Bulan
Pada 14 Februari 2024, Mahkamah Daerah Promyshlenniy di Smolensk mensabitkan Saudari Tatyana Galkevich dan Valentina Vladimirova. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
14 Mei 2019
Pihak berkuasa mula menyiasat Tatyana dan Valentina. Polis menggeledah rumah mereka. Selepas itu, mereka ditahan dan disoal siasat lebih daripada 48 jam. Walaupun mereka alami masalah kesihatan kronik, mereka dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
22 November 2019
Selepas lebih daripada enam bulan, Tatyana dan Valentina dibebaskan dan ditahan di rumah
31 Disember 2019
Valentina dihantar ke hospital kerana kesihatannya merosot
6 Ogos 2020
Selepas kira-kira lapan bulan, walaupun Tatyana tidak lagi ditahan di rumah, namun dia tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan tempat tinggalnya. Valentina pula tetap ditahan di rumah, dan hanya dibenarkan untuk berhubung dengan seorang saudara-mara terdekat dan seorang peguam
2 Oktober 2020
Pihak berkuasa menggunakan dokumen yang mengandungi 400 muka surat untuk mendakwa Tatyana dan Valentina. Mereka dituduh berkomplot untuk “sembunyikan aktiviti organisasi ekstremis”
14 Oktober 2020
Semasa perbicaraan awal, seorang hakim arahkan kes itu dikembalikan kepada pejabat pendakwa raya untuk siasatan lanjut kerana bukti yang disertakan tidak sah. Meskipun Valentina tidak dapat berdiri semasa perbicaraan kerana kesihatannya, mahkamah enggan bebaskannya dari tahanan rumah
25 Februari 2021
Sebuah mahkamah rayuan membatalkan keputusan untuk kembalikan kes itu ke pejabat pendakwa raya, maka perbicaraan diteruskan
Profil
Kita berdoa semoga Yehuwa tetap jadi ‘kekuatan dan perisai’ bagi Valentina, Tatyana, serta semua saudara saudari yang hadapi tentangan di Rusia dan Crimea.—Mazmur 28:7.