Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Aleksandr Prianikov, Saudari Venera Dulova, dan Saudari Darya Dulova

27 JANUARI 2020 | DIKEMASKINIKAN: 9 FEBRUARI 2024
RUSIA

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Saudara Aleksandr Prianikov, Saudari Venera, dan Saudari Darya Dulova Dinyatakan Bersalah oleh Mahkamah Rusia

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Saudara Aleksandr Prianikov, Saudari Venera, dan Saudari Darya Dulova Dinyatakan Bersalah oleh Mahkamah Rusia

Pada 8 Februari 2024, Mahkamah Wilayah Sverdlovsk menolak rayuan Saudara Aleksandr Prianikov dan Saudari Venera Dulova. Hukuman penjara tertangguh yang telah dijatuhkan akan mula berkuat kuasa. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Kes Saudari Darya Dulova telah dibatalkan kerana dia di bawah umur 18 tahun semasa tuduhan dibuat terhadapnya, dan tempoh had masa tindakan bagi orang yang di bawah umur sudah tamat.

Pada 14 Mac 2023, Mahkamah Agung Persekutuan Rusia menarik balik keputusan tidak bersalah Saudara Aleksandr Prianikov, Saudari Venera, dan Saudari Darya Dulova. Kes mereka akan dikembalikan ke peringkat rayuan.

Pada 15 Mac 2022, Mahkamah Wilayah Sverdlovsk membatalkan keputusan bersalah atas Aleksandr, Venera, dan anak perempuannya, Darya. Namun, mereka bertiga masih mungkin dinyatakan bersalah dalam kes yang lain.

Pada 27 Januari 2020, Aleksandr, bersama dengan Venera dan Darya telah dinyatakan bersalah oleh Mahkamah Bandar Karpinsk. Mahkamah mengenakan hukuman penjara tertangguh dua tahun setengah atas Aleksandr, dua tahun atas Venera, dan satu tahun atas Darya. Maksudnya, walaupun mereka tidak perlu dipenjarakan, mereka masih di bawah pengawasan untuk tempoh hukuman. Mereka akan membuat rayuan.