Lompat ke kandungan

Saudara Dmitriy Dolzhikov dan isterinya Marina

2 MEI 2023| DIKEMASKINIKAN: 3 JULAI 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Mencontohi Umat Tuhan yang Beriman

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Mencontohi Umat Tuhan yang Beriman

Pada 30 Jun 2023, Mahkamah Daerah Leninskiy di Novosibirsk mensabitkan Saudara Dmitriy Dolzhikov dan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Hakim mengubah hukuman ini kepada buruh paksa selama tiga tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Selama tempoh hukumannya, 10 peratus daripada gajinya akan dirampas oleh kerajaan. Dia juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan bandar itu.

Profil

Kita yakin bahawa Yehuwa akan sentiasa menguatkan Dmitriy dan semua saudara saudari seraya Dia memerhatikan iman dan ketabahan kita.—Wahyu 2:19.

Garis Masa

  1. 13 Mei 2022

    Kes jenayah dibuka

  2. 8 September 2022

    Apartmen digeledah. Dibawa ke pusat tahanan sementara

  3. 9 September 2022

    Disoal siasat dan dihantar dengan kapal terbang dari Chelyabinsk ke pusat tahanan di Novosibirsk yang sejauh 1,500 kilometer

  4. 11 November 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

  5. 24 November 2022

    Dibebaskan setelah ditahan sebelum dibicarakan. Dia kemudiannya ditahan di rumah