10 OGOS 2022
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Penghargaan Kuatkan Viktor Shayapov untuk Bertabah dengan Sukacita
Pada 7 November 2022, Mahkamah Daerah Nikolskiy di Wilayah Penza menyatakan Saudara Viktor Shayapov bersalah dan mengenakan hukuman penjara tertangguh dua tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
19 Ogos 2021
Kes jenayah dibuka. Didakwa menyertai aktiviti ekstremis
5 Februari 2022
Dihentikan oleh polis. Kemudian rumahnya diserbu dan digeledah pada hari itu. Ditahan dan dibawa ke Penza yang sejauh 740 kilometer
6 Februari 2022
Ditempatkan di pusat tahanan sementara
8 Februari 2022
Dibebaskan dari pusat tahanan sementara dan ditahan di rumah
28 Mac 2022
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Pada masa kesusahan, Yehuwa memberi kita kedamaian kerana kasih setia-Nya. Betapa bersyukurnya kita kerana tahu bahawa kedamaian ini akan menjaga hati dan fikiran kita!—Filipi 4:7.