Lompat ke kandungan

Saudari Yelena Menchikova

21 DISEMBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 24 JANUARI 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | Saudari Yelena Menchikova Dikuatkan dengan Berdoa kepada Yehuwa, Sahabatnya yang Terbaik, dan Merenungkan Teladan Hamba yang Setia

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | Saudari Yelena Menchikova Dikuatkan dengan Berdoa kepada Yehuwa, Sahabatnya yang Terbaik, dan Merenungkan Teladan Hamba yang Setia

Pada 23 Januari 2024, Mahkamah Bandar Cherkessk di Republik Karachayevo-Circassian mensabitkan Saudari Yelena Menchikova. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama empat tahun dan enam bulan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 5 Disember 2022, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Kelima membatalkan sabitan Saudari Yelena Menchikova. Kesnya akan dibicarakan lagi.

Garis Masa

  1. 15 Disember 2021

    Mahkamah Bandar Cherkessk di Republik Karachayevo-Circassian mensabitkan Yelena dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun atasnya

  2. 9 Jun 2021

    Perbicaraannya bermula

  3. 9 Mac 2021

    Pegawai penyiasat membuat dakwaan kedua, kali ini atas tuduhan “membuat rancangan jenayah” untuk melibatkan orang lain dalam kegiatan sebuah organisasi yang ekstremis

  4. 10 Februari 2021

    Pegawai penyiasat menolak rayuan Yelena untuk membatalkan kes tersebut selepas dia menggunakan ayat Bible untuk menjelaskan perbuatannya. Menurut pegawai itu, penggunaan ayat Bible membuktikan bahawa dia sudah melakukan “jenayah”

  5. 13 November 2020

    Pegawai penyiasat membuka kes jenayah terhadapnya kerana menyanyi dan berdoa kepada Yehuwa

  6. 12 November 2020

    Pihak berkuasa menggeledah rumah Yelena buat kali kedua

  7. 16 Disember 2019

    Pegawai FSB di Cherkessk menggeledah rumah 10 buah keluarga Saksi-Saksi Yehuwa, termasuk rumah Yelena

Profil

Marilah kita berdoa agar Yehuwa terus melegakan dan menguatkan Yelena dan semua saudara saudari yang menghadapi ujian.—Mazmur 119:49, 50.