17 OGOS 2021
RUSIA
TERKINI | Saudara Vasiliy Meleshko Saksi Yehuwa Ke-4 di Krasnodar yang Disabitkan Terburu-Buru
Pada 14 Jun 2022, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Keempat menolak rayuan kedua Saudara Vasiliy Meleshko. Vasiliy tetap dipenjarakan demi imannya.
Garis Masa
Pada 7 Oktober 2021, Mahkamah Kawasan Krasnodar menolak rayuan Saudara Meleshko. Hukuman asalnya masih berkuat kuasa
11 Ogos 2021, selepas dua hari perbicaraan, Mahkamah Daerah Abinskiy di Kawasan Krasnodar mensabitkan Vasiliy dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Dia dibawa ke penjara sejurus selepas perbicaraan. Vasiliy ialah Saksi Yehuwa keempat yang dibicarakan dan disabitkan secara terburu-buru oleh mahkamah ini a
10 Ogos 2021
Perbicaraan mahkamah Vasiliy bermula. Semasa ditanya hakim, Vasiliy dengan berani mengaku diri sebagai seorang Saksi Yehuwa yang aktif
24 Jun 2021
Perbualan antara Vasiliy dengan Saudara Aleksandr Ivshin sebelum ini dimasukkan ke dalam senarai aktiviti jenayahnya. Pihak pendakwa menggambarkan kandungan perbincangan mereka sebagai topik agama yang berkaitan dengan “khidmat kepada Tuhan Yehuwa”
12 April 2021
Vasiliy didakwa secara rasmi. Antaranya “mendengar dan memberi ceramah berdasarkan bahan bacaan agama” serta “menyertai kumpulan perbincangan tentang buku-buku agama”
7 April 2021
Pada 6:30 pagi, tiga pegawai keselamatan bersenjata, empat pegawai penyiasat, dan dua agen membongkar rumah Vasiliy dan Zoya Meleshko. Vasiliy kemudian dibawa untuk soal siasat. Para penyiasat menangkap gambarnya di depan rumah dan di depan bangunan saudara saudari berkumpul untuk ibadat sebelum ini. Para penyiasat menggunakan gambar tersebut sebagai “bukti di tempat kejadian jenayah.” Vasiliy diarahkan agar tidak meninggalkan kawasan itu
Profil
Perbicaraan yang terburu-buru ini dan penganiayaan yang berterusan di Rusia ialah “berita buruk.” Namun, kita yakin bahawa Vasiliy dan keluarga akan tetap teguh dan tidak tergoyah kerana “percaya kepada Yehuwa.”—Mazmur 112:7, 8.
a Saudara Oleg Danilov dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada 30 Mac 2021. Saudara Aleksandr Ivshin dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah pada 10 Februari 2021. Saudara Aleksandr Shcherbina dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada 6 April 2021.