Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Vladimir Chesnokov, Vladimir Dutkin, dan Valeriy Yakovlev

7 JANUARI 2022
RUSIA

TERKINI | Saudara Vladimir Chesnokov, Vladimir Dutkin, dan Valeriy Yakovlev Dihadapkan ke Mahkamah kerana Iman Mereka

TERKINI | Saudara Vladimir Chesnokov, Vladimir Dutkin, dan Valeriy Yakovlev Dihadapkan ke Mahkamah kerana Iman Mereka

Pada 13 April 2022, Mahkamah Agung Republik Chuvash menolak rayuan Saudara Vladimir Chesnokov, Vladimir Dutkin, dan Valeriy Yakovlev. Denda yang dikenakan ke atas mereka berkuat kuasa sekarang.

Pada 10 Februari 2022, Mahkamah Daerah Kalininskiy di Cheboksary mensabitkan Saudara Chesnokov, Dutkin, dan Yakovlev. Saudara Dutkin dikenakan denda sebanyak 500,000 ruble (sekitar RM28,092), manakala Saudara Chesnokov dan Yakovlev masing-masing didenda sebanyak 400,000 ruble (sekitar RM22,474). Mereka tidak perlu dipenjarakan.

Garis Masa

  1. 7 Jun 2021

    Vladimir Chesnokov dan Valeriy Yakovlev juga didakwa dalam kes jenayah itu

  2. 30 Disember 2020

    Vladimir Dutkin didakwa dan dikenakan sekatan perjalanan

  3. 25 November 2020

    Kes jenayah terhadap Vladimir Dutkin difailkan dan diikuti dengan penggeledahan rumahnya. Dia dibawa untuk disoal siasat

Profil

Membaca dan merenungkan Firman Tuhan membantu saudara saudari kita untuk menghadapi cabaran setiap hari dan merasakan perlindungan di bawah ‘naungan Yehuwa pada masa kesusahan.’—Mazmur 27:5.