Lompat ke kandungan

Saudara Rustamjon Norov di Tajikistan sebelum dibebaskan dari penjara

12 OKTOBER 2021
TAJIKISTAN

Saudara Rustamjon Norov Kini Bebas, Kelakuan Baiknya di Penjara Diakui

Saudara Rustamjon Norov Kini Bebas, Kelakuan Baiknya di Penjara Diakui

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pada 21 September 2021, Saudara Rustamjon Norov, kini berumur 22 tahun, dibebaskan awal dari penjara Tajikistan kerana undang-undang amnesti yang mula berkuat kuasa pada awal bulan itu. Dia telah ditahan sebelum perbicaraan selama tiga bulan. Pada 10 Mei 2021, dia dipindahkan ke penjara di Yavan untuk terus menjalani hukuman penjara tiga tahun setengahnya. Sepanjang masa dia ditahan, dibicarakan, dan dipenjarakan, mereka yang perhatikan Rustamjon kagum dengan kelakuan baik dan kesetiaannya.

Pernah sekali semasa perbicaraan kes Rustamjon, seorang kolonel berjabat tangan dengannya. Kolonel itu memberitahu betapa dia menghargai ketabahan, keberanian, dan keteguhan Rustamjon. Kemudian kolonel kata, “Setiap orang yang percaya kepada Tuhan harus seperti kamu.” Dia menambah, “Bayangkan bertahun-tahun dari sekarang, semasa khidmat alternatif tersedia di Tajikistan, nama kamu akan tersenarai di antara mereka yang buat pengorbanan bagi menegakkan hak penduduk di sini.”

Semasa di penjara, Rustamjon terus memberi kesaksian yang luar biasa kepada orang lain. Hasil daripada kelakuan baiknya, pegawai penjara menjemputnya mengambil bahagian dalam kursus latihan khas yang ditaja oleh Kesatuan Eropah. Kursus ini melatih banduan agar dapat mencari kerja selepas dibebaskan. Setelah latihannya tamat, pentadbir penjara menganugerahkan sijil serta surat penghargaan yang mengakui kerajinan Rustamjon. Pihak berkuasa mengaku bahawa kelakuan baiknya ialah hasil daripada mengikut prinsip-prinsip Bible.

Sebelum dibebaskan dari penjara, Rustamjon tidak pasti sama ada undang-undang amnesti itu melibatkannya. Namun, banduan lain kata bahawa dia pasti dibebaskan kerana nama baiknya dalam penjara. Ramai pegawai penjara juga mengucapkan kata-kata galakan kepadanya.

Saksi-Saksi muda yang setia seperti Rustamjon dipenjarakan kerana berpendirian neutral dan tetap setia. Mereka membiarkan ‘cahaya mereka bersinar di hadapan orang lain.’ Yang terpenting sekali, “perbuatan baik” mereka membawa pujian dan kehormatan kepada Tuhan Yehuwa.—Matius 5:16.