Brosur Maklumat Global
Saksi-Saksi Yehuwa—Siapakah Mereka?
Pengenalan tentang Saksi-Saksi Yehuwa—khidmat mereka dan cara mereka diorganisasikan.
Saksi-Saksi Yehuwa—Bahan Terbitan Mereka
Bahan terbitan Saksi-Saksi Yehuwa yang tersedia online atau dalam bentuk cetakan, membantu orang mendekati Tuhan dan memahami ajaran Bible dengan lebih baik. Bahan terbitan itu juga memberi kesan positif kepada pembaca dan meningkatkan mutu hidup mereka.
Saksi-Saksi Yehuwa—Khidmat dalam Komuniti
Saksi-Saksi Yehuwa berusaha untuk menyumbang kepada komuniti secara bermakna. Mereka melakukannya melalui kerja pendidikan Bible dan bantuan kemanusiaan.
Saksi-Saksi Yehuwa—Kerja Penyebaran Mereka
Satu aspek penting ibadat Saksi-Saksi Yehuwa ialah mengongsi berita baik dalam Bible dengan orang. Apakah kaedah yang digunakan mereka, dan apakah kesan positif kerja penyebaran mereka terhadap komuniti?
Saksi-Saksi Yehuwa—Kehidupan Keluarga
Saksi-Saksi Yehuwa berusaha untuk menerapkan prinsip Bible dalam keluarga. Ini memanfaatkan suami, isteri, dan anak-anak. Hasilnya, suasana keluarga menjadi selamat dan penuh kasih. Bagi ibu bapa Saksi, mengajar anak-anak prinsip Bible ialah tanggungjawab yang serius.
Saksi-Saksi Yehuwa—Soalan-Soalan Lazim
Jawapan kepada 10 soalan lazim tentang Saksi-Saksi Yehuwa.
Saksi-Saksi Yehuwa—Penjagaan Kesihatan
Saksi-Saksi Yehuwa menganggap nyawa sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Bagi mereka, nyawa dan darah adalah suci. Mereka mencari rawatan perubatan yang terbaik bagi keluarga mereka. Para Saksi sudi bekerjasama dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan alternatif tanpa transfusi darah yang selamat dan berkesan.
Saksi-Saksi Yehuwa—Khidmat Awam Alternatif
Undang-undang antarabangsa sudah lama mengakui hak asasi untuk menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Saksi-Saksi Yehuwa menghargainya apabila kerajaan mengikut standard antarabangsa dengan menyediakan khidmat awam alternatif yang memanfaatkan komuniti dan bukannya bersifat punitif.
Saksi-Saksi Yehuwa—Keneutralan Politik
Saksi-Saksi Yehuwa adalah neutral secara politik selaras dengan ajaran dalam Bible. Banyak kerajaan sedar bahawa pendirian neutral Saksi menyumbang kepada kedamaian. Mereka mengakui bahawa para Saksi merupakan rakyat yang mematuhi undang-undang serta menghormati dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Saksi-Saksi Yehuwa—Perhimpunan Ibadat
Bagi Saksi-Saksi Yehuwa, berhimpun bersama dengan rakan seiman adalah sangat penting dalam ibadat mereka. Perjumpaan mereka, yang biasanya diadakan di tempat yang dipanggil Dewan Perjumpaan, berfokus pada pendidikan Bible dan terbuka kepada awam.
Saksi-Saksi Yehuwa—Bantuan Bencana
Semasa bencana melanda, Saksi-Saksi Yehuwa dengan segera memberikan bantuan fizikal, emosi, dan rohani. Usaha mereka yang teratur diiktiraf oleh pihak kerajaan dan organisasi bantuan kemanusiaan.
Saksi-Saksi Yehuwa dan Kerja Penyebaran di Penjara
Salah satu aspek kerja penyebaran sedunia Saksi-Saksi Yehuwa adalah mengunjungi mereka yang dipenjarakan dan yang berminat untuk belajar Bible. Para banduan dan pegawai penjara mengongsi komen mereka tentang kerja pendidikan Bible yang dilakukan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
Saksi-Saksi Yehuwa di Moscow dan Lain-Lain lwn. Rusia
Ringkasan keputusan pengadilan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah memihak kepada Komuniti Saksi-Saksi Yehuwa di Moscow.
Taganrog LRO and Others lwn. Russia
Ringkasan keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah berkenaan kes Taganrog LRO and Others lwn. Russia, yang menyatakan bahawa pengharaman Saksi-Saksi Yehuwa oleh kerajaan Rusia merupakan tindakan yang melanggar undang-undang.
Pendirian Saksi-Saksi Yehuwa yang Berdasarkan Bible berkenaan Perlindungan Kanak-Kanak
Saksi-Saksi Yehuwa mengutamakan kebajikan kanak-kanak. Dokumen ini menjelaskan cara Saksi-Saksi Yehuwa menangani tuduhan penderaan kanak-kanak.