Habakuk 1:1-17
1 Nabi Habakuk* telah menerima perkhabaran daripada Tuhan melalui suatu penglihatan:
2 Ya Yehuwa, berapa lama lagi aku harus berseru meminta tolong? Bilakah Engkau akan mendengarkan seruanku?+
Berapa lama lagi aku harus berseru meminta bantuan? Bilakah Engkau akan menyelamatkan aku daripada keganasan?+
3 Mengapakah Engkau membiarkan aku menyaksikan kejahatan?
Mengapakah Engkau membenarkan penindasan terjadi?
Mengapakah kehancuran dan keganasan berlaku di hadapanku?
Mengapakah pergaduhan dan pertengkaran berleluasa?
4 Itulah sebabnya undang-undang menjadi tidak berguna.Keadilan tidak pernah ditegakkan.
Orang jahat menindas orang yang baik,Dan keadilan telah diputarbelitkan.+
5 “Lihatlah dan perhatikanlah bangsa-bangsa lain.
Kamu akan hairan dan terperanjat,Kerana sesuatu pasti akan berlaku pada zaman kamu.Kamu tidak akan percaya meskipun hal itu diceritakan kepada kamu.+
6 Aku akan menguatkan orang Kasdim.+Mereka bangsa yang kejam dan bertindak dengan terburu-buru.
Mereka akan mara ke seluas bumiUntuk menakluki negeri orang lain.+
7 Mereka sangat mengerikan dan menakutkan.
Mereka menetapkan hukum dan kekuasaan sendiri.+
8 Kuda mereka lebih pantas daripada harimau bintangDan mereka lebih ganas daripada serigala pada waktu malam.+
Kuda-kuda perang mereka mara ke depan.Angkatan kuda mereka datang dari jauh,
Lalu mereka menyerbu seperti helang yang menyambar mangsa.+
9 Mereka semua mara untuk melakukan kekejaman.+
Mereka bagaikan angin barat semasa mereka menyerbu.+Tawanan yang dikumpulkan mereka banyak seperti butir-butir pasir.
10 Mereka mencemuh raja-rajaDan menghina para pegawai tinggi.+
Mereka mentertawakan semua tempat berkubu+Dan menambak tanah untuk menawan tempat itu.
11 Kemudian mereka maju seperti tiupan angin.Tetapi mereka akan didapati bersalah+Kerana mereka memuliakan tuhan sendiri atas kekuatan yang dikurniakan kepada mereka.”*+
12 Ya Yehuwa, bukankah Engkau sudah wujud sejak dahulu lagi?+
Ya Tuhanku, Tuhan Yang Suci, Engkau tidak dapat mati.*+
Ya Yehuwa, Engkau sudah melantik orang Kasdim untuk melaksanakan penghakiman.Wahai Batu Pelindungku,+ Engkau sudah memilih mereka untuk menghukum* kami.+
13 Mata-Mu terlalu suci untuk melihat hal yang buruk.Engkau tidak tahan melihat kejahatan.+
Jadi mengapakah Engkau membiarkan orang melakukan hal yang keji,+Dan tetap membisu sewaktu orang jahat memusnahkan orang yang lebih baik daripadanya?+
14 Mengapakah Engkau membiarkan manusia diperlakukan seperti ikan di laut,Atau seperti hidupan laut lain yang tidak mempunyai pemimpin?
15 Musuh itu* menangkap mangsanya dengan mata kail,
Dia memerangkap mereka dengan pukat,Dan mengumpulkan mereka dengan jaring.
Itulah sebabnya dia amat bersukacita.+
16 Itulah sebabnya dia mempersembahkan korban kepada pukatnyaDan mempersembahkan kemenyan kepada jaringnya,Kerana dengan alat-alat itu, dia memperoleh makanan yang berlimpah-limpahDan menikmati hidangan yang terbaik.
17 Adakah dia akan terus mengosongkan pukatnya?*
Adakah dia akan terus membunuh bangsa-bangsa tanpa belas kasihan?+
Nota Kaki
^ Mungkin bermaksud “Pelukan yang Hangat.”
^ Atau mungkin, “Kerana mereka mendewakan kekuatan sendiri.”
^ Atau mungkin, “kami tidak akan mati.”
^ Atau “mendisiplinkan.”
^ Iaitu, orang Kasdim.
^ Atau mungkin, “terus menghunus pedangnya?”