Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 1:1-25

  • Salasilah Yesus Kristus (1-17)

  • Kelahiran Yesus (18-25)

1  Inilah kisah hidup* Yesus Kristus,* yang berasal daripada keturunan Daud+ dan Abraham:+  2  Abraham ialah bapa Ishak;+Ishak ialah bapa Yakub;+Yakub ialah bapa kepada Yehuda+ dan adik-beradiknya;  3  Yehuda ialah bapa Perez dan Zerah,+ dan ibu mereka ialah Tamar;Perez ialah bapa Hezron;+Hezron ialah bapa Ram;+  4  Ram ialah bapa Aminadab;Aminadab ialah bapa Nahason;+Nahason ialah bapa Salmon;  5  Salmon ialah bapa Boaz, dan ibu Boaz ialah Rahab;+Boaz ialah bapa Obed, dan ibu Obed ialah Rut;+Obed ialah bapa Isai;+  6  Isai ialah bapa Raja Daud;+Daud ialah bapa Salomo,+ dan ibu Salomo ialah bekas isteri Uria;  7  Salomo ialah bapa Rehabeam;+Rehabeam ialah bapa Abia;Abia ialah bapa Asa;+  8  Asa ialah bapa Yehosafat;+Yehosafat ialah bapa Yehoram;+Yehoram ialah bapa Uzia;  9  Uzia ialah bapa Yotam;+Yotam ialah bapa Ahas;+Ahas ialah bapa Hizkia;+ 10  Hizkia ialah bapa Manasye;+Manasye ialah bapa Amon;+Amon ialah bapa Yosia;+ 11  Yosia+ menjadi bapa kepada Yekhonya+ dan adik-beradiknya semasa orang Yahudi dibuang negeri ke Babilon.+ 12  Selepas orang Yahudi dibuang negeri ke Babilon, Sealtiel anak Yekhonya telah dilahirkan.Sealtiel ialah bapa Zerubabel;+ 13  Zerubabel ialah bapa Abihud;Abihud ialah bapa Elyakim;Elyakim ialah bapa Azur; 14  Azur ialah bapa Zadok;Zadok ialah bapa Akhim;Akhim ialah bapa Eliud; 15  Eliud ialah bapa Eleazar;Eleazar ialah bapa Matan;Matan ialah bapa Yakub; 16  Yakub ialah bapa Yusuf; Yusuf ialah suami Maria, iaitu ibu kepada Yesus+ yang digelar Kristus.+ 17  Maka, terdapat 14 generasi dari Abraham sehingga Daud, 14 generasi dari Daud sehingga masa pembuangan ke Babilon, dan 14 generasi dari masa pembuangan ke Babilon sehingga Kristus. 18  Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus: Ibunya Maria sudah bertunang dengan Yusuf. Namun sebelum mereka berkahwin, Maria menjadi hamil kerana kuasa suci Tuhan.*+ 19  Yusuf, suaminya, ialah orang yang baik. Dia tidak mahu memalukan isterinya di hadapan umum. Oleh itu, dia berniat untuk menceraikan Maria secara diam-diam.+ 20  Tetapi setelah Yusuf mempertimbangkan perkara itu, malaikat Yehuwa* muncul dalam mimpinya dan berkata, “Hai Yusuf anak Daud, janganlah takut untuk mengahwini Maria.* Dia hamil kerana kuasa suci Tuhan.+ 21  Maria akan melahirkan seorang anak lelaki dan hendaklah kamu menamakannya Yesus,*+ kerana dia akan menyelamatkan bangsanya daripada dosa mereka.”+ 22  Semua ini berlaku agar terjadilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa* melalui nabi-Nya, 23  “Lihatlah! Seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan anak itu akan dinamakan Imanuel,”+ yang bermaksud “Tuhan Menyertai Kita.”+ 24  Kemudian Yusuf terjaga daripada tidur. Dia mengikut arahan malaikat Yehuwa* dan mengahwini Maria.* 25  Tetapi dia tidak bersetubuh dengan Maria sehinggalah Maria melahirkan seorang anak lelaki,+ dan Yusuf menamakannya Yesus.+

Nota Kaki

Atau “salasilah.”
Atau “Mesias; Dia yang Terurap.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Dalam terjemahan Kitab Yunani Kristian ini, nama Tuhan, iaitu Yehuwa, muncul sebanyak 237 kali. Inilah kali pertama nama Tuhan muncul. Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “untuk membawa isterimu Maria pulang.”
Sama dengan nama Ibrani Yesua, atau Yosua, yang bermaksud “Yehuwa ialah Penyelamatan.”
Harfiah, “membawa isterinya pulang.”