Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 4:1-25

  • Iblis menggoda Yesus (1-11)

  • Yesus mula menginjil di Galilea (12-17)

  • Murid-murid pertama dipanggil (18-22)

  • Yesus menginjil, mengajar, menyembuhkan (23-25)

4  Kemudian Yesus dipimpin oleh kuasa suci Tuhan ke padang belantara dan di sana Iblis menggodanya.+ 2  Setelah berpuasa selama 40 hari dan 40 malam, dia berasa lapar. 3  Pada masa itu, Si Penggoda+ datang dan berkata kepadanya, “Jika kamu anak Tuhan, suruhlah batu-batu ini menjadi roti.” 4  Tetapi Yesus menjawab, “Ada tertulis, ‘Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.’”*+ 5  Kemudian Iblis membawa dia ke kota suci*+ lalu menempatkannya di puncak tembok* Rumah Tuhan.+ 6  Iblis berkata kepadanya, “Jika kamu anak Tuhan, terjunlah ke bawah, kerana ada tertulis, ‘Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya,’ dan, ‘Mereka akan menyambut kamu dengan tangan mereka supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.’”+ 7  Tetapi Yesus menjawab, “Ada tertulis juga, ‘Jangan menguji Yehuwa,* Tuhan kamu.’”+ 8  Kemudian Iblis membawanya ke sebuah gunung yang luar biasa tinggi dan menunjukkan kepadanya semua kerajaan dunia serta kegemilangannya.+ 9  Lalu Iblis berkata kepadanya, “Semua ini akan aku berikan kepadamu jika kamu sujud dan menyembah aku.”* 10  Yesus menjawab, “Pergilah Syaitan! Kerana ada tertulis, ‘Kamu mesti menyembah Yehuwa,* Tuhanmu,+ dan kamu mesti memberikan khidmat suci kepada Dia sahaja.’”+ 11  Iblis pun meninggalkan dia,+ lalu malaikat-malaikat datang untuk melayaninya.+ 12  Apabila Yesus mendengar bahawa Yohanes telah ditangkap,+ dia pergi ke Galilea.+ 13  Selepas dia meninggalkan Nasaret, dia menetap di Kapernaum,+ yang terletak di tepi laut di kawasan Zebulon dan Naftali. 14  Dengan ini berlakulah apa yang dinubuatkan oleh Nabi Yesaya: 15  “Hai tanah Zebulon dan tanah Naftali, jalan yang menghala ke laut, di sebelah barat Sungai Yordan, Galilea yang didiami bangsa-bangsa lain! 16  Orang yang tinggal dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang, dan orang di negeri yang dibayangi maut telah disinari cahaya.”+ 17  Sejak masa itu, Yesus mula menyebarkan berita ini: “Bertaubatlah, kerana Kerajaan di syurga sudah dekat.”+ 18  Ketika dia berjalan di tepi Tasik Galilea, dia nampak dua orang adik-beradik yang bekerja sebagai nelayan, iaitu Simon yang juga dipanggil Petrus,+ dan Andreas. Mereka sedang menebarkan jala ke dalam tasik.+ 19  Dia berkata kepada mereka, “Ikutlah aku, dan aku akan menjadikan kamu penjala manusia.”+ 20  Dengan serta-merta, mereka meninggalkan jala lalu mengikutnya.+ 21  Yesus meneruskan perjalanannya lalu nampak dua orang adik-beradik, iaitu Yakobus anak Zebedeus dan saudara kandungnya Yohanes.+ Mereka sedang membaiki jala di dalam perahu bersama bapa mereka Zebedeus. Apabila Yesus memanggil mereka,+ 22  mereka segera meninggalkan perahu dan bapa mereka lalu mengikutnya. 23  Yesus menjelajah seluruh kawasan Galilea+ dan mengajar di rumah-rumah ibadat orang Yahudi.+ Dia menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan menyembuhkan setiap masalah kesihatan dan setiap jenis penyakit yang dihidapi orang ramai.+ 24  Berita tentangnya tersebar ke merata Siria, lalu semua orang yang menderita kerana menghidap pelbagai penyakit+ dibawa kepadanya. Orang yang dirasuk roh-roh jahat,+ orang yang menghidap penyakit sawan,+ dan orang lumpuh juga datang, lalu dia menyembuhkan mereka. 25  Hasilnya, ramai orang dari Galilea, Dekapolis,* Yerusalem, Yudea, dan seberang Sungai Yordan mengikutnya.

Nota Kaki

Iaitu, Yerusalem.
Atau “puncak yang tertinggi di.”
Atau “menyembah aku satu kali.”
Atau “Wilayah Sepuluh Kota.”