Mikha 1:1-16

  • Penghakiman ke atas Samaria dan Yehuda (1-16)

    • Dosa dan pemberontakan, punca masalah (5)

1  Mikha,*+ yang berasal dari Moresyet, telah menerima perkhabaran daripada Yehuwa tentang Samaria dan Yerusalem. Hal itu berlaku pada zaman pemerintahan raja-raja Yehuda,+ iaitu Yotam,+ Ahas,+ dan Hizkia.+ Mikha menyampaikan apa yang dilihatnya:  2  “Dengarlah, hai semua orang! Berikanlah perhatian, hai bumi dan semua yang ada di dalamnya.Hendaklah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, menjadi saksi yang menuduh kamu.+Yehuwa yang berada di Rumah-Nya yang suci akan berbuat demikian.  3  Lihatlah! Yehuwa sedang keluar dari tempat-Nya.Dia akan turun dan menginjak tempat-tempat tinggi di bumi.  4  Gunung-ganang akan mencair di bawah kaki-Nya,+Dan lembah-lembah* akan terbelahSeperti lilin yang terkena api,Dan seperti air yang dicurahkan dari tempat yang curam.  5  Semua ini berlaku kerana pemberontakan Yakub,Dan kerana dosa-dosa keturunan* Israel.+ Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemberontakan Yakub? Bukankah Samaria?+ Siapakah yang bertanggungjawab atas tempat-tempat tinggi di Yehuda?+ Bukankah Yerusalem?  6  Aku akan menjadikan Samaria timbunan batu di padang,Dan sebuah tempat untuk menanam anggur;Aku akan melemparkan batu-batunya ke dalam lembah,Dan Aku akan membongkar batu-batu asasnya.  7  Semua patung berhalanya akan dihancurkan,+Semua pemberian yang diterimanya sebagai upah pelacurannya akan dibakar di dalam api.+ Aku akan memusnahkan semua berhala, Yang diterimanya sebagai upah pelacurannya.Upah ini akan digunakan untuk membayar upah pelacur lain.”  8  Oleh itu, aku akan meraung dan meratap.+Aku akan berkaki ayam dan bertelanjang.+ Aku akan meraung seperti serigala,Dan meratap seperti burung unta.  9  Luka Samaria tidak dapat disembuhkan,+Dan jangkitannya telah merebak sampai ke Yehuda.+ Tulah ini telah menular sampai ke pintu gerbang umat-Ku di Yerusalem.+ 10  “Jangan umumkan hal ini di Gat.Jangan menitiskan air mata. Bergulinglah di dalam debu di Bet-afra.* 11  Hai penduduk Safir, keluarlah dalam keadaan telanjang dan dengan rasa malu. Penduduk Zaanan belum keluar. Dahulu Bet-haezel ialah tempat naunganmu, tetapi sekarang hanya kedengaran bunyi ratapan di situ. 12  Penduduk Marot menantikan apa yang baik,Tetapi Yehuwa menurunkan apa yang buruk ke pintu gerbang Yerusalem. 13  Hai penduduk Lakhis,+ pasanglah kuda pada kereta kuda, Kamulah yang menyebabkan anak perempuan Sion berdosa.Kamu telah memberontak seperti orang Israel.+ 14  Maka kamu akan memberikan hadiah perpisahan kepada Moresyet-gat. Raja-raja Israel tidak dapat mengharapkan rumah-rumah Akhzib.+ 15  Hai penduduk Maresa,+ Aku akan membawa seorang penakluk kepadamu.+ Kegemilangan Israel akan sampai sejauh Adulam.+ 16  Kamu akan menggunting rambut dan membotakkan kepalamu demi anak-anakmu yang tersayang. Biarlah kepalamu botak seperti kepala burung helang,Kerana anak-anakmu telah ditawan dan dipisahkan daripadamu.”+

Nota Kaki

Singkatan bagi Mikhael (yang bermaksud “Siapakah seperti Tuhan?”) atau Mikhaya (yang bermaksud “Siapakah seperti Yehuwa?”).
Atau “dataran-dataran rendah.”
Harfiah, “rumah.”
Atau “di rumah Afra.”