Yeremia 1:1-19
1 Inilah kata-kata Yeremia* anak Hilkia, seorang imam dari Anatot+ di kawasan Benyamin.
2 Yehuwa berfirman kepadanya pada tahun ke-13 pemerintahan Yosia+ anak Amon,+ raja Yehuda.
3 Tuhan juga berfirman kepadanya semasa pemerintahan Yehoyakim+ anak Yosia, raja Yehuda, sehingga tahun ke-11 pemerintahan Zedekia+ anak Yosia, raja Yehuda, iaitu semasa penduduk Yerusalem dibuang negeri pada bulan kelima.+
4 Yehuwa berfirman kepadaku,
5 “Sebelum Aku membentuk engkau di dalam rahim ibumu, Aku sudah mengenalmu,*+Dan sebelum engkau dilahirkan, Aku sudah menyucikanmu.+
Aku melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”
6 Tetapi aku menjawab, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat!
Aku tidak pandai berkata-kata+ kerana aku masih sangat muda.”+
7 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku,
“Jangan berkata, ‘Aku masih sangat muda.’
Engkau harus pergi kepada semua orang yang Aku suruh engkau pergi,Dan sampaikanlah segala perintah-Ku kepada mereka.+
8 Janganlah takut akan mereka,+Kerana ‘Aku menyertaimu untuk menyelamatkanmu,’+ firman Yehuwa.”
9 Selepas itu, Yehuwa menghulurkan tangan-Nya lalu menyentuh mulutku.+ Yehuwa berfirman kepadaku, “Aku telah meletakkan firman-Ku ke dalam mulutmu.+
10 Lihatlah! Aku melantik engkau pada hari ini supaya engkau berkuasa atas bangsa-bangsa dan kerajaan-kerajaan. Engkau akan mencabut dan meruntuhkan, membinasakan dan merobohkan, membina dan menanam.”+
11 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, “Yeremia, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak dahan pokok badam.”*
12 Yehuwa berfirman kepadaku, “Betul jawapanmu. Aku sedang berjaga untuk melaksanakan firman-Ku.”
13 Yehuwa berfirman kepadaku buat kali kedua, “Apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak sebuah periuk yang sedang mendidih.* Mulut periuk itu telah dicondongkan supaya menjauhi arah utara.”
14 Lalu Yehuwa berfirman kepadaku,
“Malapetaka akan dilepaskan dari arah utaraDan menimpa semua penduduk di negeri ini.+
15 ‘Aku memanggil semua keluarga dari kerajaan-kerajaan utara,’ firman Yehuwa,+‘Dan mereka akan datang lalu setiap orang akan mendirikan takhtaDi depan pintu-pintu gerbang Yerusalem,+Lalu menyerang temboknyaDan semua kota di Yehuda.+
16 Aku akan mengumumkan penghakiman-Ku atas segala perbuatan jahat mereka.Mereka telah meninggalkan Aku+Dan mempersembahkan korban* kepada tuhan-tuhan lain+Serta bersujud menyembah benda-benda buatan tangan mereka.’+
17 Tetapi engkau patut bersedia untuk bertindak.Engkau mesti bangkit untuk memberitahu mereka segala yang telah Aku perintahkan kepadamu.
Janganlah takut akan mereka,+Supaya Aku tidak menyebabkan engkau lebih takut lagi apabila engkau berhadapan dengan mereka.
18 Hari ini, Aku membuat engkau menjadi seperti sebuah kota berkubu,Tiang besi, dan tembok tembaga untuk berhadapan dengan seluruh negeri ini.+Ya, engkau akan berhadapan dengan raja-raja Yehuda, para pembesarnya,Para imamnya, dan penduduk negeri ini.+
19 Mereka pasti akan melawanmu,Tetapi mereka tidak akan mengalahkanmu,Kerana ‘Aku menyertaimu,’+ firman Yehuwa, ‘untuk menyelamatkanmu.’”
Nota Kaki
^ Mungkin bermaksud “Yehuwa Meninggikan.”
^ Atau “memilihmu.”
^ Atau “seseorang yang berjaga.”
^ Harfiah, “yang ditiup,” merujuk kepada api di bawah periuk itu yang dikipas.
^ Atau “membakar korban sehingga asap naik.”