Zakharia 2:1-13

  • Penglihatan 3: Seorang lelaki memegang tali penyukat (1-13)

    • Yerusalem diukur (2)

    • Yehuwa ‘menjadi tembok api yang mengelilingi Yerusalem’ (5)

    • Menyentuh biji mata Tuhan (8)

    • Banyak bangsa akan berpihak kepada Yehuwa (11)

2  Kemudian aku nampak seorang lelaki yang memegang tali penyukat.+ 2  Maka aku bertanya, “Kamu hendak ke mana?” Dia menjawab, “Aku hendak mengukur Yerusalem. Aku ingin tahu panjang dan lebar kota itu.”+ 3  Kemudian, malaikat yang bercakap dengan aku tadi beredar. Semasa dia beredar, satu malaikat lain datang menemuinya 4  lalu berkata kepadanya, “Larilah ke situ dan beritahulah lelaki muda itu, ‘“Yerusalem akan menjadi seperti perkampungan+ yang tidak bertembok kerana kota itu akan penuh dengan penduduk dan ternakan.+ 5  Aku akan menjadi tembok api yang mengelilinginya,+ dan kemuliaan-Ku akan memenuhi kota itu.” Itulah firman Yehuwa.’”+ 6  Yehuwa berfirman, “Marilah, hai kamu yang telah Aku cerai-beraikan ke merata tempat!”+ Yehuwa berfirman lagi, “Larikanlah diri dari negeri di utara!”+ 7  Hai penduduk Sion yang tinggal di Babilon, larilah dari situ!+ 8  Setelah Tuhan dimuliakan, Dia telah mengutus aku kepada bangsa-bangsa yang merampas harta milik kamu, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman,+ “Sesiapa yang menyentuh kamu, menyentuh biji mata-Ku.+ 9  Sekarang tangan-Ku akan menentang mereka, dan hamba mereka sendiri akan merampas harta milik mereka.”+ Ketika itu, kamu akan tahu bahawa aku telah diutus oleh Yehuwa, ketua angkatan syurga. 10  “Bersoraklah dengan gembira hai penduduk Sion!+ Aku akan datang+ dan tinggal dalam kalangan kamu,”+ firman Yehuwa. 11  “Pada hari itu, banyak bangsa akan berpihak kepada Aku, Yehuwa, dan menjadi umat-Ku.+ Aku akan tinggal dalam kalangan kamu.” Ketika itu, kamu akan tahu bahawa Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah mengutus aku kepada kamu. 12  Yehuwa akan menjadikan Yehuda sebagai milik-Nya di tanah-Nya yang suci, dan Yerusalem akan menjadi tempat pilihan-Nya semula.+ 13  Hai segenap umat manusia, hendaklah kamu berdiam diri di hadapan Yehuwa kerana Dia sudah berangkat dari tempat kediaman-Nya yang suci dan bakal bertindak.

Nota Kaki