BAB ENAM BELAS
Nikmati Kehidupan Kekal sebagai Sebuah Keluarga
1. Apakah kehendak Yehuwa bagi keluarga?
SEMASA Yehuwa menyatukan Adam dan Hawa dalam perkahwinan, Adam mengungkapkan kegembiraannya dengan melafazkan puisi pertama dalam catatan sejarah manusia. (Kejadian 2:22, 23) Tetapi Pencipta kita bukan sekadar menginginkan anak-anaknya di bumi mengecap sukacita. Dia mahu suami isteri dan keluarga melakukan kehendak-Nya. Dia memberitahu pasangan pertama, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.” (Kejadian 1:28) Sememangnya, mereka diberi tugas yang istimewa dan memuaskan! Alangkah bahagianya Adam dan Hawa serta keturunan mereka seandainya mereka melakukan kehendak Yehuwa dengan sepenuh hati!
2, 3. Bagaimanakah keluarga boleh menikmati kebahagiaan terbesar hari ini?
2 Hari ini, keluarga juga menikmati kebahagiaan terbesar apabila mereka melakukan kehendak Tuhan Yehuwa secara bersatu padu. Rasul Paulus telah menulis, “Latihan rohani sangat 1 Timotius 4:8) Keluarga yang mengutamakan kerohanian dan mengikut bimbingan Yehuwa dalam Bible menikmati kebahagiaan ‘hidup sekarang.’ (Mazmur 1:1-3; 119:105; 2 Timotius 3:16) Biarpun hanya seorang anggota menerapkan prinsip Bible, keadaannya lebih baik berbanding dengan keluarga yang mana tiada seorang pun mengikut Bible.
berfaedah dalam segala hal, kerana latihan rohani memberikan faedah kepada hidup kita baik sekarang mahupun pada masa yang akan datang.” (3 Buku ini telah membahaskan banyak prinsip Bible yang menyumbang kepada kebahagiaan keluarga. Anda tentu perhatikan bahawa sesetengah prinsip disebut secara berulang kali. Mengapa? Prinsip-prinsip ini mengandungi kebenaran yang boleh membantu semua orang dalam pelbagai aspek kehidupan keluarga. Keluarga yang berusaha menerapkan prinsip Bible mendapati bahawa kehidupan yang berkisarkan hal-hal rohani memang ‘memberikan faedah kepada kita sekarang.’ Marilah kita tinjau kembali empat prinsip yang penting.
KAWALAN DIRI SANGAT PENTING
4. Mengapakah kawalan diri amat penting dalam perkahwinan?
4 Raja Salomo berkata, “Seorang yang tidak dapat mengawal diri bagaikan kota yang tidak berkubu dan mudah diserang musuh.” (Amsal 25:28, ABB; 29:11) Ya, kawalan diri amat penting bagi mereka yang menginginkan perkahwinan yang bahagia. Seseorang yang membiarkan dirinya dikawal oleh emosi negatif, seperti kemarahan atau nafsu seks yang haram, akan meruntuhkan rumah tangganya. Kerosakan ini mungkin tidak dapat dibaiki atau memakan masa selama bertahun-tahun untuk membaikinya.
5. Bagaimanakah manusia yang tidak sempurna dapat memupuk kawalan diri? Apakah manfaatnya?
5 Sudah tentu, semua keturunan Adam tidak sempurna dan tidak dapat mengawal diri dengan sepenuhnya. (Roma 7:21, 22) Namun, kawalan diri ialah salah satu aspek buah daya aktif Tuhan. (Galatia 5:22, 23) Daya aktif Tuhan akan membantu kita memperlihatkan kawalan diri jika kita berdoa memohon sifat ini, menerapkan nasihat Bible, dan hanya bergaul dengan mereka yang memperlihatkannya. (Mazmur 119:100, 101, 130; Amsal 13:20; 1 Petrus 4:7) Dengan ini, kita dapat ‘menjauhkan diri daripada perbuatan cabul’ meskipun digoda. (1 Korintus 6:18) Kita akan menolak keganasan, dan menghindari atau mengatasi ketagihan alkohol. Kita dapat bertenang semasa menghadapi situasi yang susah atau jika hati kita disakiti. Semoga kita semua, termasuk anak-anak, memupuk sifat yang penting ini.—Mazmur 119:1, 2.
MENGHORMATI PRINSIP KEKEPALAAN
6. (a) Apakah aturan yang ditetapkan oleh Tuhan di 1 Korintus 11:3? (b) Apakah yang mesti diingati suami jika dia mahu keluarganya menikmati kebahagiaan?
6 Semua ahli keluarga mesti menghormati aturan yang ditetapkan oleh Tuhan di 1 Korintus 11:3 (ABB). Paulus berkata, ‘Aku mahu kamu memahami hal ini: Kristus ialah kepala setiap orang lelaki; suami ialah kepala isteri dan Tuhan ialah kepala Kristus.’ Ertinya, suami ialah kepala keluarga, isteri menyokong suami dengan setia, dan anak-anak mematuhi ibu bapa mereka. (Efesus 5:22-25, 28-33; 6:1-4) Perhatikan bahawa keluarga akan menikmati kebahagiaan hanya jika suami memimpin mereka dengan cara yang betul. Suami yang takut akan Tuhan merupakan kepala yang pengasih dan tidak zalim. Dia meniru Kepalanya, Yesus. Meskipun Yesus ialah “penguasa [atau, kepala] segala sesuatu,” dia “tidak datang untuk dilayani” tetapi “untuk melayani.” (Efesus 1:22; Matius 20:28) Dalam cara yang sama, seorang lelaki Kristian memimpin isteri dan anak-anak demi manfaat mereka, bukannya untuk kepentingan diri sendiri.—1 Korintus 13:4, 5.
7. Apakah prinsip-prinsip Bible yang membantu isteri Kristian memainkan peranan dalam keluarga?
7 Isteri yang takut akan Tuhan tidak bersaing dengan suami atau mencuba mengawalnya. Dia berasa senang hati untuk menyokong dan bekerjasama dengan suami. Bible berkata dengan jelas bahawa “suami ialah ketua kepada isteri.” (Efesus 5:23) Seorang wanita yang sudah berkahwin “terikat oleh hukum kepada suaminya.” (Roma 7:2) Pada masa yang sama, Bible memanggilnya ‘teman yang sesuai untuk menolong suami.’ (Kejadian 2:20) Dia mempunyai sifat dan kebolehan yang tidak dimiliki oleh suami, dan memberi suami sokongan yang diperlukan. (Amsal 31:10-31) Bible juga berkata bahawa isteri ialah “teman hidup”; dia berganding bahu dengan suami. (Maleakhi 2:14) Prinsip-prinsip Bible ini membantu suami isteri saling menghormati, menjaga harga diri, dan memahami peranan pasangan mereka.
“SETIAP ORANG HARUSLAH CEPAT MENDENGAR”
8, 9. Jelaskan beberapa prinsip yang akan membantu seisi keluarga memperbaik kemahiran berkomunikasi.
8 Buku ini banyak menekankan bahawa seisi keluarga perlu berkomunikasi. Mengapa? Kerana masalah lebih mudah diselesaikan jika ahli keluarga saling berbincang dan mendengar dengan teliti. Ingatlah, komunikasi ibarat jalan dua hala. Maka, penulis Bible yang bernama Yakobus menyatakan, “Setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah.”—Yakobus 1:19.
9 Kita juga mesti berhati-hati tentang cara kita bercakap. Komunikasi yang baik tidak berisi kata-kata pedas yang diucapkan secara terburu-buru atau yang menyebabkan pertengkaran. (Amsal 15:1; 21:9; 29:11, 20) Apa yang kita katakan mungkin benar, tetapi jika kita mengucapkannya dengan cara yang kejam, angkuh, atau tidak bertimbang rasa, kita akan menusuk hati orang lain. Percakapan kita patut “menyeronokkan dan menarik.” (Kolose 4:6) Kata-kata kita haruslah seperti “buah emas di dalam pinggan perak.” (Amsal 25:11) Keluarga yang belajar untuk berkomunikasi dengan baik sedang mengorak langkah besar yang menuju kebahagiaan.
KASIH SANGAT PENTING
10. Apakah jenis kasih yang terpenting dalam perkahwinan?
10 Perkataan “kasih” muncul berulang kali dalam buku ini. Ingatkah anda tentang jenis kasih yang terpenting? Memang, perasaan cinta (Yunani, eʹros) memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan. Dan dalam perkahwinan yang bahagia, kasih sayang dan persahabatan (Yunani, phi·liʹa) bertambah erat antara suami isteri. Tetapi kasih a·gaʹpe jauh lebih penting. Kita patut memperlihatkan kasih ini terhadap Yehuwa, Yesus, dan orang lain. (Matius 22:37-39) Kasih inilah yang ditunjukkan oleh Yehuwa terhadap umat manusia. (Yohanes 3:16) Betapa syukurnya kita kerana dapat menunjukkan kasih ini kepada teman hidup dan anak-anak!—1 Yohanes 4:19.
11. Bagaimanakah kasih membahagiakan perkahwinan?
11 Dalam perkahwinan, kasih yang unggul ini ‘menyatupadukan kita dengan sempurna.’ (Kolose 3:14) Kasih ini mengukuhkan ikatan perkahwinan dan mendorong suami isteri untuk mengutamakan kepentingan teman hidup serta anak-anak. Kasih membantu keluarga menangani cabaran bersama-sama. Seraya usia suami isteri meningkat tua, kasih membantu mereka menyokong dan terus menghargai satu sama lain. Kasih ‘tidak mementingkan diri sendiri, tahan menghadapi segala sesuatu, mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.’ Kasih itu abadi.—1 Korintus 13:4-8.
12. Bagaimanakah suami isteri yang mengasihi Tuhan mempererat ikatan perkahwinan mereka?
Pengkhutbah 4:9-12) Mengapa? Rasul Yohanes menulis, ‘Apabila kita mentaati perintah Tuhan, maka kita mengasihi Tuhan.’ (1 Yohanes 5:3) Jadi, suami isteri patut melatih anak-anak secara rohani bukan sekadar kerana mereka mengasihi anak-anak, tetapi kerana mereka mahu menurut perintah Yehuwa. (Ulangan 6:6, 7) Mereka harus menolak perbuatan tidak bermoral bukan hanya kerana mereka saling mengasihi tetapi terutamanya kerana mereka mengasihi Yehuwa, yang akan “menghakimi orang yang melakukan perbuatan cabul dan orang yang berzina.” (Ibrani 13:4) Biarpun salah seorang daripada mereka menyebabkan masalah besar dalam perkahwinan, kasih kepada Yehuwa akan mendorong pasangannya untuk terus mengikut prinsip Bible. Sememangnya, keluarga yang mengasihi Yehuwa dapat mengeratkan lagi kasih mereka terhadap satu sama lain dan hidup bahagia!
12 Keutuhan ikatan perkahwinan tidak hanya bergantung pada kasih suami isteri terhadap satu sama lain tetapi banyak bergantung pada kasih mereka terhadap Yehuwa. (KELUARGA YANG MELAKUKAN KEHENDAK TUHAN
13. Bagaimanakah seseorang yang melakukan kehendak Tuhan dapat bertumpu pada perkara yang benar-benar penting?
13 Bagaimanakah seorang Kristian dapat menjalankan “latihan rohani”? Dia harus mendahulukan kehendak Tuhan dalam hidupnya. (Mazmur 143:10) Keluarga yang melakukan kehendak Tuhan dapat bertumpu pada perkara yang benar-benar penting. (Filipi 1:9, 10) Contohnya, Yesus berkata, “Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mentua mereka. Demikianlah, musuh terbesar seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.” (Matius 10:35, 36, ABB) Seperti yang dikatakan Yesus, ramai pengikutnya dianiaya oleh ahli keluarga sendiri. Keadaan mereka sungguh menyedihkan! Namun, kasih akan Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus jauh lebih penting daripada pertalian keluarga. (Matius 10:37-39) Jika kita tabah menghadapi tentangan keluarga, mereka mungkin berubah apabila melihat betapa baiknya kehidupan yang berpusatkan hal-hal rohani. (1 Korintus 7:12-16; 1 Petrus 3:1, 2) Biarpun mereka tidak berubah, kita tidak akan menuai hasil yang baik jika kita meninggalkan Tuhan.
14. Bagaimanakah ibu bapa yang melakukan kehendak Tuhan membawa manfaat kepada anak-anak?
14 Ibu bapa yang melakukan kehendak Tuhan dapat membuat keputusan yang betul. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, ibu bapa menganggap anak-anak sebagai suatu pelaburan, dan berharap agar anak menjaga mereka pada usia tua. Memang, anak dewasa wajib menjaga ibu bapa yang tua, tetapi ibu bapa tidak harus menggalakkan mereka untuk memupuk sikap cinta akan wang. Ibu bapa yang membesarkan anak-anak untuk mementingkan wang dan harta benda, dan bukannya hal-hal rohani, hanya merugikan anak sendiri.—15. Bagaimanakah Eunike menyediakan teladan yang baik bagi ibu bapa?
15 Eunike, iaitu ibu Timotius, menyediakan teladan yang baik bagi ibu bapa. (2 Timotius 1:5) Meskipun suaminya tidak seiman, Eunike, bersama nenek Timotius, Lois, berjaya melatih Timotius supaya mengejar hal-hal rohani dalam kehidupan. (2 Timotius 3:14, 15) Apabila Timotius cukup dewasa, Eunike mengizinkannya untuk meninggalkan rumah dan menginjil bersama Paulus. (Kisah 16:1-5) Betapa terujanya Eunike apabila anaknya menjadi seorang penginjil yang terpuji! Kematangan rohani Timotius membuktikan bahawa dia dilatih dengan baik semasa kecil. Sudah tentu, Eunike merindukan Timotius yang tidak lagi berada di sisinya. Namun, dia berpuas hati dan bersukacita semasa mendengar laporan tentang anaknya yang berkhidmat dengan setia.—Filipi 2:19, 20.
KELUARGA DAN MASA DEPAN ANDA
16. Bagaimanakah Yesus menunjukkan keprihatinan sebagai seorang anak? Namun, apakah matlamatnya yang utama?
16 Yesus dibesarkan dalam keluarga yang takut akan Tuhan. Sebagai anak dewasa, dia prihatin terhadap ibunya. (Lukas 2:51, 52; Yohanes 19:26) Walau bagaimanapun, matlamat utama Yesus adalah untuk melaksanakan kehendak Tuhan; dia perlu membuka jalan agar umat manusia dapat menikmati kehidupan kekal. Dia berbuat demikian dengan mengorbankan nyawanya yang sempurna untuk menebus umat manusia yang berdosa.—Markus 10:45; Yohanes 5:28, 29.
17. Apakah berkat yang dibawa oleh korban tebusan Yesus kepada umat manusia?
17 Selepas kematian Yesus, Yehuwa membangkitkannya ke syurga dan memberinya kekuasaan yang besar. Akhirnya Yesus ditabalkan sebagai Raja Kerajaan Tuhan di syurga. (Matius 28:18; Roma 14:9; Wahyu 11:15) Korban tebusan Yesus membolehkan sebilangan manusia memerintah bersamanya dalam Kerajaan Tuhan. Korbannya juga membuka jalan bagi orang yang berhati jujur untuk menikmati kehidupan sempurna di bumi firdaus. (Wahyu 5:9, 10; 14:1, 4; 21:3-5; 22:1-4) Hari ini, kita mempunyai peluang istimewa untuk mengkhabarkan berita baik ini di seluruh dunia.—Matius 24:14.
18. Apakah peringatan dan galakan yang diberikan kepada keluarga dan semua orang?
18 Seperti yang dikatakan rasul Paulus, kehidupan yang berpusatkan hal-hal rohani pasti membawa berkat “pada masa yang akan datang.” 1 Yohanes 2:17, ABB) Jadi, tidak kira sama ada anda seorang anak, ibu atau bapa, suami atau isteri, orang dewasa bujang yang mempunyai anak atau tidak, berusahalah dengan gigih untuk melakukan kehendak Tuhan. Biarpun anda menghadapi tekanan atau cabaran yang besar, jangan sekali-kali lupa bahawa anda ialah hamba Tuhan yang benar. Semoga tindakan anda menggembirakan hati Yehuwa. (Amsal 27:11) Dan semoga kelakuan anda membawa kebahagiaan sekarang dan kehidupan kekal di dunia baru yang akan datang!
Tidakkah anda bersetuju bahawa inilah cara terbaik untuk mengecap kebahagiaan? Ingatlah, ‘dunia dan segala sesuatu di dunia yang diingini oleh manusia tidak kekal. Tetapi orang yang melakukan kehendak Tuhan, akan hidup selama-lamanya.’ (