BAB SEPULUH
Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?
-
Adakah malaikat-malaikat membantu manusia?
-
Bagaimanakah roh-roh jahat mempengaruhi manusia?
-
Perlukah kita takut akan roh-roh jahat?
1. Mengapakah kita patut belajar tentang para malaikat?
JIKA anda ingin mengenali seseorang, biasanya anda perlu mengetahui serba sedikit tentang keluarganya. Dalam cara yang sama, untuk mengenali Tuhan Yehuwa kita perlu mengenali para malaikat yang merupakan sebahagian daripada keluarga-Nya di syurga. Apakah peranan para malaikat dalam pelaksanaan kehendak Tuhan? Adakah mereka melibatkan diri dalam hal ehwal manusia pada masa dahulu? Adakah malaikat-malaikat mempengaruhi kehidupan anda? Jika ya, bagaimana?
2. Siapakah yang menciptakan para malaikat, dan berapakah bilangan malaikat yang diciptakan?
2 Bible menyebut tentang para malaikat beratus-ratus kali. Marilah kita bincangkan beberapa contoh supaya kita lebih mengenali para malaikat. Siapakah yang menciptakan malaikat-malaikat? Kolose 1:16 menyatakan, ‘Melalui dia [Yesus Kristus] Tuhan menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi.’ Oleh itu, semua makhluk roh yang dikenali sebagai malaikat diciptakan oleh Tuhan Yehuwa melalui Anak Sulung-Nya. Berapakah bilangan malaikat yang telah diciptakan? Bible menyatakan bahawa ratusan juta malaikat telah diciptakan, dan setiap satu daripada mereka amat berkuasa.—Mazmur 103:20; Penyingkapan 5:11.
3. Apakah yang dinyatakan di Ayub 38:4-7 mengenai malaikat?
3 Firman Tuhan, iaitu Bible, memberitahu kita bahawa semasa bumi diciptakan, “makhluk-makhluk syurga bersorak gembira.” (Ayub 38:4-7) Maka, kita tahu bahawa malaikat telah wujud lama sebelum manusia diciptakan, bahkan lama sebelum bumi diciptakan. Kita juga tahu bahawa malaikat-malaikat mempunyai perasaan kerana ayat di Ayub menyatakan bahawa mereka “bersorak gembira.” Pada masa itu, semua malaikat adalah sebahagian daripada keluarga Tuhan Yehuwa yang menyembah-Nya dengan bersatu padu.
BANTUAN DAN PERLINDUNGAN MALAIKAT
4. Berdasarkan Bible, bagaimanakah kita tahu bahawa para malaikat yang setia berminat terhadap manusia?
4 Malaikat-malaikat di syurga telah menyaksikan penciptaan pasangan manusia yang pertama. Semenjak itu, malaikat-malaikat yang setia ini sangat berminat terhadap keluarga manusia yang membesar. Mereka juga berminat terhadap pelaksanaan tujuan Tuhan. (Amsal 8:30, 31; 1 Petrus 1:12) Tetapi, dengan peredaran masa, malaikat-malaikat ini telah melihat bahawa kebanyakan orang berpaling tadah dan tidak lagi menyembah Pencipta mereka yang pengasih. Sudah tentu hal ini telah menyedihkan hati para malaikat yang setia. Sebaliknya, semasa seorang manusia kembali ke pangkuan Yehuwa, ‘malaikat Tuhan bersukacita.’ (Lukas 15:10) Oleh sebab malaikat mengambil berat akan mereka yang menyembah Tuhan, Yehuwa telah berulang kali menggunakan malaikat untuk menguatkan dan melindungi penyembah-Nya yang setia di bumi. (Ibrani 1:7, 14) Marilah kita lihat beberapa contoh.
5. Apakah contoh yang terdapat di dalam Bible mengenai bantuan yang diberikan oleh para malaikat?
Kejadian 19:15, 16) Berabad-abad kemudian, penubuat Daniel dibuang ke dalam gua singa, tetapi dia langsung tidak dicederakan. Dia berkata, ‘Tuhan telah mengirim malaikat-Nya untuk menutup mulut singa-singa itu.’ (Daniel 6:23) Pada abad pertama Masihi, satu malaikat membebaskan hawari Petrus dari penjara. (Kisah 12:6-11) Tambahan lagi, para malaikat memberi galakan kepada Yesus semasa dia mula-mula menjalankan kerja penyebaran di bumi. (Markus 1:13) Dan sejurus sebelum kematian Yesus, satu malaikat datang kepada Yesus dan ‘menguatkan dia.’ (Lukas 22:43) Dukungan para malaikat pada saat-saat genting dalam kehidupan Yesus pasti telah menguatkan semangatnya!
5 Semasa kota Sodom dan Gomora yang penuh dengan kefasiqan dimusnahkan oleh Tuhan, dua malaikat telah membantu seorang lelaki adil benar yang bernama Lot dan dua orang anak perempuannya untuk melarikan diri dari tempat itu. (6. (a) Bagaimanakah para malaikat melindungi umat Tuhan hari ini? (b) Apakah soalan-soalan yang akan dibincangkan?
6 Hari ini, para malaikat tidak lagi menampakkan diri kepada umat Tuhan di bumi. Walaupun manusia tidak dapat melihat mereka, malaikat Tuhan yang berkuasa masih melindungi umat-Nya, terutamanya daripada hal-hal yang boleh memudaratkan kerohanian mereka. Bible menyatakan, ‘Malaikat Yehuwa mengawal orang yang menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.’ (Mazmur 34:8, ABB) Tentu kata-kata ini melegakan hati kita. Mengapa? Sebab terdapat roh-roh jahat yang ingin membinasakan kita! Siapakah roh-roh jahat ini? Apakah asal usul mereka? Bagaimanakah mereka mencuba untuk mengancam kita? Untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan ini, marilah kita bincangkan apa yang telah berlaku pada permulaan sejarah manusia.
MAKHLUK-MAKHLUK ROH YANG MERUPAKAN MUSUH KITA
7. Syaitan berjaya menjauhkan berapa ramai orang daripada Tuhan?
7 Seperti yang telah kita pelajari di dalam Bab 3, salah satu malaikat telah membenarkan keinginan untuk memerintah berputik di hatinya. Dia telah mengingkari Tuhan dan kemudian dikenali sebagai Syaitan Si Iblis. (Penyingkapan 12:9) Sepanjang 1,600 tahun selepas Syaitan menipu Hawa, dia berjaya menjauhkan hampir semua manusia daripada Tuhan. Hanya segelintir manusia seperti Habel, Henokh, dan Nuh yang setia kepada Tuhan.—Ibrani 11:4, 5, 7.
8. (a) Bagaimanakah sesetengah malaikat menjadi roh-roh jahat? (b) Apakah yang terpaksa dilakukan oleh roh-roh jahat supaya tidak dimusnahkan apabila Banjir berlaku pada zaman Nuh?
8 Pada zaman Nuh, malaikat-malaikat lain telah memberontak menentang Yehuwa. Mereka meninggalkan keluarga Tuhan di syurga, turun ke bumi, lalu menggunakan tubuh yang berdarah daging. Mengapa? Kejadian 6:2 (ABB) menyatakan, “[‘Anak-anak Tuhan,’ nota kaki] nampak bahawa gadis-gadis itu cantik. [Anak-anak Tuhan] itu mengahwini gadis-gadis yang disukai oleh mereka.” Tetapi Tuhan Yehuwa tidak membenarkan tindakan malaikat-malaikat ini serta pengaruh jahat mereka dalam kalangan umat manusia untuk berterusan. Dia membawa sebuah banjir yang besar yang telah menghapuskan semua manusia yang fasiq. Hanya penyembah Yehuwa yang setia diselamatkan. (Kejadian 7:17, 21-23) Oleh itu, malaikat-malaikat yang telah memberontak, iaitu roh-roh jahat, terpaksa berhenti menggunakan tubuh darah daging mereka dan pulang ke syurga sebagai makhluk roh. Tindakan mereka menunjukkan bahawa mereka telah berpihak kepada Si Iblis, yang kemudiannya menjadi “ketua roh jahat.”—Matius 9:34.
9. (a) Apakah yang telah berlaku kepada roh-roh jahat semasa mereka pulang ke syurga? (b) Apakah yang akan kita bincangkan mengenai roh-roh jahat?
9 Seperti apa yang telah berlaku kepada Syaitan, malaikat-malaikat yang mengingkari Tuhan juga disingkirkan daripada keluarga Tuhan apabila mereka pulang ke syurga. (2 Petrus 2:4; Yudas 6) Walaupun mereka kini tidak dapat menggunakan tubuh yang berdarah daging, mereka masih mempunyai pengaruh yang sangat buruk ke atas manusia. Sebenarnya, dengan bantuan roh-roh jahat ini, Syaitan sedang “menipu seluruh dunia.” (Penyingkapan 12:9; 1 Yohanes 5:19) Bagaimana? Roh-roh jahat suka menggunakan muslihat untuk menyesatkan umat manusia. (2 Korintus 2:11) Marilah kita bincangkan beberapa muslihat ini.
BAGAIMANA ROH-ROH JAHAT MENYESATKAN MANUSIA
10. Apakah itu spiritisme?
10 Roh-roh jahat menyesatkan manusia dengan menggunakan spiritisme. Amalan spiritisme merupakan amalan yang melibatkan roh-roh jahat, baik secara langsung mahupun melalui seorang perantara manusia, seperti seorang bomoh atau tukang tilik. Bible mengutuk amalan spiritisme dan memberi amaran kepada kita supaya mengelakkan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. (Galatia 5:19-21) Spiritisme umpama umpan yang digunakan oleh seorang nelayan. Sepertimana seorang nelayan menggunakan beraneka jenis umpan untuk menangkap pelbagai jenis ikan, roh-roh jahat menggunakan pelbagai bentuk spiritisme untuk memastikan bahawa manusia daripada pelbagai latar berada di bawah kawalan mereka.
11. Apakah itu ilmu ramal, dan mengapakah kita patut mengelakkan ilmu ramal?
11 Salah satu umpan yang digunakan oleh roh-roh jahat ialah ilmu ramal. Apakah itu ilmu ramal? Ilmu ramal melibatkan usaha untuk mengetahui masa hadapan atau sesuatu yang belum diketahui. Beberapa bentuk ilmu ramal merangkumi ramalan bintang, tilik tapak tangan, ilmu tafsir mimpi, dan penggunaan daun terup, duit syiling, atau bola kristal. Walaupun ramai orang berfikir bahawa ilmu ramal adalah tidak berbahaya, Bible menunjukkan bahawa tukang tilik sebenarnya Kisah 16:16-18 menyatakan tentang seorang gadis yang “dirasuk oleh roh jahat yang membolehkan dia meramalkan peristiwa yang akan datang.” Tetapi gadis itu kehilangan kebolehan tersebut apabila roh jahat itu diusir keluar daripadanya.
bekerjasama dengan roh-roh jahat. Sebagai contoh,12. Mengapakah usaha berhubung dengan orang yang telah mati adalah berbahaya?
12 Selain itu, roh-roh jahat juga menyesatkan orang dengan menggalakkan mereka untuk berhubung dengan orang yang telah mati. Mereka yang sedang meratapi kematian orang kesayangan selalunya senang dipengaruhi oleh pandangan-pandangan yang salah tentang orang yang telah mati. Seorang bomoh mungkin memberi mereka maklumat khas atau bercakap dalam suara yang sama seperti suara orang yang telah mati. Hasilnya, ramai orang berasa yakin bahawa orang yang telah mati sebenarnya masih hidup. Mereka juga berfikir bahawa jika mereka berhubung dengan orang yang telah mati, mereka dapat mengatasi kesedihan mereka. Tetapi, “kelegaan hati” sedemikian adalah palsu dan berbahaya. Mengapa? Kerana roh-roh jahat berupaya meniru suara orang yang telah mati dan memberi bomoh maklumat tentang mereka. (1 Samuel 28:3-19) Lagipun, seperti yang telah kita pelajari di Bab 6, orang yang telah mati tidak wujud lagi. (Mazmur 115:17) Oleh itu, sesiapa yang “mengadakan hubungan dengan roh orang mati” telah disesatkan oleh roh-roh jahat dan perbuatan mereka bercanggah dengan kehendak Tuhan. (Ulangan 18:10, 11; Yesaya 8:19) Maka, kita harus berhati-hati agar tidak tertarik kepada umpan berbahaya ini yang digunakan oleh roh-roh jahat.
13. Apakah yang berjaya dilakukan oleh mereka yang pernah takut akan roh-roh jahat?
13 Roh-roh jahat bukan sahaja menyesatkan manusia Penyingkapan 12:12, 17) Walaupun begitu, ribuan orang yang pernah takut akan roh-roh jahat berjaya membebaskan diri daripada cengkaman mereka. Bagaimanakah ribuan orang ini berjaya berbuat demikian? Apakah yang boleh dilakukan jika seseorang telah pun melibatkan diri dalam spiritisme?
tetapi menakutkan mereka juga. Hari ini, Syaitan dan roh-roh jahat tahu bahawa masa mereka “tinggal sedikit” sahaja. Tidak lama lagi, mereka tidak dapat melakukan apa-apa pun. Maka, sekarang mereka lebih ganas daripada dahulu. (CARA UNTUK MELAWAN ROH-ROH JAHAT
14. Seperti orang Kristian di Efesus pada abad pertama, bagaimanakah kita dapat membebaskan diri daripada cengkaman roh-roh jahat?
14 Bible mengajar kita cara untuk melawan dan membebaskan diri daripada cengkaman roh-roh jahat. Perhatikan contoh orang Kristian yang tinggal di kota Efesus pada abad pertama. Ada dalam kalangan mereka Kisah 19:19) Dengan memusnahkan semua buku ilmu sihir mereka, penganut-penganut Kristian yang baru ini telah menetapkan teladan baik untuk mereka yang mahu melawan roh-roh jahat hari ini. Mereka yang ingin menyembah Yehuwa mesti membuang semua benda yang berkaitan dengan spiritisme. Hal ini termasuk buku, majalah, wayang, poster, dan lagu yang menggalakkan amalan spiritisme dan yang memberi gambaran bahawa spiritisme adalah sesuatu yang menarik atau menyeronokkan. Hal ini juga termasuk azimat atau benda-benda lain yang dipakai sebagai perlindungan daripada kuasa jahat.—1 Korintus 10:21.
yang mengamalkan spiritisme sebelum menjadi orang Kristian. Apakah yang dilakukan oleh mereka apabila mereka membuat keputusan untuk menghentikan amalan spiritisme? Bible menyatakan, “Mereka yang biasa mengamalkan ilmu sihir mengumpulkan buku-buku mereka dan membakar semua itu di hadapan orang ramai.” (15. Untuk melawan roh-roh jahat, apakah yang perlu kita lakukan?
15 Beberapa tahun selepas orang Kristian di Efesus memusnahkan buku-buku ilmu sihir mereka, hawari Paulus menulis kepada mereka. Dia telah menekankan bahawa mereka perlu terus “melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa.” (Efesus 6:12) Roh-roh jahat tidak berputus asa. Mereka masih berusaha untuk menguasai orang Kristian di Efesus. Oleh itu, apa lagi yang perlu dilakukan oleh orang Kristian pada masa itu? Paulus berkata, ‘Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Tuhan sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat [Syaitan].’ (Efesus 6:16, ABB) Semakin kuat perisai kepercayaan kita, semakin kuat kemampuan kita untuk melawan roh-roh jahat.—Matius 17:20.
16. Bagaimanakah kita dapat menguatkan kepercayaan kita?
16 Maka, bagaimanakah kita boleh menguatkan kepercayaan kita? Dengan mempelajari Bible. Kekuatan sebuah tembok amat bergantung pada kekuatan tapaknya. Dalam cara yang sama, kekuatan kepercayaan kita amat bergantung pada kekuatan tapaknya, iaitu pengetahuan yang tepat mengenai Firman Tuhan. Jikalau kita membaca dan mempelajari Bible setiap hari, kepercayaan kita akan menjadi kuat. Sepertimana sebuah tembok yang kukuh dapat melindungi kita daripada serangan musuh, kepercayaan yang kuat akan melindungi kita daripada pengaruh roh-roh jahat.—17. Apakah langkah yang perlu diambil untuk melawan roh-roh jahat?
17 Orang Kristian di Efesus memerlukan perlindungan tambahan kerana mereka tinggal di kota yang penuh dengan pengaruh roh-roh jahat. Apakah langkah lain yang perlu diambil oleh mereka? Paulus memberitahu mereka, “Lakukanlah semuanya sambil berdoa . . . Berdoalah sentiasa.” (Efesus 6:18) Kita juga hidup dalam dunia yang penuh dengan pengaruh roh-roh jahat. Jika kita ingin melawan roh-roh jahat, adalah penting untuk berdoa kepada Yehuwa dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat perlindungan-Nya. Sudah tentu, kita perlu berdoa dengan menggunakan nama Yehuwa. (Amsal 18:10) Maka, kita perlu terus berdoa kepada Tuhan untuk ‘menyelamatkan kita daripada kuasa Si Jahat,’ Syaitan Si Iblis. (Matius 6:13) Yehuwa akan mengabulkan doa-doa sedemikian yang diucapkan dengan bersungguh-sungguh.—Mazmur 145:19.
18, 19. (a) Mengapakah kita tentu akan muncul sebagai juara dalam pergelutan melawan roh-roh jahat? (b) Apakah soalan yang akan dijawab dalam bab yang seterusnya?
18 Memang, roh-roh jahat adalah berbahaya. Tetapi jika kita menentang Si Iblis dan mendekati Tuhan dengan Yakobus 4:7, 8) Kuasa roh-roh jahat adalah terhad. Mereka dihukum pada zaman Nuh, dan akan menghadapi penghakiman terakhir pada masa hadapan. (Yudas 6) Kita patut ingat bahawa kita dilindungi oleh malaikat-malaikat Yehuwa yang berkuasa. (2 Raja-Raja 6:15-17) Malaikat-malaikat ini sangat ingin melihat kita berjaya melawan roh-roh jahat. Malaikat-malaikat yang adil benar sebenarnya sedang menggalakkan kita. Semoga kita tetap berpaut erat kepada Yehuwa dan keluarga-Nya yang setia di syurga. Kita juga patut mengelakkan semua bentuk spiritisme dan sentiasa menerapkan nasihat-nasihat yang terkandung dalam Firman Tuhan. (1 Petrus 5:6, 7; 2 Petrus 2:9) Dengan demikian, kita tentu akan muncul sebagai juara dalam pergelutan untuk menentang roh-roh jahat.
melakukan kehendak-Nya, kita tidak perlu berasa takut akan mereka. (19 Tetapi, mengapakah Tuhan mengizinkan kewujudan roh-roh jahat dan kefasiqan yang menyebabkan manusia menderita? Soalan ini akan dijawab dalam bab yang seterusnya.