Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 7

Menara Babel

Menara Babel

Selepas Banjir, anak-anak Nuh dan isteri mereka mempunyai banyak anak, seperti yang diperintahkan Yehuwa. Keluarga mereka semakin membesar. Jadi, ada yang berpindah ke tempat yang lain.

Tetapi, bukan semua keturunan Nuh mematuhi perintah Yehuwa. Ada yang berkata, “Marilah kita bina sebuah kota dan menara yang mencapai langit supaya kita menjadi terkenal.”

Yehuwa tidak gembira dengan perbuatan mereka. Oleh itu, Dia menghentikan kerja pembinaan tersebut. Tahukah adik bagaimana Tuhan melakukannya? Tuhan menyebabkan mereka bercakap dalam bahasa yang berbeza. Jadi, mereka tidak dapat memahami satu sama lain. Maka, mereka berhenti membina kota itu. Kota itu kemudiannya dikenali sebagai Babel, yang bermaksud “Kekeliruan.” Akhirnya, mereka meninggalkan Babel dan hidup di tempat yang berlainan. Tetapi, di tempat tinggal mereka yang baharu, mereka masih melakukan perkara yang jahat. Jadi, adakah masih terdapat orang yang mengasihi Yehuwa? Kita akan mengetahuinya dalam bab yang seterusnya.

“Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”​—Lukas 18:14