BAHAGIAN 3
Pembebasan dari Mesir hingga Raja Israel yang Pertama
Orang Israel tidak hidup sebagai hamba di Mesir lagi. Di bawah pimpinan Musa, orang Israel dibebaskan dari Mesir dan dibawa ke Gunung Sinai. Di sana, Tuhan memberi mereka hukum-hukum-Nya. Kemudian, Musa menghantar 12 orang pengintip ke negeri Kanaan untuk mengintip negeri itu. Tetapi 10 orang daripada 12 orang pengintip kembali dengan berita yang buruk. Oleh itu, orang Israel mahu kembali ke Mesir. Oleh sebab mereka tidak memperlihatkan kepercayaan yang secukupnya pada Tuhan, Tuhan telah menghukum mereka dengan membiarkan mereka merayau-rayau di padang belantara selama 40 tahun.
Akhirnya, Yosua dipilih oleh Tuhan untuk memimpin orang Israel ke negeri Kanaan. Yehuwa melakukan mukjizat-mukjizat untuk membantu mereka menakluki negeri itu. Dia menyebabkan Sungai Yordan berhenti mengalir, tembok Yerikho jatuh, dan matahari berhenti bergerak selama sehari suntuk. Selepas enam tahun, negeri Kanaan ditawan oleh orang Israel.
Selepas Yosua, Israel diperintah oleh hakim-hakim selama 356 tahun. Antara hakim-hakim ini ialah Barak, Gideon, Yefta, Simson, dan Samuel. Kita akan belajar tentang mereka. Kita juga akan belajar tentang beberapa orang wanita seperti Rahab, Debora, Yael, Rut, Naomi, dan Delila. Dalam Bahagian KETIGA, kita akan membaca tentang sejarah Israel sepanjang 396 tahun.
DALAM BAHAGIAN INI
CERITA 35
Yehuwa Memberikan Hukum-hukum-Nya
Apakah dua hukum yang lebih penting daripada Sepuluh Hukum?
CERITA 36
Anak Lembu Emas
Mengapakah orang menyembah patung yang diperbuat daripada anting-anting yang dileburkan?
CERITA 38
Dua Belas Orang Pengintip
Apa yang dikatakan oleh 10 pengintip berbeza daripada apa yang dikatakan oleh dua pengintip. Orang Israel percaya kepada siapa?
CERITA 39
Tongkat Harun Berbunga
Bagaimanakah sebatang kayu boleh menghasilkan bunga dan buah yang masak dalam masa satu malam?
CERITA 40
Musa Memukul Tebing Batu
Perbuatan Musa membawakan hasil, tetapi telah membangkitkan kemarahan Yehuwa.
CERITA 42
Seekor Keldai Bercakap
Keldai Bileam melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh Bileam.
CERITA 44
Rahab dan Pengintip-pengintip
Bagaimanakah Rahab membantu dua orang lelaki, dan apakah permintaannya sebagai balasan?
CERITA 45
Menyeberangi Sungai Yordan
Suatu mukjizat telah berlaku apabila para imam memasukkan kaki ke dalam Sungai Yordan.
CERITA 47
Seorang Pencuri di Israel
Bolehkah seorang lelaki jahat membawa masalah kepada seluruh bangsa?
CERITA 48
Orang Gibeon yang Bijak
Mereka menipu Yosua dan orang Israel untuk membuat suatu perjanjian, tetapi orang Israel menepati janji mereka.
CERITA 49
Matahari Berhenti Bergerak
Tuhan melakukan sesuatu untuk Yosua, sesuatu yang belum pernah dilakukan-Nya dan tidak lagi berlaku sejak itu.
CERITA 50
Dua Wanita yang Berani
Barak mengetuai tentera Israel untuk berperang. Namun, mengapakah Yael yang mendapat pujian?
CERITA 51
Rut dan Naomi
Rut meninggalkan kampung halamannya dan mengikut Naomi serta menyembah Yehuwa.
CERITA 52
Gideon dan 300 Orang Askarnya
Tuhan memilih angkatan tentera dengan menguji cara mereka minum air.
CERITA 53
Janji Yefta
Janjinya kepada Yehuwa bukan sahaja melibatkan dirinya, tetapi anak perempuannya juga.
CERITA 55
Budak yang Berkhidmat kepada Tuhan
Tuhan menggunakan Samuel yang masih muda untuk menyampaikan berita yang buruk kepada imam agung Eli.