Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 7

Pembangkitan Yesus hingga Pemenjaraan Paulus

Pembangkitan Yesus hingga Pemenjaraan Paulus

Pada hari ketiga selepas kematiannya, Yesus telah dibangkitkan. Pada hari itu juga, dia menampakkan diri kepada pengikut-pengikutnya sebanyak lima kali. Yesus terus menampakkan diri kepada mereka selama 40 hari. Kemudian, Yesus naik ke syurga. Beberapa orang pengikutnya telah menyaksikan peristiwa ini. Sepuluh hari kemudian, Tuhan mencurahkan daya aktif-Nya ke atas pengikut-pengikut Yesus yang sedang menunggu di Yerusalem.

Selepas itu, musuh-musuh Tuhan memasukkan hawari-hawari Yesus ke dalam penjara. Tetapi mereka telah dibebaskan oleh malaikat. Murid Yesus yang bernama Stefanus telah mati dilontari batu oleh penentang-penentang Tuhan. Kemudian, salah seorang penentang itu dipilih oleh Yesus untuk menjadi hambanya yang istimewa. Dia kemudiannya dikenali sebagai hawari Paulus. Tiga tahun setengah selepas kematian Yesus, Tuhan mengutus hawari Petrus untuk menyebarkan berita baik kepada Kornelius dan rumah tangganya. Kornelius ialah seorang lelaki bukan Yahudi.

Kira-kira 13 tahun kemudian, Paulus memulakan pengembaraan pertamanya untuk melakukan kerja penyebaran. Dalam pengembaraannya yang kedua, Paulus disertai oleh Timotius. Kita akan belajar tentang pengalaman-pengalaman Paulus dan teman-teman seperjalanannya semasa mereka berkhidmat kepada Tuhan. Akhirnya, Paulus dipenjarakan di Roma. Dua tahun kemudian, dia dibebaskan. Tetapi selepas itu, dia dipenjarakan lagi dan dibunuh. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam Bahagian KETUJUH meliputi sejarah selama kira-kira 32 tahun.

 

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 102

Yesus Hidup Semula

Selepas satu malaikat mengguling batu dari makam Yesus, para askar yang mengawal makam terkejut apabila melihat apa yang telah terjadi.

CERITA 103

Di dalam Bilik yang Terkunci

Mengapakah pengikut Yesus tidak dapat cam wajah Yesus selepas dia dibangkitkan?

CERITA 104

Yesus Kembali ke Syurga

Sebelum kembali ke syurga, Yesus memberi pengikutnya arahan yang terakhir.

CERITA 105

Menunggu di Yerusalem

Mengapakah Yesus mencurahkan daya aktif atas pengikutnya semasa Pentakosta?

CERITA 106

Dibebaskan dari Penjara

Ketua-ketua agama Yahudi memenjarakan para rasul untuk menghalang mereka daripada menginjil, tetapi apakah yang difikirkan Tuhan?

CERITA 107

Stefanus Dilontari Batu

Doa yang diucapkan oleh Stefanus semasa dibunuh sangat menyentuh hati.

CERITA 108

Perjalanan ke Damsyik

Cahaya terang yang menyinari Saulus dan suara dari langit mengubah kehidupannya.

CERITA 109

Petrus Mengunjungi Kornelius

Adakah Tuhan menganggap satu bangsa atau kaum lebih baik daripada yang lain?

CERITA 110

Timotius—Pembantu Baru Paulus

Timotius meninggalkan keluarganya untuk menginjil bersama Paulus.

CERITA 111

Budak yang Tertidur

Eutikhus tertidur semasa ceramah Paulus yang pertama. Semasa ceramahnya yang kedua, dia tetap berjaga-jaga. Apa yang berlaku antara dua ceramah ini memang menakjubkan.

CERITA 112

Kapal Terkandas di Pulau

Apabila mereka hampir hilang semangat, Paulus menerima mesej daripada Tuhan yang memberikannya harapan.

CERITA 113

Paulus di Roma

Bagaimanakah Paulus dapat meneruskan tugasnya sebagai seorang rasul semasa dalam penjara?