BAB 21
‘Kota Itu Dinamakan “Yehuwa Ada di Situ”’
ISI UTAMA: Maksud kota dan kawasan yang disumbangkan kepada Tuhan
1, 2. (a) Mengapakah sebahagian daripada tanah warisan telah diasingkan? (Lihat gambar pada kulit buku.) (b) Apakah jaminan yang diperoleh para tawanan daripada penglihatan ini?
DALAM penglihatan terakhir ini, Yehezkiel melihat bahawa terdapat sebuah kawasan dalam tanah warisan yang telah diasingkan. Tujuannya diasingkan sangat istimewa kerana kawasan itu harus disumbangkan kepada Yehuwa. Yehezkiel juga nampak sebuah kota yang mempunyai nama yang sangat menarik. Secara keseluruhan, penglihatan tentang kota dan kawasan yang disumbangkan kepada Yehuwa merupakan jaminan bahawa Dia akan menyertai para tawanan yang kembali ke tanah air mereka.
2 Dalam catatan Yehezkiel, kita diberitahu perincian mengenai kawasan yang disumbangkan itu. Sebagai penyembah Yehuwa, hal ini berkait rapat dengan kita. Maka, mari kita kaji hal ini bersama dan memperoleh pengajaran daripadanya.
Sumbangan Suci dan Kota
3. Apakah lima bahagian yang terangkum dalam kawasan istimewa ini? Jelaskan tujuannya. (Lihat kotak ‘Asingkan Kawasan untuk Disumbangkan kepada Tuhan.’)
3 Di kawasan yang disumbangkan kepada Yehuwa (lihat kotak 21A, A), atau tanah sumbangan, terdapat sebuah kawasan khas yang dikenali sebagai “seluruh kawasan yang disumbangkan.” (B) Yeh. 48:15, 20.
Ukuran kawasan yang berbentuk segi empat sama ini ialah 25,000 hasta (13 km) dari utara ke selatan dan 25,000 hasta (13 km) dari timur ke barat. Kawasan ini dibahagikan secara melintang kepada tiga bahagian. Bahagian yang atas dikhaskan untuk orang Lewi. Bahagian tengah pula dikhaskan untuk Rumah Tuhan dan para imam. Kedua-dua bahagian itu dipanggil “sumbangan suci.” (D) Akhirnya, bahagian ketiga yang lebih kecil, iaitu “kawasan selebihnya,” (E) merupakan tempat umum untuk “kegunaan penduduk kota.”—4. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada cara Yehuwa mengasingkan tanah sumbangan?
4 Apakah pengajaran yang diperoleh daripada cara Yehuwa mengasingkan tanah sumbangan? Sebelum membahagikan tanah antara suku-suku Israel, Yehuwa menyatakan bahawa tanah sumbangan, iaitu kawasan yang berkaitan dengan ibadat-Nya, harus diasingkan terlebih dahulu. (Yeh. 45:1) Apabila para tawanan memperhatikan bahawa Yehuwa memberikan keutamaan kepada tanah sumbangan, mereka belajar bahawa hal-hal yang berkaitan dengan ibadat sejati harus diutamakan. Demikian juga, kita harus mementingkan hal rohani seperti mempelajari Bible, menghadiri perjumpaan, dan menginjil. Apabila kita menetapkan keutamaan hidup yang betul, kita sedang mencerminkan sikap Yehuwa. Hasilnya, kita dapat terus mengutamakan ibadat kepada-Nya.
‘Kota yang Terletak Di Tengah-Tengah Kawasan Ini’
5, 6. (a) Kota itu milik siapa? (b) Kota itu tidak merujuk kepada apa, dan mengapa?
5 Baca Yehezkiel 48:15. Apakah yang dijelaskan tentang kota dan kawasan di sekelilingnya? (Yeh. 48:16-18) Yehuwa memberitahu Yehezkiel, “Kamu patut mengasingkan sebidang tanah sebagai milik kota. . . . Tanah itu akan menjadi milik seluruh bangsa Israel.” (Yeh. 45:6, 7) Maka, kota dan tanah di sekelilingnya bukanlah sebahagian daripada “sumbangan suci” yang diberikan “khas kepada Yehuwa.” (Yeh. 48:9) Setelah memahami hal ini, mari kita mengenali kota itu dengan lebih lanjut dan melihat pengajaran yang dapat diperoleh daripadanya.
6 Mula-mula, kita perlu tahu apa yang tidak dimaksudkan oleh kota itu. Kota itu tidak merujuk kepada kota Yerusalem, iaitu tempat letaknya Rumah Tuhan. Mengapa? Kerana kota dalam penglihatan Yehezkiel tidak mempunyai Rumah Tuhan. Selain itu, kota yang dilihat Yehezkiel tidak merujuk kepada mana-mana kota lain di negeri Israel yang dipulihkan. Mengapa? Kerana kota-kota di Israel tidak mempunyai ciri-ciri yang disebutkan oleh Yehezkiel. Akhir sekali, kota itu tidak merujuk kepada kota di syurga. Mengapa? Kerana kota itu dibina di “tempat umum,” dan bukannya di tempat yang dikhaskan untuk ibadat kepada Yehuwa.—Yeh. 42:20.
7. Apakah yang dapat kita simpulkan tentang kota itu? Kota itu nampaknya melambangkan apa? (Lihat gambar pada permulaan bab.)
Yeh. 40:2; 45:1, 6) Bible menyingkapkan bahawa tanah warisan itu merupakan tanah kiasan. Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa kota itu ialah sebuah kota kiasan. Apakah yang kita faham apabila mendengar perkataan “kota”? Kita mungkin terfikir tentang sekumpulan orang yang hidup bersama di suatu tempat dan yang mempunyai pentadbiran dan aturan tertentu. Maka, kota berbentuk segi empat sama ini nampaknya melambangkan sebuah pusat pentadbiran yang sangat tertib dan teratur.
7 Jadi, kota yang dilihat oleh Yehezkiel merujuk kepada apa? Perhatikan bahawa Yehuwa menunjukkan kota itu dan tanah warisan dalam penglihatan yang sama. (8. Berapa luaskah lingkungan kuasa pentadbiran ini? Mengapakah kita berkata demikian?
8 Berapa luaskah lingkungan kuasa pentadbiran kota itu? Penglihatan Yehezkiel menunjukkan bahawa kota itu terletak di tanah kiasan. Maka, pentadbiran ini membimbing kegiatan umat Tuhan yang hidup di firdaus rohani. Perhatikan juga bahawa kota itu terletak di tempat umum dan bukannya di tempat suci yang dikhaskan untuk Yehuwa. Hal ini mengingatkan kita bahawa pentadbiran ini wujud di bumi dan bukannya di syurga, dan bertujuan untuk menjaga kepentingan orang yang tinggal di firdaus rohani.
9. (a) Siapakah yang berkhidmat dalam pentadbiran ini? (b) Apakah yang akan dilakukan Yesus semasa pemerintahan seribu tahun?
9 Siapakah yang berkhidmat dalam pentadbiran ini? Yehezkiel melihat bahawa terdapat “pemimpin” yang bertanggungjawab dalam pentadbiran kota itu. (Yeh. 45:7) Pemimpin itu bukanlah seorang imam atau orang Lewi. Hal itu mengingatkan kita tentang para penatua sidang, terutamanya mereka yang bukan sebahagian daripada kaum terurap. Gembala-gembala yang pengasih ini ialah sebahagian daripada “biri-biri lain” dan berkhidmat dalam kalangan umat Tuhan di bumi. (Yoh. 10:16) Semasa pemerintahan seribu tahun, Yesus akan melantik para penatua sebagai “penguasa di seluruh bumi.” (Mzm. 45:16) Mereka akan berkhidmat di bawah pimpinan Kerajaan Tuhan dan menjaga kepentingan umat Tuhan semasa seribu tahun itu.
“Yehuwa Ada di Situ”
10. Apakah nama kota itu, dan apakah jaminannya?
10 Baca Yehezkiel 48:35. Kota yang bernama “Yehuwa Ada di Situ” membawa maksud yang sangat istimewa. Nama itu merupakan jaminan bahawa Yehuwa akan menyertai penduduk kota itu. Sebenarnya, Yehuwa seolah-olah sedang memberitahu para tawanan, “Aku akan bersama kamu sekali lagi.” Sudah pasti hal ini amat melegakan hati mereka!
11. Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada kota itu?
11 Apakah pengajarannya bagi kita? Nama kota itu meyakinkan kita bahawa Yehuwa akan menyertai umat-Nya di bumi sekarang dan untuk selamanya. Nama itu juga menonjolkan kebenaran ini: Tujuan kota itu diasaskan bukanlah untuk memberikan Yeh. 46:18; 48:29.
kuasa kepada manusia agar mentadbir mengikut piawaian sendiri. Tetapi mereka harus melaksanakan aturan Yehuwa dalam cara yang pengasih dan adil. Sebagai contoh, para pentadbir kota itu tidak diberikan kuasa untuk membahagikan tanah sesuka hati. Sebaliknya, mereka harus mengikut aturan Yehuwa. Hari ini, Yehuwa memberi umat-Nya, termasuk mereka yang nampaknya kurang penting, peranan masing-masing dalam firdaus rohani. Maka, para pentadbir harus menghormati peranan yang dimainkan oleh setiap umat Yehuwa.—12. (a) Apakah satu lagi ciri yang menarik tentang kota itu, dan apakah maksudnya? (b) Apakah pengajaran yang diperoleh para penyelia Kristian?
12 Apakah satu lagi ciri yang menarik tentang kota itu? Pada zaman kuno, sebuah kota dikelilingi tembok dan tidak mempunyai banyak pintu gerbang. Tetapi, kota “Yehuwa Ada di Situ” mempunyai 12 buah pintu gerbang (tiga buah pintu di setiap sisi kota itu). (Yeh. 48:30-34) Gambaran ini menunjukkan bahawa para pentadbir kota itu mudah dihampiri. Bukan itu sahaja, 12 pintu gerbang menegaskan bahawa kota itu terbuka kepada “seluruh bangsa Israel.” (Yeh. 45:6) Hal ini mengingatkan para penyelia Kristian bahawa mereka haruslah mudah dihampiri. Mereka juga harus sentiasa bersedia untuk menawarkan bantuan kepada semua yang tinggal di firdaus rohani.
Umat Tuhan Datang untuk Menyembah-Nya dan Bekerja di Kota
13. Apakah tugas-tugas yang dijalankan oleh umat Tuhan?
13 Sekarang, mari kita kembali ke zaman Yehezkiel untuk menyelidiki ciri-ciri lain dalam penglihatannya. Yehuwa telah menyebutkan tugas-tugas yang dijalankan oleh umat-Nya. Misalnya, terdapat para imam yang mempersembahkan korban dan berkhidmat ‘di tempat suci-Nya.’ Orang Lewi pula “berkhidmat di Rumah Tuhan” dan “bertanggungjawab atas segala tugas yang wajib dilaksanakan di situ.” (Yeh. 44:14-16; 45:4, 5) Selain itu, terdapat pekerja lain yang menyokong kota itu. Siapakah mereka?
14. Para pekerja yang menyokong kota itu mengingatkan kita tentang apa?
14 Para pekerja yang menyokong kota itu datang daripada “semua suku Israel.” Mereka harus mengusahakan tanah yang “menjadi sumber makanan bagi pekerja kota.” (Yeh. 48:18, 19) Tidakkah hal itu mengingatkan kita tentang kerja yang dapat kita lakukan di firdaus rohani? Kita semua dapat menyokong kaum terurap dan para saudara daripada “kumpulan besar manusia” yang dilantik untuk mengambil pimpinan. (Why. 7:9, 10) Cara utama kita berbuat demikian adalah dengan mengikut arahan yang diberikan oleh hamba yang setia.
15, 16. (a) Apakah butiran lain yang terkandung dalam penglihatan Yehezkiel? (b) Apakah penghormatan yang kita miliki hari ini?
15 Terdapat satu lagi butiran daripada penglihatan Yehezkiel yang bermanfaat bagi kita. Apakah butiran itu? Yehuwa menyatakan bahawa mereka yang datang daripada 12 suku Israel akan berkhidmat di dua tempat: (1) Di halaman Rumah Tuhan, dan Yeh. 46:9, 24) Mereka juga menyokong kota itu dengan mengusahakan tanah di padang rumput kota. Daripada contoh mereka, apakah pengajaran yang dapat kita terapkan?
(2) di padang rumput kota itu. Apakah yang dilakukan mereka di situ? Mereka “menyembah Yehuwa” di halaman Rumah-Nya dengan memberikan korban kepada-Nya. (16 Hari ini, kumpulan besar manusia mempunyai penghormatan untuk melakukan tugas-tugas seperti yang digambarkan dalam penglihatan Yehezkiel. Mereka menyembah Yehuwa “di Rumah-Nya” dengan memberikan korban pujian. (Why. 7:9-15) Mereka berbuat demikian dengan menginjil, memberikan komen, dan bernyanyi semasa perjumpaan. Hal ini ialah sebahagian daripada ibadat mereka dan merupakan tanggungjawab utama mereka. (1 Taw. 16:29) Umat Tuhan juga menyokong organisasi-Nya dalam pelbagai cara. Contohnya, ada yang membina dan menyelenggarakan Dewan Perjumpaan atau bangunan teokratik lain. Ada juga yang membantu dalam projek-projek yang diaturkan oleh organisasi Yehuwa. Yang lain pula memberikan bantuan dari segi kewangan. Semua kerja ini dapat disamakan dengan kerja mengusahakan tanah yang dilakukan “untuk memuliakan Tuhan.” (1 Kor. 10:31) Mereka menjalankan tugas mereka dengan bersemangat dan gembira kerana mereka tahu bahawa “korban-korban sebegitu menyenangkan hati Tuhan.” (Ibr. 13:16) Adakah anda sedang bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini?
‘Kita Menantikan Langit Baharu dan Bumi Baharu’
17. (a) Bagaimanakah penglihatan Yehezkiel ini akan menjadi kenyataan dalam skala yang lebih besar? (b) Semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus, siapakah yang akan mendapat manfaat daripada aturan pentadbiran di bumi?
17 Pada masa depan, penglihatan Yehezkiel ini pasti menjadi kenyataan dalam skala yang lebih besar. Ingatlah bahawa bahagian kawasan yang dipanggil “sumbangan suci” terletak di tengah-tengah tanah warisan, dan “tempat suci Yehuwa” terletak di situ. (Yeh. 48:10) Maka, hal ini meyakinkan kita bahawa selepas Armagedon, Yehuwa akan menyertai umat-Nya di bumi tidak kira di mana mereka berada. (Why. 21:3) Semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus, aturan pentadbiran kota itu akan membawa manfaat kepada manusia di seluruh bumi. Maksudnya, para pentadbir, iaitu para penyelia, akan memberikan bimbingan dan arahan kepada masyarakat manusia yang membentuk “bumi baharu.”—2 Ptr. 3:13.
18. (a) Mengapakah kita yakin bahawa para pentadbir kota itu akan bertindak selaras dengan pemerintahan Tuhan? (b) Apakah keyakinan yang kita peroleh daripada nama kota itu?
18 Mengapakah kita yakin bahawa para pentadbir kota itu akan bertindak selaras dengan pemerintahan Tuhan? Kota yang mempunyai 12 pintu gerbang itu mencerminkan kota di syurga yang juga mempunyai 12 pintu gerbang, iaitu Yerusalem Baharu (yang dianggotai oleh 144,000 raja). (Why. 21:2, 12, 21-27) Hal ini meyakinkan kita bahawa pentadbiran di bumi akan mencerminkan dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Tuhan. Sememangnya, kota yang bernama “Yehuwa Ada di Situ” meneguhkan keyakinan kita bahawa ibadat sejati akan kekal selamanya. Alangkah indahnya masa depan itu!