KOTAK MAKLUMAT 16A
Adakah Yerusalem Melambangkan Agama Kristian Palsu?
Dahulu, bahan bacaan kita menyatakan bahawa Yerusalem yang murtad menggambarkan agama Kristian palsu. Sememangnya, penyembahan berhala dan kejahatan yang wujud di Yerusalem mengingatkan kita tentang agama Kristian palsu. Tetapi kebelakangan ini, bahan bacaan kita termasuk buku ini tidak bertumpu kepada mencari maksud di sebalik setiap perincian dalam nubuat Bible, kecuali jika Bible sendiri menyebutnya dengan jelas. Jadi, adakah Bible secara terus terang menyatakan bahawa Yerusalem melambangkan agama Kristian palsu? Tidak.
Pertimbangkan hal-hal berikut: Yerusalem pernah menjadi pusat ibadat sejati. Tetapi penduduknya kemudian menjadi murtad. Bagaimana pula dengan agama Kristian palsu? Mereka tidak pernah menjalankan ibadat sejati. Dari mula lagi, iaitu pada abad keempat Masihi, mereka terus menyebarkan ajaran palsu.
Selain itu, selepas Yerusalem dimusnahkan oleh orang Babilon, Yehuwa telah memperkenankan dan memulihkan Yerusalem, serta menjadikannya pusat ibadat sejati sekali lagi. Tetapi, agama Kristian palsu tidak pernah diperkenankan oleh Tuhan. Semasa kesengsaraan besar, mereka akan dibinasakan dan tidak wujud lagi.
Jadi, apakah kesimpulannya? Apabila mengkaji nubuat Bible tentang Yerusalem yang murtad, kita mungkin berkata, “Semua ini mirip dengan apa yang berlaku dalam agama Kristian palsu.” Hal itu memang tidak salah. Tetapi ingatlah bahawa tiada apa-apa bukti daripada Bible yang menyatakan bahawa Yerusalem yang murtad melambangkan agama Kristian palsu.