BAB 3
“Aku Mendapat Penglihatan daripada Tuhan”
ISI UTAMA: Ringkasan penglihatan Yehezkiel tentang kenderaan Yehuwa di syurga
1-3. (a) Gambarkan apa yang dilihat dan didengari Yehezkiel. (Lihat gambar pada permulaan bab.) (b) Apakah yang membolehkan Yehezkiel mengalami kejadian yang luar biasa itu? Apakah perasaannya selepas itu?
YEHEZKIEL merenung jauh di hadapannya sambil mengamati padang pasir yang terbentang luas. Ketika itu, dia melihat angin yang mula bertiup kencang dari utara. Rambutnya dipukul angin dan pakaiannya berkibar ditiup badai itu. Namun, itu bukanlah ribut yang biasa. Pada saat itu juga, dia melihat awan besar dengan sinaran api yang dikelilingi cahaya yang terang. Di tengah-tengah api itu, ada sesuatu seperti logam yang bersinar-sinar. * Seraya awan besar itu semakin mendekat, Yehezkiel mendengar suatu bunyi yang semakin kuat, yang bagaikan bunyi angkatan tentera yang sedang berkawad.—Yeh. 1:4, 24.
2 Pada masa itu, Yehezkiel berumur sekitar 30 tahun. Sudah tentu dia tidak akan melupakan pengalaman yang baru dialaminya. Tetapi, ini hanyalah permulaan. Dia kemudiannya merasai kuasa suci Yehuwa, atau “tangan Yehuwa datang ke atas[nya].” Kuasa itu membolehkannya melihat dan mendengar hal-hal yang sangat luar biasa, yang tidak dapat ditandingi filem aksi dewasa Yeh. 1:3, nota kaki, 28.
ini. Yehezkiel begitu kagum dengan penglihatan itu sehingga dia rebah dan bersujud ke tanah.—3 Namun, Yehuwa bukan sekadar ingin membuat Yehezkiel berasa kagum. Sebenarnya, penglihatan-penglihatan itu sangat bermakna bagi Yehezkiel dan umat Tuhan yang setia hari ini. Marilah kita meneliti apa yang dilihat dan didengari Yehezkiel.
Apakah Latarnya?
4, 5. Apakah latarnya semasa Yehezkiel mendapat penglihatan daripada Tuhan?
4 Baca Yehezkiel 1:1-3. Bayangkan latar ini. Tahunnya ialah 613 SM. Dalam bab yang sebelumnya, kita belajar bahawa Yehezkiel tinggal berdekatan Sungai Khebar di Babilon bersama para tawanan yang lain. Nampaknya, Sungai Khebar ialah sungai buatan manusia yang dapat dilalui kapal. Sungai ini bercabang daripada Sungai Efrat dan kemudiannya mengalir kembali ke Sungai Efrat.
5 Kota Yerusalem terletak kira-kira 800 km dari sana. * Rumah Tuhan, iaitu tempat bapa Yehezkiel pernah berkhidmat sebagai imam, telah dicemari ibadat palsu dan penyembahan berhala. Takhta diraja yang mulia, yang pernah diduduki Daud dan Salomo, kini dipandang hina. Raja Yehoyakhin yang jahat telah ditawan ke Babilon bersama orang Yahudi yang lain. Setelah itu, Raja Zedekia yang jahat mula memerintah. Namun, dia hanyalah raja boneka yang tidak berguna.—2 Raj. 24:8-12, 17, 19.
6, 7. Mengapakah Yehezkiel berasa susah hati?
6 Memandangkan Yehezkiel beriman kepada Yehuwa, dia pasti sangat susah hati melihat iman sesetengah tawanan Yahudi
beransur-ansur pudar. Barangkali mereka berfikir, “Yehuwa sudah mengabaikan kita. Babilon dan ibadatnya yang palsu akan melenyapkan pemerintahan Yehuwa dan ibadat sejati dari muka bumi ini.”7 Setelah mengetahui serba sedikit tentang latar peristiwa ini, bacalah perincian menarik yang ditulis oleh Yehezkiel tentang penglihatannya yang pertama. Jadikanlah topik ini sebagai bahan pembelajaran peribadi anda. (Yeh. 1:4-28) Bayangkanlah diri anda ialah Yehezkiel, dan selamilah apa yang dilihat dan didengarinya.
Suatu Kenderaan yang Istimewa
8. Apakah yang dilihat oleh Yehezkiel, dan apakah yang dilambangkan oleh penglihatan itu?
8 Apakah yang dilihat oleh Yehezkiel? Dia nampak suatu kenderaan yang sangat besar dan menakjubkan. Kenderaan itu mempunyai empat roda besar, dan di sisi roda-roda itu terdapat empat makhluk roh yang dipanggil kerub. (Yeh. 10:1) Di atas kepala makhluk-makhluk itu terbentang sesuatu yang menyerupai lantai yang kelihatan seperti ais, dan di atasnya terletak takhta Tuhan Yehuwa. Apakah yang dilambangkan oleh kenderaan itu? Kenderaan itu melambangkan bahagian organisasi Yehuwa di syurga. Mengapakah kita dapat membuat kesimpulan ini? Mari kita kaji tiga sebab berikut.
9. Mengapakah hubungan antara Yehuwa dengan semua makhluk di syurga sesuai digambarkan seperti suatu kenderaan?
9 Yehuwa memerintah semua makhluk di syurga. Dalam penglihatan ini, takhta Yehuwa terletak di atas kerub-kerub. Ayat-ayat Bible yang lain juga menggambarkan Yehuwa bertakhta di atas atau di antara kerub-kerub. (Baca 2 Raja-Raja 19:15; Kel. 25:22; Mzm. 80:1) Sudah tentu Yehuwa tidak perlu diangkat oleh makhluk-makhluk roh dan Dia tidak memerlukan kenderaan. Sebenarnya, hal ini melambangkan bagaimana kerub-kerub menjunjung kedaulatan Yehuwa. Dia dapat mengutus mereka ke mana sahaja untuk melaksanakan kehendak-Nya. Ya, kerub-kerub dan semua malaikat lain ialah hamba atau wakil Yehuwa. (Mzm. 104:4) Maka, gambaran tentang Yehuwa “mengenderai” semua makhluk di syurga memang sesuai. Sebagai Pemerintah Yang Berdaulat, Dia memimpin mereka untuk bergerak dengan harmoni.
10. Bagaimanakah kita tahu bahawa kenderaan itu tidak hanya merangkumi empat kerub?
10 Kenderaan itu tidak hanya merangkumi empat kerub. Walaupun Yehezkiel hanya melihat empat kerub dalam penglihatannya, empat kerub itu memang sesuai melambangkan semua anak Tuhan di syurga. Hal ini kerana Bible biasa menggunakan nombor empat untuk menggambarkan sesuatu yang lengkap atau merangkumi Yeh. 1:18, 22; 10:12) Begitu juga, bahagian organisasi Yehuwa di syurga sangat besar dan sudah pasti merangkumi lebih daripada empat kerub.
semuanya. Selain itu, roda-roda dan kerub-kerub itu penuh dengan mata. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat banyak lagi malaikat lain yang sangat peka terhadap segala sesuatu. Dalam penglihatan Yehezkiel, kenderaan itu begitu besar sehingga kerub-kerub yang perkasa pun kelihatan kecil. (11. Apakah penglihatan serupa yang dilihat oleh Daniel? Apakah yang dapat kita simpulkan?
11 Daniel mendapat penglihatan yang serupa tentang syurga. Semasa Daniel menjadi tawanan di Babilon, dia juga diberikan penglihatan tentang syurga. Daniel melihat takhta Yehuwa yang memiliki roda-roda, dan terdapat ‘beribu-ribu dan berjuta-juta malaikat’ di hadapan Yehuwa. Anak-anak Tuhan itu berada di Mahkamah di syurga dan mereka mempunyai tempat masing-masing. (Dan. 7:9, 10, 13-18) Tidakkah masuk akal untuk menyimpulkan bahawa penglihatan Yehezkiel juga merujuk kepada semua makhluk roh yang mulia itu?
12. Mengapakah kita dilindungi dengan mengkaji catatan Bible seperti nubuat Yehezkiel?
12 Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita cenderung bertumpu kepada “hal-hal yang kelihatan,” iaitu hal-hal jasmani yang tidak berkekalan. Syaitan sering memperalatkan kelemahan kita itu supaya kita tidak berfikiran rohani. Tetapi, Yehuwa tahu bahawa kita akan dilindungi jika kita bertumpu kepada hal-hal rohani, yang disebutkan oleh Rasul Paulus sebagai “hal-hal yang tidak kelihatan.” (Baca 2 Korintus 4:18.) Maka untuk membantu kita melawan tekanan itu, Yehuwa memberi kita catatan Bible seperti nubuat Yehezkiel. Catatan sebegini mengingatkan kita tentang keagungan keluarga Yehuwa di syurga.
“Roda yang Berputar!”
13, 14. (a) Gambarkan roda-roda yang dilihat oleh Yehezkiel. (b) Mengapakah gambaran bahawa takhta Yehuwa memiliki roda sesuai?
13 Pada mulanya, Yehezkiel bertumpu kepada empat kerub itu. Dalam Bab 4 buku ini, kita akan mempelajari lebih banyak tentang Yehuwa dengan mengkaji kerub-kerub itu dan rupa mereka. Tetapi sekarang, kita akan membincangkan empat roda yang berada di sisi empat kerub itu. Roda-roda itu terletak di empat penjuru dan membentuk segi empat yang luas. (Baca Yehezkiel 1:16-18.) Nampaknya roda-roda itu diperbuat daripada krisolit, iaitu sejenis batu permata yang berkilau. Batu ini mungkin lut sinar atau lut cahaya, dan berwarna kuning atau kuning kehijauan.
14 Yehezkiel menyebut banyak perincian tentang roda-roda kenderaan itu. Gambaran tentang roda-roda pada takhta Tuhan memang sesuatu yang menakjubkan! Biasanya, sebuah takhta akan kekal di suatu tempat. Hal ini sesuai bagi raja-raja manusia kerana kuasa mereka terhad. Tetapi kuasa Yehuwa jauh berbeza daripada pemerintahan manusia dan tidak terbatas. (Neh. 9:6) Sememangnya, sebagai Pemerintah Yang Berdaulat, kekuasaan Yehuwa meliputi seluruh alam semesta!
15. Apakah yang diperhatikan Yehezkiel tentang roda-roda itu?
15 Yehezkiel terpukau melihat betapa besarnya saiz roda-roda itu. Dia menulis, “Lingkaran roda-roda itu begitu besar dan mengagumkan.” Kita dapat membayangkan Yehezkiel mendongakkan kepalanya untuk melihat roda berkilau itu yang hampir mencecah langit. Kemudian dia menambah satu lagi butiran yang menarik, “Lingkaran keempat-empat roda itu penuh dengan mata.” Namun, yang paling menakjubkan ialah struktur roda-roda itu. Yehezkiel melihat terdapat roda di dalam setiap roda. Apakah maksudnya?
16, 17. (a) Apakah maksud ungkapan “terdapat roda di dalam setiap roda”? (b) Apakah yang kita pelajari tentang pergerakan kenderaan Yehuwa di syurga?
16 Nampaknya, binaan setiap roda itu merupakan “dua buah roda yang dipasang bersilang.” Memandangkan binaan roda itu amat istimewa, Yehezkiel menulis bahawa “roda-roda itu dapat bergerak ke empat arah tanpa perlu mengubah haluan.” Apakah yang dapat kita simpulkan mengenai kenderaan Yehuwa di syurga?
17 Penglihatan ini menunjukkan bahawa kenderaan Yehuwa laju bagaikan kilat. (Yeh. 1:14) Sememangnya, roda yang begitu tinggi pasti dapat bergerak jauh hanya dalam satu putaran. Maka, kenderaan Yehuwa dapat bergerak ke mana-mana arah dalam sekelip mata tanpa mengubah haluan. Teknologi sebegini memang impian setiap jurutera! Tetapi, kenderaan ini tidak bergerak secara melulu kerana mata yang meliputi roda-roda itu dapat memperhatikan segala sesuatu di sekelilingnya.
18. Apakah yang kita pelajari daripada roda kenderaan Yehuwa?
18 Jadi, apakah yang kita pelajari tentang bahagian organisasi Yehuwa di syurga? Setakat ini, kita sudah membincangkan bahawa bahagian organisasi-Nya di syurga sangat mulia dan mengagumkan. Hal ini nyata melalui roda-rodanya yang besar dan berkilauan. Selain itu, roda yang diliputi mata menunjukkan bahawa Yehuwa mengetahui segala sesuatu dan tiada apa pun yang terlepas daripada pandangan-Nya. (Ams. 15:3; Yer. 23:24) Tambahan lagi, Yehuwa mempunyai berjuta-juta malaikat, dan Dia dapat mengutus mereka ke seluruh alam semesta. Mereka amat peka terhadap segalanya dan melaporkan apa yang dilihat kepada Yehuwa.—Baca Ibrani 1:13, 14.
19. Daripada kelajuan dan pergerakan kenderaan Yehuwa, apakah yang dapat kita pelajari tentang Yehuwa dan bahagian organisasi-Nya di syurga?
19 Kita juga belajar bahawa kenderaan Yehuwa sangat laju dan dapat bergerak ke mana-mana dengan mudah. Ya, bahagian organisasi Yehuwa di syurga jauh berbeza daripada organisasi, kerajaan, dan institusi manusia! Manusia sering bertindak tanpa hala tuju yang jelas dan gagal membuat penyesuaian yang diperlukan. Akibatnya mereka membawa padah kepada diri sendiri! Sebaliknya, kenderaan di syurga dikawal oleh Tuhan Yehuwa, dan Kel. 3:13, 14) Contohnya, Dia dapat menjadi pahlawan yang berjuang demi umat-Nya. Tetapi Dia dapat segera berubah menjadi Bapa yang berbelas kasihan, yang mengampuni dan menerima kembali pendosa yang hancur hati.—Mzm. 30:5; Yes. 66:13.
Dia dapat segera membuat apa pun penyesuaian yang diperlukan untuk mencapai kehendak-Nya. Hal ini selaras dengan maksud nama-Nya. (20. Apakah perasaan kita setelah membaca tentang kenderaan Yehuwa di syurga, dan mengapa?
20 Setelah membaca tentang penglihatan Yehezkiel, kita mungkin bertanya, “Adakah kenderaan Yehuwa menimbulkan rasa kagum dalam hati saya?” Ingatlah, kenderaan ini wujud dan sedang mara ke hadapan sekarang. Janganlah sekali-kali berfikir bahawa Yehuwa, Anak-Nya, dan para malaikat, menutup sebelah mata terhadap sesetengah masalah yang membuat kita tawar hati. Kita juga tidak perlu risau bahawa Yehuwa akan berlambat-lambat untuk memenuhi keperluan kita atau bahawa organisasi-Nya akan gagal mengharungi rintangan di dunia ini. Dalam penglihatannya, Yehezkiel mendengar suara dari syurga yang berseru, “Roda yang berputar!” (Yeh. 10:13) Hal ini mengingatkan kita bahawa organisasi Yehuwa sentiasa bergerak maju. Tidakkah kita teruja apabila merenungkan cara Yehuwa mengarahkan organisasi-Nya? Sememangnya, kita ingin menujukan segala pujian dan rasa syukur kepada Yehuwa.
Siapakah yang Mengawalnya?
21, 22. Jelaskan bagaimana kenderaan Yehuwa dapat berfungsi.
21 Sekarang, Yehezkiel mengalihkan perhatiannya kepada apa yang berada di atas roda-roda itu. Dia melihat lantai yang “mengagumkan dan kelihatan seperti ais yang bersinar-sinar.” (Yeh. 1:22) Lantai yang berkilauan itu terbentang luas di atas kepala kerub-kerub. Namun, sesetengah orang mungkin tertanya-tanya, “Bagaimanakah lantai itu dapat terapung di atas roda-roda itu? Bagaimana mungkin roda-roda itu berfungsi memandangkan tiada apa-apa yang menghubungkan semua roda itu?” Kita harus ingat bahawa kenderaan ini ialah gambaran tentang apa yang berlaku di syurga. Maka kenderaan ini tidak dipengaruhi oleh hukum alam. Perhatikan juga kata-kata Yehezkiel ini: “Kuasa suci Tuhan yang menggerakkan makhluk-makhluk hidup itu, juga ada di dalam roda-roda itu.” (Yeh. 1:20, 21) Apakah kesan kuasa suci Tuhan atas kerub-kerub dan roda-roda itu?
22 Kuasa suci Tuhan ialah kuasa yang terhebat di seluruh alam semesta. Maka, kuasa ini menyatukan, menggerakkan, dan mengawal segala pergerakan kenderaan itu. Sekarang, perhatikanlah penjelasan Yehezkiel tentang Individu yang mengawal kenderaan itu.
Yehezkiel berasa susah untuk menggambarkan apa yang dilihatnya
23. Apakah sesetengah ungkapan yang digunakan oleh Yehezkiel semasa menggambarkan Yehuwa, dan mengapa?
Yehezkiel 1:26-28. Semasa mencatatkan penglihatannya, Yehezkiel sering menggunakan ungkapan “kelihatan seperti,” “menyerupai,” dan “sesuatu seperti.” Tetapi, dalam ayat-ayat ini, ungkapan sebegini digunakan dengan lebih kerap kerana dia berasa susah untuk mencari kata-kata yang dapat menggambarkan apa yang dilihatnya. Yehezkiel nampak “sesuatu yang kelihatan seperti batu nilam, yang menyerupai sebuah takhta.” Dapatkah anda bayangkan takhta sebegini? Kemudian, Yehezkiel menjelaskan bahawa terdapat Individu “yang kelihatan seperti manusia duduk di atas takhta itu.”
23 Baca24, 25. (a) Pelangi di sekeliling takhta Yehuwa mengingatkan kita tentang apa? (b) Apakah perasaan sesetengah hamba Tuhan setelah mendapat penglihatan daripada Tuhan?
24 Sebenarnya, Individu itu ialah Yehuwa. Namun, Yehezkiel tidak dapat melihat-Nya dengan jelas kerana terdapat sesuatu seperti api yang bersinar terang dari bahagian pinggang-Nya ke atas dan ke bawah. Yehezkiel mungkin melindungi matanya daripada cahaya terang itu semasa menatap kemuliaan Yehuwa. Kemudian, apa yang dilihatnya tentang Yehuwa amat menakjubkan. Yehezkiel menulis, “Dia dikelilingi cahaya yang terang-benderang, seperti pelangi di awan pada hari hujan.” Tidakkah kita berasa Kej. 9:11-16) Ya, Tuhan kita yang maha kuasa ialah Tuhan kedamaian. (Ibr. 13:20) Dia mencintai kedamaian dan memberikannya kepada semua orang yang menyembah-Nya dengan setia.
teruja semasa melihat pelangi yang indah? Pelangi yang berwarna-warni mungkin mengingatkan kita tentang kemuliaan Pencipta kita dan perjanjian damai yang dibuat-Nya selepas Banjir. (25 Apakah perasaan Yehezkiel semasa menatap kemuliaan Yehuwa? Dia menulis, “Ketika aku nampak semua ini, aku terus bersujud ke tanah.” Penglihatan yang menakjubkan itu sudah pasti menimbulkan rasa takut dan hormat kepada Tuhan. Sesetengah nabi yang mendapat penglihatan daripada Tuhan juga pernah mengalami perasaan yang sama. Pengalaman sedemikian terlalu mengagumkan sehingga membuat mereka berasa kecil dan tidak berdaya. (Yes. 6:1-5; Dan. 10:8, 9; Why. 1:12-17) Tetapi kemudian, penglihatan itu telah meneguhkan mereka. Perkara yang sama juga telah berlaku kepada Yehezkiel. Kita juga dapat memperoleh kekuatan dengan membaca catatan-catatan Bible sebegitu.
26. Bagaimanakah penglihatan Yehezkiel menguatkannya?
26 Jika Yehezkiel berasa kecewa atau gelisah melihat keadaan umat Tuhan di Babilon, penglihatan itu pasti telah menguatkannya. Di mana pun mereka berada, sama ada di Yerusalem atau Babilon, tiada apa-apa yang dapat menghalang kenderaan Yehuwa daripada mencapai umat-Nya. Semua pemerintahan yang dikuasai Syaitan tidak dapat menandingi Yehuwa, Pemimpin bahagian organisasi-Nya di syurga! (Baca Mazmur 118:6.) Perhatikan juga bahawa kenderaan Yehuwa tidak jauh daripada manusia kerana rodanya digambarkan bersentuhan dengan tanah. (Yeh. 1:19) Jelaslah, Yehuwa sangat mengambil berat terhadap umat-Nya yang ditawan. Mereka selalu berada dalam naungan kasih Bapa mereka yang di syurga!
Kenderaan Yehuwa dan Kaitannya dengan Anda
27. Apakah kaitan penglihatan Yehezkiel dengan kita hari ini?
27 Apakah kaitan penglihatan Yehezkiel dengan kita hari ini? Ingatlah, Syaitan sedang melancarkan serangan secara bertubi-tubi terhadap ibadat sejati. Dia mahu kita berasa terasing, keseorangan, dan terpisah daripada bantuan Yehuwa dan organisasi-Nya. Jangan sekali-kali membiarkan dusta Syaitan ini untuk berakar dalam hati dan minda kita! (Mzm. 139:7-12) Semasa mempelajari tentang kenderaan Yehuwa yang berkuasa dan yang dapat bergerak ke segala arah dengan begitu laju, hati kita pasti dipenuhi rasa kagum. Ya, seperti Yehezkiel, kita pasti terpukau dengan kemuliaan bahagian organisasi Yehuwa di syurga!
28, 29. Bagaimanakah kita tahu bahawa kenderaan Yehuwa sedang bergerak maju sepanjang seratus tahun yang lalu?
28 Selain bahagian organisasi Yehuwa di syurga, terdapat juga bahagian organisasi Yehuwa di bumi. Biarpun bahagian organisasi Yoh. 14:12) Buku Kerajaan Tuhan Kini Memerintah! menunjukkan bagaimana kerja menginjil dijalankan pada skala yang besar sepanjang seratus tahun yang lalu. Kita juga dapat melihat bagaimana organisasi Yehuwa mendidik orang Kristian sejati, meraih kemenangan dalam kes-kes mahkamah, dan menggunakan teknologi terkini untuk melaksanakan kehendak Tuhan!
Yehuwa di bumi terdiri daripada manusia yang tidak sempurna, Yehuwa telah membantu mereka melakukan hal-hal yang luar biasa. (29 Apabila kita mengkaji semua yang telah dilakukan untuk memulihkan ibadat sejati pada hari-hari terakhir ini, jelaslah bahawa kenderaan Yehuwa di syurga sedang bergerak maju. Sememangnya, kita diberi penghormatan yang besar kerana dapat menjadi sebahagian daripada organisasi ini dan menyembah Pemerintah Yang Berdaulat!—Mzm. 84:10.
30. Apakah yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya?
30 Namun, ada banyak lagi hal yang dapat kita pelajari daripada penglihatan Yehezkiel. Dalam bab seterusnya, kita akan mengkaji dengan lebih lanjut tentang empat “makhluk hidup,” atau kerub. Apakah yang dapat kita pelajari tentang Tuhan Yehuwa daripada mereka?