BAB LAPAN
Dia Tabah Menghadapi Kekecewaan
1. Mengapakah penduduk Silo diselubungi kesedihan?
SAMUEL merasai kepiluan yang menyelubungi Silo. Setiap pelosok kota bergema dengan raungan wanita dan kanak-kanak yang menangisi bapa, suami, anak lelaki, dan saudara lelaki mereka yang terkorban. Orang Israel baru sahaja kehilangan 4,000 orang askar dalam sebuah pertempuran, dan sekarang mereka kehilangan kira-kira 30,000 orang askar lagi.—1 Sam. 4:1, 2, 10.
2, 3. Apakah tragedi-tragedi yang menyebabkan Silo diselubungi kesedihan?
2 Tragedi menimpa bangsa Israel secara bertalu-talu. Anak-anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, telah membawa tabut perjanjian keluar dari Silo. Tabut itu melambangkan kehadiran Yehuwa, dan biasanya disimpan di dalam Bilik Maha Suci di khemah suci. Tetapi orang Israel telah membawa tabut itu ke medan pertempuran kerana menyangka bahawa tabut itu dapat menjadi azimat mereka dan membantu mereka meraih kemenangan. Malangnya orang Filistin merampas tabut itu dan membunuh Hofni dan Pinehas.—1 Sam. 4:3-11.
3 Selama beratus-ratus tahun, tabut perjanjian disimpan di khemah suci. Tetapi sekarang tabut itu dirampas daripada mereka. Sebaik sahaja Eli mendengar berita buruk ini, dia jatuh terlentang lalu mati. Menantu perempuan Eli juga mati semasa melahirkan anak. Sebelum menantunya mati, menantunya berkata, “Kemuliaan orang Israel telah pun ditawan.” Ya, Silo diselubungi kesedihan.—1 Sam. 4:12-22.
4. Apakah yang akan dibincangkan dalam bab ini?
4 Bagaimanakah Samuel dapat mengharungi kekecewaan ini? Dapatkah dia membantu umat Israel yang telah kehilangan perlindungan dan perkenan Yehuwa? Seperti Samuel, ada waktunya kita juga terpaksa mengharungi kesusahan dan kekecewaan yang menguji iman kita. Maka marilah kita mengambil iktibar daripada kisah Samuel.
Dia “Melakukan Hal-Hal yang Benar”
5, 6. Apakah yang dilakukan oleh Samuel sepanjang 20 tahun? Bagaimanakah kita dapat mencapai kesimpulan ini?
5 Catatan Bible beralih daripada Samuel kepada bagaimana orang Filistin menderita setelah mereka merampas tabut perjanjian sehingga mereka terpaksa mengembalikannya. Kemudian apabila Bible menyebut tentang Samuel lagi, kira-kira 20 tahun telah berlalu. (1 Sam. 7:2) Apakah yang berlaku kepada Samuel sepanjang 20 tahun itu?
6 Bible mencatatkan bahawa sebelum 20 tahun itu, “Samuel terus menyampaikan firman Tuhan kepada semua orang Israel.” (1 Sam. 4:1) Kemudian Bible juga mencatatkan bahawa selepas 20 tahun itu, Samuel mengunjungi tiga buah kota di Israel setiap tahun untuk menyelesaikan masalah mereka, lalu dia akan kembali ke kampung halamannya di Rama. (1 Sam. 7:15-17) Memandangkan Samuel sentiasa giat berkhidmat kepada Yehuwa, kita dapat menyimpulkan bahawa dia pasti sangat sibuk sepanjang 20 tahun itu.
Biarpun Bible tidak mencatatkan apa yang dilakukan oleh Samuel selama 20 tahun, kita boleh yakin bahawa dia sibuk berkhidmat kepada Yehuwa sepanjang masa itu
7, 8. (a) Apakah mesej yang disampaikan oleh Samuel? (b) Apakah reaksi orang Israel terhadap mesej itu?
7 Perbuatan anak-anak Eli yang jahat telah menyebabkan iman rakyat terhakis sehingga ramai antara mereka menyembah berhala. Namun demikian, Samuel menyampaikan mesej ini kepada mereka: “Jika kamu ingin kembali kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu, singkirkanlah tuhan-tuhan bangsa asing dan patung-patung Asytoret dalam kalangan kamu. Berpalinglah kepada Yehuwa dengan hati yang tidak berbelah bahagi dan sembahlah Dia sahaja, lalu Dia akan menyelamatkan kamu daripada tangan orang Filistin.”—1 Sam. 7:3.
8 Pada masa itu, orang Filistin sering menindas orang Israel. Memandangkan angkatan tentera Israel telah dikalahkan, orang Filistin menyangka bahawa umat Tuhan senang ditindas. Tetapi Samuel meyakinkan orang Israel bahawa keadaan itu akan berubah jika mereka kembali kepada Yehuwa. Adakah mereka sudi berbuat demikian? Ya! Samuel bersukacita kerana mereka menyingkirkan patung berhala mereka dan “menyembah Yehuwa sahaja.” Samuel pun mengumpulkan mereka di Mizpa, sebuah kota yang terletak di utara Yerusalem. Di situ, mereka berpuasa dan bertaubat daripada dosa mereka.—Baca 1 Samuel 7:4-6.
Orang Filistin menyangka bahawa mereka berpeluang untuk memusnahkan umat Tuhan yang berkumpul di Mizpa
9. Apakah yang dilakukan oleh orang Filistin? Apakah reaksi umat Tuhan?
9 Orang Filistin mendengar bahawa orang Israel telah berkumpul di Mizpa, maka mereka menghantar pasukan tentera yang besar ke situ untuk menyerang umat Tuhan. Apabila orang Israel mendengar hal itu, mereka menjadi takut dan memohon Samuel untuk berdoa kepada Yehuwa. Semasa Samuel berdoa dan mempersembahkan korban, tentera Filistin menyerang mereka. Maka “Yehuwa mendatangkan guntur dari langit” untuk menunjukkan kemurkaan-Nya terhadap orang Filistin.—10, 11. (a) Mengapakah guntur itu bukanlah guntur biasa? (b) Ekoran perang di Mizpa, apakah perubahan besar yang berlaku?
10 Adakah tentera Filistin seperti budak-budak kecil yang akan melarikan diri ketika mendengar bunyi guntur? Tidak! Mereka ialah pahlawan yang gagah dan berani. Tetapi guntur itu bukanlah guntur biasa. Adakah bunyi guntur itu sangat kuat? Atau mungkinkah bunyi guntur itu menggema di kawasan pergunungan Mizpa? Bible tidak memberitahu kita. Bible hanya menyatakan bahawa guntur itu “menyebabkan orang Filistin kacau-bilau sehingga orang Israel mengalahkan mereka.” Ya, orang Israel keluar dari Mizpa lalu mengejar dan membunuh musuh mereka sehingga ke sebuah tempat yang terletak di barat daya Yerusalem.—1 Sam. 7:11.
11 Perang itu merupakan titik perubahan yang besar bagi orang Israel. Sejak hari itu, kota demi kota diambil kembali oleh orang Israel, dan orang Filistin terpaksa berundur dari negeri Israel.—1 Sam. 7:13, 14.
12. Apakah yang dikatakan oleh Paulus tentang Samuel? Apakah sifat-sifat yang membantunya terus berbuat demikian?
12 Berabad-abad kemudian, Paulus menyatakan bahawa Samuel ialah seorang hakim yang setia dan nabi yang “melakukan hal-hal yang benar.” (Ibr. 11:32, 33) Samuel bukan sahaja melakukan apa yang baik di mata Tuhan, dia bahkan juga membantu orang Israel berbuat demikian. Oleh sebab dia sabar dan bergantung pada Yehuwa, dia dapat menjalankan tugasnya meskipun menghadapi kekecewaan. Tambahan lagi, Samuel menghargai bantuan Tuhan. Selepas kemenangan orang Israel di Mizpa, dia mendirikan tugu untuk memperingati bagaimana Yehuwa membantu umat-Nya.—1 Sam. 7:12.
13. (a) Apakah sifat-sifat yang harus kita pupuk? (b) Bilakah masa yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat itu?
1 Petrus 5:6.) Kita semua harus memupuk sifat-sifat ini. Samuel telah memupuk sifat-sifat ini sejak zaman mudanya, dan hal ini membantunya untuk menghadapi kekecewaan pada kemudian hari.
13 Adakah anda ingin meniru Samuel dan “melakukan hal-hal yang benar”? Jika ya, pupuklah kesabaran dan kerendahan hati, dan tunjukkanlah kesyukuran kepada Tuhan. (Baca“Anak-Anaknya Tidak Mengikut Haluannya”
14, 15. (a) Apakah kekecewaan yang dihadapi oleh Samuel pada usia tuanya? (b) Adakah Samuel tidak bertanggungjawab seperti Eli? Jelaskan.
14 Kali berikutnya kita membaca tentang Samuel, dia “sudah tua.” Dia mempunyai dua orang anak yang sudah dewasa, iaitu Yoel dan Abia. Dia melantik mereka sebagai hakim orang Israel, tetapi mereka menyalahgunakan kekuasaan mereka. Samuel jujur dan berbuat benar, tetapi anak-anaknya mengaut keuntungan secara tidak jujur, memutarbalikkan keadilan, dan menerima rasuah.—1 Sam. 8:1-3.
15 Pada suatu hari, para pemimpin orang Israel memberitahu Samuel, “Anak-anak tuan tidak mengikut haluan tuan.” (1 Sam. 8:4, 5) Adakah Samuel tahu tentang perbuatan anak-anaknya? Bible tidak menyatakannya. Tetapi Samuel bukanlah bapa yang tidak bertanggungjawab seperti Eli. Yehuwa telah menegur dan menghukum Eli kerana dia lebih menghormati anak-anaknya daripada menghormati Tuhan dan tidak mendisiplinkan mereka. (1 Sam. 2:27-29) Tetapi Yehuwa tidak pernah menyalahkan Samuel.
16. Apakah perasaan ibu bapa jika anak mereka memberontak? Mengapakah kisah Samuel dapat melegakan hati ibu bapa?
16 Adakah Samuel berasa kecewa, runsing, dan malu, setelah mengetahui perbuatan jahat anak-anaknya? Bible tidak memberitahu kita. Tetapi ramai ibu bapa pasti dapat membayangkan perasaan Samuel. Dalam dunia yang jahat ini, banyak anak memberontak melawan ibu bapa mereka. (Baca 2 Timotius 3:1-5.) Ibu bapa yang menghadapi situasi ini dapat mengambil iktibar dan memperoleh kelegaan hati daripada kisah Samuel. Samuel tidak membenarkan kejahatan anak-anaknya untuk mempengaruhi kesetiaannya kepada Tuhan. Para ibu bapa, ingatlah bahawa meskipun anak-anak menolak ajaran dan disiplin anda, teladan baik anda mungkin dapat menggerakkan hati mereka. Selain itu, seperti Samuel, ibu bapa yang setia dapat menyenangkan hati Tuhan Yehuwa.
“Berilah Kami Seorang Raja”
17. Apakah permintaan para pemimpin orang Israel? Apakah reaksi Samuel?
17 Anak-anak Samuel mungkin tidak menyangka bahawa perbuatan jahat mereka akan mempengaruhi seluruh umat Israel. Para pemimpin orang Israel berkata kepada Samuel, “Lantiklah seorang raja untuk menghakimi kami seperti bangsa-bangsa lain.” Mereka nampak bahawa bangsa-bangsa di sekitar mereka mempunyai raja, jadi mereka pun menginginkan seorang raja. Mereka tidak mahu nabi biasa seperti Samuel untuk menghakimi mereka. Tetapi Samuel telah menjadi wakil Yehuwa dan menghakimi mereka selama puluhan tahun, jadi apakah perasaannya terhadap permintaan mereka ini? Adakah dia berasa bahawa mereka menolaknya? Bible menyatakan bahawa biarpun dia tidak senang hati, dia masih berdoa meminta petunjuk Tuhan.—1 Sam. 8:5, 6.
18. Bagaimanakah Yehuwa melegakan hati Samuel dan menunjukkan bahawa orang Israel melakukan dosa serius?
18 Samuel pasti berasa lega mendengar jawapan Tuhan. Tuhan berfirman kepada-Nya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka; kerana bukan engkau yang ditolak oleh mereka, sebaliknya Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.” Ya, umat Israel telah menghina Tuhan Yang Maha Kuasa! Tuhan menyuruh Samuel untuk memberitahu umat itu bahawa mereka harus menanggung akibatnya kerana meminta seorang pemerintah manusia. Tetapi umat itu 1 Sam. 8:7-19.
tidak menghiraukan amaran itu. Mereka berkata, “Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja untuk memerintah kami.” Samuel mematuhi arahan Tuhan lalu melantik raja yang telah dipilih-Nya.—19, 20. (a) Apakah sikap yang diperlihatkan oleh Samuel sewaktu dia melantik Saul sebagai raja Israel? (b) Bagaimanakah Samuel terus membantu umat Yehuwa?
19 Adakah Samuel melaksanakan arahan Tuhan dengan rela hati? Adakah dia membiarkan perasaan kecewa dan marah menguasai hatinya? Tidak. Samuel melantik Saul dan mengakui bahawa Saul ialah raja yang dipilih Yehuwa. Kemudian dia mencium Saul untuk menunjukkan bahawa dia tunduk dan mengalu-alukan raja itu. Dia juga berkata kepada rakyat, “Lihatlah orang yang dipilih oleh Yehuwa. Tiada sesiapa pun dalam kalangan umat ini yang sama seperti dia.”—1 Sam. 10:1, 24.
20 Samuel berfokus kepada kebaikan Saul dan bukan kelemahannya. Dia juga lebih mementingkan perkenan Yehuwa daripada perkenan rakyat. (1 Sam. 12:1-4) Selain itu, dia menjalankan tugasnya dengan setia. Dia selalu mengingatkan umat Tuhan tentang hal-hal yang dapat membahayakan kerohanian mereka, dan menggalakkan mereka untuk tetap setia kepada Tuhan. Kata-kata Samuel telah menyentuh hati mereka, maka mereka merayunya untuk berdoa bagi pihak mereka. Samuel menjawab, “Bagi diriku, mustahil aku berdosa terhadap Yehuwa dan tidak berdoa bagi pihak kamu. Aku akan terus mengajar kamu mengikut haluan yang baik dan benar.”—1 Sam. 12:21-24.
Samuel mengajar kita agar tidak membiarkan perasaan cemburu dan marah untuk bertapak di hati
21. Bagaimanakah teladan Samuel dapat membantu anda jika anda berasa kecewa apabila orang lain dipilih atau dilantik untuk melakukan tugas tertentu?
21 Pernahkah anda berasa kecewa apabila orang lain dipilih atau dilantik untuk melakukan tugas tertentu? Teladan Samuel mengingatkan kita bahawa kita tidak patut membiarkan rasa cemburu atau marah bertapak di hati. (Baca Amsal 14:30.) Ingatlah bahawa kita masing-masing mempunyai banyak peluang untuk berkhidmat kepada Tuhan dalam organisasi-Nya.
“Berapa Lamakah Engkau Mahu Bersedih kerana Saul?”
22. Apakah kebaikan Saul yang dilihat oleh Samuel?
22 Samuel melihat bahawa Saul bukan sahaja tinggi dan kacak, dia bahkan juga baik, berani, bijak, dan rendah hati. (1 Sam. 10:22, 23, 27) Tuhan juga mengurniai Saul kebebasan untuk memilih. Dia dapat memilih haluan hidupnya dan membuat keputusan sendiri. (Ul. 30:19) Tetapi adakah dia menggunakan kebebasan ini dengan baik?
23. Apakah sifat pertama yang biasanya akan hilang apabila seseorang diberi kuasa? Bagaimanakah kita tahu bahawa Saul semakin angkuh?
23 Apabila seseorang diberi kuasa, sifat pertama yang biasanya akan hilang ialah sifat rendah hati. Hal ini telah terjadi kepada Saul. Dia semakin angkuh dan melanggar perintah-perintah Tuhan. Contohnya, dia tidak sabar menunggu ketibaan Samuel lalu mempersembahkan korban kepada Tuhan meskipun dia tidak berhak melakukannya. Maka Samuel memberikan teguran yang tegas kepadanya dan berkata bahawa kerajaannya tidak akan berkekalan. Tetapi Saul tidak mengendahkan teguran itu, malah dia melakukan lebih banyak perbuatan yang melanggar hukum Tuhan.—1 Sam. 13:8, 9, 13, 14.
24. (a) Bagaimanakah Saul melanggar perintah Yehuwa? (b) Apakah reaksi Saul terhadap teguran Samuel? Apakah keputusan Yehuwa?
24 Yehuwa mengarahkan Saul untuk membinasakan orang Amalek dan semua harta milik mereka. Yehuwa juga mengarahkan agar raja orang Amalek, iaitu Agag, dihukum mati. Tetapi Saul tidak membunuh Agag dan tidak memusnahkan barang jarahan yang bernilai. Apabila Samuel menegur perbuatannya itu, Saul tidak menerima teguran Samuel dengan rendah hati. Sebaliknya dia berdalih dan bahkan menyalahkan rakyatnya. Dia mencuba membela diri dengan mengatakan bahawa dia tidak memusnahkan ternakan yang terbaik kerana ingin mempersembahkannya kepada Yehuwa. Maka Samuel berkata kepadanya, “Sememangnya mentaati Yehuwa lebih baik daripada mempersembahkan korban.” Dengan berani, Samuel menegur Saul dan menyatakan bahawa Yehuwa akan menggantikannya dengan seorang raja yang lebih baik. *—1 Sam. 15:1-33.
25, 26. (a) Mengapakah Samuel bersedih? Bagaimanakah Yehuwa menasihati Samuel? (b) Apakah pengajaran yang diraih oleh Samuel apabila dia pergi ke rumah Isai?
25 Samuel amat kecewa dengan Saul. Dia nampak begitu banyak potensi dalam diri Saul, tetapi sekarang Saul sudah berubah dan memberontak melawan Yehuwa. Samuel berdoa kepada Yehuwa sepanjang malam, dan dia bahkan berkabung untuk Saul. Sejak hari itu, dia enggan bersemuka dengan Saul. Tetapi tidak lama kemudian, Yehuwa menasihati Samuel dengan berkata, “Berapa lamakah engkau mahu bersedih kerana Saul, sedangkan Aku sudah menolaknya sebagai raja yang memerintah orang Israel? Isilah sebuah tanduk dengan minyak dan berangkatlah. Aku akan mengutus engkau kepada Isai, penduduk Betlehem itu, kerana Aku telah memilih salah seorang daripada anak lelakinya sebagai raja.”—26 Pelaksanaan tujuan Yehuwa tidak bergantung pada manusia. Jika seseorang tidak setia kepada-Nya, Yehuwa akan mencari orang lain yang akan melakukan kehendak-Nya. Maka Samuel tidak lagi bersedih kerana Saul. Atas arahan Yehuwa, Samuel pergi ke rumah Isai di Betlehem. Di sana, dia berjumpa dengan beberapa orang anak lelaki Isai yang kacak dan tinggi. Tetapi Yehuwa mengingatkan Samuel agar tidak melihat rupa luaran sahaja. (Baca 1 Samuel 16:7.) Akhirnya, Samuel berjumpa dengan anak lelaki Isai yang bongsu, iaitu Daud. Daud ialah raja yang dipilih oleh Yehuwa!
Samuel tahu bahawa tidak kira betapa buruknya sesuatu keadaan, Yehuwa dapat mengubah keadaan itu dan memberkati hamba-Nya
27. (a) Apakah yang membantu Samuel menguatkan imannya? (b) Apakah perasaan anda tentang teladan Samuel?
27 Pada usia tuanya, Samuel dapat melihat mengapa Yehuwa memilih Daud untuk menggantikan Saul. Seraya masa berlalu, sifat Saul menjadi semakin buruk. Dia begitu cemburu dengan Daud sehingga mahu membunuhnya, dan dia juga menjadi murtad. Daud pula menunjukkan sifat-sifat yang mulia; dia berani, berintegriti, beriman, dan setia. Iman Samuel bertambah kukuh kerana dia melihat bahawa tidak kira betapa buruknya sesuatu keadaan, Yehuwa dapat mengubah keadaan itu dan memberkati hamba-Nya. Akhirnya Samuel meninggal ketika dia berusia hampir 100 tahun, dan semua orang Israel meratapi pemergian hamba Tuhan yang setia ini. Hari ini, semua hamba Tuhan patut menanya diri, “Adakah saya meniru iman Samuel?”
^ per. 24 Akhirnya Samuel sendiri yang telah membunuh Agag kerana Agag dan seisi rumahnya jahat dan harus dihukum mati. Berabad-abad kemudian, Haman, iaitu salah seorang keturunan Agag, mencuba melenyapkan umat Tuhan.—Est. 8:3; lihat Bab 15 dan 16 dalam buku ini.