BAB 9
Jauhilah Perbuatan Cabul
“Matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan.”
1, 2. Bagaimanakah Bileam mengumpan umat Yehuwa?
SEORANG pemancing ikan pergi ke tempat kegemarannya untuk menangkap ikan. Dia memilih umpan, dan melemparkan tali pancing ke dalam air. Tidak lama kemudian, tali pancing menjadi tegang dan batang pancing membengkok. Dia berjaya menangkap seekor ikan! Senyuman lebar terukir di bibirnya kerana dia telah memilih umpan yang sesuai.
2 Pada tahun 1473 SM, seorang lelaki yang bernama Bileam telah berusaha untuk mencari umpan yang sesuai. Sasarannya ialah umat Tuhan yang berkhemah di Dataran Moab, di sempadan Tanah yang Dijanjikan. Bileam mendakwa bahawa dia seorang penubuat Yehuwa, tetapi dia sebenarnya seorang lelaki tamak yang diupah untuk mengutuk umat Israel. Walaupun begitu, Yehuwa telah campur tangan, dan Bileam hanya dapat memberkati umat Israel. Tetapi Bileam tidak berputus asa. Dia bertekad untuk mendapatkan upahnya, maka dia berfikir jika umat Israel dapat digoda untuk melakukan dosa yang sangat besar, tentu Tuhan akan mengutuk umat-Nya sendiri. Untuk mencapai matlamatnya, Bileam menyediakan umpan
3. Adakah rancangan Bileam berjaya?
3 Adakah rancangan Bileam berjaya? Boleh dikatakan
4. Mengapakah beribu-ribu orang Israel diumpan untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral?
4 Apakah yang mengakibatkan tragedi ini? Banyak dalam kalangan umat Tuhan memiliki hati yang jahat. Mereka telah meninggalkan Yehuwa walaupun Yehuwalah yang membebaskan mereka dari Mesir, memberi makanan kepada mereka di padang belantara, dan membimbing mereka dengan selamat ke sempadan Tanah yang Dijanjikan. (Ibrani 3:12) Mengenai hal ini, hawari Paulus telah menulis, “Janganlah kita lakukan hal-hal cabul seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. Dalam sehari dua puluh tiga ribu orang mati akibat perbuatan itu.” *
5, 6. Mengapakah kisah mengenai dosa orang Israel di Dataran Moab sangat penting bagi kita hari ini?
5 Umat Tuhan hari ini bakal menjejakkan kaki ke tanah yang dijanjikan yang jauh lebih agung. Maka kita dapat menimba banyak pengajaran penting daripada kisah yang dicatatkan dalam buku Bilangan. (1 Korintus 10:11) Contohnya, dunia ini yang menggilakan seks mencerminkan orang Moab kuno tetapi dalam skala yang lebih besar. Tambahan lagi, setiap tahun beribu-ribu orang Kristian terjebak dalam perbuatan tidak bermoral
6 Adakah anda sedar bahawa situasi anda sama dengan situasi orang Israel di Dataran Moab? Bolehkah anda nampak hadiah anda, iaitu dunia baru yang dinanti-nantikan? Kalau begitu, berusahalah sedaya upaya untuk terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan dengan mengikut perintah ini: “Jauhkanlah diri kamu daripada perbuatan cabul.”
APAKAH ITU PERBUATAN CABUL?
7, 8. Apakah itu “perbuatan cabul,” dan bagaimanakah mereka yang melakukan perbuatan ini akan menuai akibatnya?
7 Seperti yang digunakan dalam Bible, “perbuatan cabul” (Yunani, por·neiʹa) merujuk kepada perbuatan *
seksual yang haram di luar perkahwinan yang sah menurut piawaian Bible. Hal ini merangkumi perzinaan, pelacuran, dan hubungan seks antara orang yang tidak terikat dalam perkahwinan (termasuk seks oral dan seks dubur) serta perbuatan merangsang alat kelamin individu yang bukan suami atau isteri untuk mencapai kepuasan seks. Hal ini juga merangkumi perbuatan yang dinyatakan di atas yang dilakukan dengan individu yang sama jantina atau dengan binatang.8 Bible menyatakan dengan sangat jelas bahawa mereka yang melakukan perbuatan cabul tidak dibenarkan untuk berada dalam sidang Kristian dan tidak akan menikmati kehidupan abadi. (1 Korintus 6:9; Penyingkapan 22:15) Bahkan, sekarang juga mereka membawa mudarat kepada diri sendiri kerana mereka kurang dipercayai dan hilang harga diri. Mereka juga mengalami masalah dalam perkahwinan, hati nurani yang dibelenggu rasa bersalah, kehamilan yang tidak dikehendaki, penyakit, bahkan kematian. (Galatia 6:7, 8) Inginkah anda memilih jalan yang sarat dengan penderitaan? Tentu tidak! Malangnya, ramai orang tidak memikirkan akibatnya apabila mengambil langkah yang pertama. Apakah langkah tersebut? Biasanya langkah ini merangkumi pornografi.
LANGKAH PERTAMA —PORNOGRAFI
9. Adakah pornografi tidak berbahaya seperti yang didakwa sesetengah orang? Jelaskan.
9 Di banyak negara, pornografi boleh didapati di gerai majalah, dalam lagu, dan di televisyen. Pornografi juga * Adakah pornografi tidak berbahaya seperti yang didakwa sesetengah orang? Tidak sama sekali! Mereka yang melihat pornografi mungkin memupuk tabiat melancap dan “hawa nafsu yang keji,” yang boleh mengakibatkan ketagihan seks, keinginan yang sumbang, masalah serius antara suami isteri, dan perceraian. * (Roma 1:24-27; Efesus 4:19) Seorang penyelidik menyamakan ketagihan seks kepada penyakit barah yang “terus menjadi parah dan menular. Ketagihan ini jarang hilang, dan sangat susah untuk diubati dan disembuhkan.”
membanjiri Internet.10. Bagaimanakah kita dapat menerapkan prinsip di Yakobus 1:14, 15? (Lihat juga kotak “ Memperoleh Kekuatan untuk Mengekalkan Kebersihan Moral.”)
10 Perhatikan kata-kata yang tercatat di Yakobus 1:14, 15 (ABB): “Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat. Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian.” Jadi, jika keinginan yang jahat menyusup ke dalam minda anda, singkirkanlah keinginan itu dengan serta-merta! Contohnya, jika anda nampak gambar yang erotik dengan tidak sengaja, alihkan pandangan anda dengan segera, atau tutup komputer, atau tukar saluran TV anda. Ambillah apa sahaja tindakan yang perlu agar anda tidak terperangkap oleh keinginan tidak bermoral yang akan menjerumuskan anda ke dalam kancah dosa!
11. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita bergantung pada Yehuwa semasa melawan keinginan yang salah?
11 Yehuwa menggesa kita, “Matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala).” (Kolose 3:5, ABB) Mungkin tidak senang untuk melakukan hal ini. Tetapi ingatlah bahawa kita mempunyai Bapa di syurga yang pengasih dan sabar. Kita boleh memohon bantuan-Nya. (Mazmur 68:20) Jadi apabila pemikiran yang kotor memasuki minda, berdoalah kepada-Nya dengan serta-merta untuk memohon “kekuasaan tertinggi.” Dan paksa diri anda untuk menumpukan perhatian pada perkara lain.
12. “Pemikiran” kita sebenarnya merujuk kepada apa, dan mengapakah kita mesti menjaganya?
12 Raja Salomo yang bijaksana menulis, “Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.” (Amsal 4:23, ABB) Dalam bahasa asal, perkataan “pemikiran” sebenarnya merujuk kepada “hati,” atau diri kita yang sebenar yang dilihat oleh Tuhan. Tambahan lagi, pandangan Yehuwa terhadap “hati” kita
PILIHAN DINA YANG TIDAK BIJAK
13. Siapakah Dina, dan mengapakah pilihannya dalam soal persahabatan tidak bijak?
13 Seperti yang kita pelajari dalam Bab 3, kawan-kawan kita mempunyai pengaruh yang besar ke atas kita, sama ada dalam cara yang baik atau buruk. (Amsal 13:20; 1 Korintus 15:33) Perhatikanlah contoh Dina, anak perempuan Yakub. (Kejadian 34:1) Walaupun dia dibesarkan dengan baik, dia membuat pilihan yang tidak bijak kerana dia berkawan dengan gadis Kanaan. Seperti orang Moab, orang Kanaan sangat terkenal dengan perbuatan yang tidak bermoral. (Imamat 18:6-25) Dalam pandangan lelaki Kanaan, termasuk lelaki yang “terhormat” seperti Sikhem, Dina tiada bezanya dengan gadis lain di Kanaan yang suka akan perbuatan tidak bermoral.
14. Bagaimanakah pilihan Dina dalam soal persahabatan membawa tragedi?
14 Apabila Dina bertemu dengan Sikhem, Dina mungkin tidak berfikir tentang hubungan seks. Tetapi Sikhem telah melakukan perkara yang dianggap biasa oleh kebanyakan orang Kanaan apabila mereka naik berahi. Apa-apa tentangan yang dibuat oleh Dina pada saat terakhir tidak berguna kerana Sikhem telah ‘melarikannya lalu merogolnya.’ Kemudian, Sikhem telah “jatuh cinta kepadanya” tetapi hal ini tidak mengubah apa yang telah pun berlaku. (Kejadian 34:1-4) Bukan Dina sahaja yang merana atas apa yang berlaku. Oleh sebab Dina salah memilih kawan, tercetuslah peristiwa-peristiwa yang membawa malu dan aib kepada seluruh keluarganya.
15, 16. Bagaimanakah kita dapat memperoleh kebijaksanaan sejati? (Lihat juga kotak “ Ayat Bible untuk Direnungkan.”)
15 Melalui pengalaman pahit ini, Dina mungkin telah Amsal 13:20a) Maka mereka ‘tahu apa yang harus dibuat,’ dan mengelakkan banyak masalah yang menyakitkan hati.
16 Kebijaksanaan daripada Tuhan ditawarkan kepada semua yang mendahagakannya. Mereka boleh mendapatkan kebijaksanaan ini dengan sentiasa berdoa dan mempelajari Firman Tuhan serta bahan yang disediakan oleh golongan hamba yang setia. (Matius 24:45; Yakobus 1:5) Selain itu, kerendahan hati amat penting. Mereka yang rendah hati akan menerapkan nasihat Bible dengan rela hati. (2 Raja-Raja 22:18, 19) Contohnya, seorang Kristian mungkin tahu secara teori bahawa hatinya licik dan berbahaya. (Yeremia 17:9) Tetapi apabila dia melakukan sesuatu yang tidak bijak, adakah dia cukup rendah hati untuk menerima bantuan dan nasihat spesifik yang diberikan oleh mereka yang mengasihinya?
17. Apakah situasi yang mungkin timbul dalam sebuah keluarga, dan bagaimanakah seorang bapa dapat menaakul dengan anaknya?
17 Bayangkan situasi ini: Seorang bapa tidak membenarkan anak perempuannya Amsal 28:26) Mungkin anda dapat memikirkan prinsip-prinsip lain yang dapat membantu bapa dan anaknya dalam situasi ini.
YUSUF MELARIKAN DIRI DARIPADA PERBUATAN CABUL
18, 19. Apakah godaan yang dihadapi Yusuf, dan bagaimanakah dia menanganinya?
18 Yusuf, adik Dina, ialah seorang pemuda baik yang mengasihi Tuhan dan yang telah melarikan diri daripada perbuatan cabul. (Kejadian 30:20-24) Semasa dia masih kecil lagi, Yusuf telah nampak kesan buruk perbuatan kakaknya yang tidak bijak. Sudah tentu kejadian ini dan keinginan Yusuf untuk tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan telah melindunginya pada kemudian hari apabila dia berada di Mesir. Di situ, isteri tuannya menggodanya “setiap hari.” Sebagai seorang hamba, Yusuf tidak boleh meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat itu dengan begitu sahaja! Dia terpaksa menangani situasi itu dengan bijaksana dan tabah. Dia melakukan hal ini dengan menolak godaan isteri Potifar berulang kali, dan akhirnya dia melarikan diri daripada isteri Potifar.
19 Fikirlah tentang hal ini: Jika Yusuf telah berangan-angan tentang isteri Potifar, atau sering berkhayal Bagaimana mungkin saya melakukan perbuatan sejahat itu dan berdosa terhadap Tuhan?’
20. Bagaimanakah Yehuwa mengubah situasi Yusuf?
20 Cuba bayangkan betapa gembiranya Yehuwa apabila Dia melihat Yusuf mengekalkan integritinya hari demi hari walaupun dia muda dan berada jauh daripada keluarganya. (Amsal 27:11) Kemudian, Yehuwa mengubah situasi dia. Yusuf bukan sahaja dibebaskan dari penjara malahan dia dijadikan perdana menteri dan pentadbir makanan di Mesir! (Kejadian 41:39-49) Kata-kata di Mazmur 97:10 (ABB) memang benar, “Tuhan mengasihi orang yang membenci kejahatan; Dia melindungi hidup umat-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat”!
21. Bagaimanakah seorang saudara muda di Afrika menunjukkan bahawa dia berani mempertahankan piawaian moral Bible?
21 Hari ini, ramai hamba Tuhan pun menunjukkan bahawa mereka ‘membenci kejahatan’ dan ‘mencintai kebaikan.’ (Amos 5:15) Seorang saudara muda di Afrika telah mengatakan bahawa seorang gadis dalam kelasnya berani menawarkan seks sebagai balasan untuk pertolongannya dalam ujian matematik. “Saya menolak tawarannya dengan serta-merta,” katanya. “Dengan mengekalkan integriti, saya dapat menjaga maruah diri yang jauh lebih bernilai daripada emas dan perak.” Dosa mungkin membawa ‘kesenangan untuk sementara waktu,’ tetapi keseronokan sebegitu tidak berkekalan dan selalunya diikuti kesengsaraan. (Ibrani 11:25) Tambahan lagi, kesenangan sedemikian tidak boleh dibandingkan dengan kebahagiaan kekal yang dinikmati oleh mereka yang mematuhi Yehuwa.
TERIMALAH BANTUAN DARIPADA TUHAN YANG BERBELAS KASIHAN
22, 23. (a) Jika seorang Kristian melakukan dosa yang serius, adakah dia tidak mempunyai harapan lagi? (b) Apakah bantuan yang dihulurkan kepada seorang pesalah?
22 Oleh sebab kita tidak sempurna, kita perlu bergelut untuk menakluki keinginan yang berdosa dan melakukan apa yang baik di mata Tuhan. (Roma 7:21-25) Yehuwa sedar akan hal ini dan Dia tahu bahawa “kita ini debu belaka.” (Mazmur 103:14) Tetapi bagaimana pula jika seorang Kristian melakukan dosa yang serius? Adakah dia tidak mempunyai harapan lagi? Tidak sama sekali! Pesalah itu mungkin mengalami kesan buruk dosanya, seperti Raja Daud. Namun, Tuhan “suka mengampuni” mereka yang telah bertaubat dan yang “mengakui kesalahan” mereka.
23 Selain itu, Tuhan yang baik hati telah memberikan sidang Kristian gembala-gembala rohani yang matang, layak, dan sedia menghulurkan bantuan. (Efesus 4:8, 12; Yakobus 5:14, 15) Matlamat mereka adalah untuk membantu pesalah memulihkan hubungannya dengan Tuhan dan “menjadi lebih bijak” supaya dia tidak mengulangi dosanya.
“MENJADI LEBIH BIJAK”
24, 25. (a) Bagaimanakah pemuda yang diceritakan di Amsal 7:6-23 menunjukkan bahawa dia “bodoh”? (b) Bagaimanakah kita boleh “menjadi lebih bijak”?
24 Bible menceritakan tentang orang yang “bodoh” dan orang yang “menjadi lebih bijak.” (Amsal 7:7) Seseorang yang “bodoh” mungkin tidak mempunyai keupayaan menilai kerana dia tidak matang secara rohani dan kurang berpengalaman dalam khidmat Tuhan. Seperti pemuda yang diceritakan di Amsal 7:6-23, dia mungkin senang menjadi mangsa dosa yang serius. Tetapi orang yang “menjadi lebih bijak” menumpukan perhatian pada hati sendiri dengan mempelajari Firman Tuhan dan berdoa setiap hari. Dan walaupun tidak sempurna, dia menyelaraskan fikiran, keinginan, emosi, dan matlamat hidup supaya diperkenankan Tuhan. Maka, dia “mengasihi dirinya,” atau memberkati dirinya, dan “akan berjaya.”
25 Tanyalah diri: “Adakah saya yakin bahawa piawaian Tuhan adalah baik? Adakah saya benar-benar percaya bahawa dengan mengikut piawaian ini, saya akan hidup bahagia?” (Mazmur 19:8-11; Yesaya 48:17, 18) Jika anda mempunyai sedikit keraguan pun, cubalah mengatasinya. Renungkanlah akibatnya jika anda tidak mematuhi hukum Tuhan. Selain itu, “rasakanlah sendiri betapa baiknya [Yehuwa]” dengan menerapkan kebenaran Bible dalam kehidupan dan dengan memenuhi minda anda dengan perkara-perkara yang benar, adil, murni, elok, dan terhormat. (Mazmur 34:9; Filipi 4:8, 9) Anda boleh berasa pasti bahawa semakin anda melakukan hal ini, semakin anda akan mengasihi Tuhan, mencintai apa yang dicintai-Nya, dan membenci apa yang dibenci-Nya. Yusuf bukan seorang lelaki yang sempurna. Tetapi dia berjaya ‘menjauhkan diri daripada perbuatan cabul’ kerana dia membenarkan Yehuwa untuk membentuknya dan memberinya keinginan untuk menyenangkan hati Tuhan. Semoga anda juga berbuat demikian.
26. Apakah topik penting yang akan dibincangkan seterusnya?
26 Pencipta kita tidak menciptakan organ seks sebagai Amsal 5:18) Pandangan Tuhan mengenai perkahwinan akan dibincangkan dalam dua bab yang seterusnya.
alat permainan hanya untuk keseronokan, tetapi menciptakannya supaya kita dapat beranak cucu dan menikmati hubungan intim dalam perkahwinan. (^ per. 4 Angka yang dicatatkan dalam buku Bilangan merangkumi “pemimpin umat” yang dibunuh oleh para hakim (mungkin sebanyak 1,000 orang).
^ per. 7 Lihat juga “Pertanyaan Pembaca” (Questions From Readers) dalam The Watchtower, 15 Julai 2006 yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa untuk perbincangan mengenai maksud kenajisan dan maksiat.
^ per. 9 Perkataan “pornografi,” seperti yang digunakan di sini, merujuk kepada apa sahaja bahan erotik yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks sama ada dalam bentuk gambar, tulisan, atau suara. Contohnya, pornografi boleh merangkumi gambar seseorang dalam gaya erotik, dan juga penggambaran perbuatan seksual yang sangat lucah dan menjijikkan antara dua atau lebih individu.
^ per. 9 Pelancapan dibincangkan dalam rencana Lampiran “Melancap—Tabiat Buruk yang Boleh Diatasi.”