BAB 7
Tirulah Pandangan Tuhan tentang Nyawa
“Engkaulah sumber segala kehidupan.”
1, 2. Apakah hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, dan mengapakah hadiah ini sangat berharga hari ini?
BAPA kita di syurga telah memberi kita suatu hadiah yang sangat berharga, iaitu kehidupan sebagai manusia berakal yang boleh mencerminkan sifat-sifat-Nya. (Kejadian 1:27) Hadiah yang berharga ini membolehkan kita menaakul berdasarkan prinsip Bible. Dengan menerapkan prinsip Bible, kita menjadi orang yang matang secara rohani, yang mengasihi Yehuwa, dan yang mempunyai daya tanggapan yang “sudah terlatih untuk membezakan yang baik daripada yang jahat.”
2 Hari ini, dunia kita sangat rumit. Tiada hukum yang dapat meliputi setiap situasi yang mungkin timbul dalam kehidupan. Maka, kebolehan untuk menaakul berdasarkan prinsip Bible adalah sangat penting. Hal ini jelas dilihat dalam bidang sains perubatan, terutamanya sehubungan produk dan prosedur yang berkaitan dengan penggunaan darah. Subjek ini merupakan subjek yang penting bagi semua yang mahu mematuhi Yehuwa. Maka, jika kita memahami prinsip Bible yang berkaitan dengan subjek ini, kita boleh membuat keputusan bijak yang memuaskan hati nurani kita dan memastikan bahawa kita tetap hidup di bawah naungan kasih Tuhan. (Amsal 2:6-11) Pertimbangkanlah beberapa prinsip ini.
NYAWA DAN DARAH ADALAH SUCI
3, 4. Bilakah kali pertama Bible menunjukkan bahawa darah adalah suci, dan hal ini berdasarkan prinsip-prinsip apa?
3 Kali pertama Yehuwa menunjukkan kaitan rapat antara nyawa dengan darah adalah tidak lama selepas Kain membunuh Habel. Yehuwa juga menunjukkan bahawa nyawa dan darah adalah suci. Tuhan berkata kepada Kain, “Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah.” (Kejadian 4:10) Di mata Yehuwa, darah Habel mewakili nyawanya yang telah diragut secara kejam. Jadi, kita boleh mengatakan bahawa darah Habel berseru kepada Tuhan untuk meminta pembalasan.
4 Selepas Banjir pada zaman Nuh, Tuhan membenarkan manusia memakan daging binatang tetapi darahnya tidak boleh dimakan. Tuhan berkata, “Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana nyawa itu terkandung di dalam darah.” (Kejadian 9:4, 5, ABB) Perintah ini berkuat kuasa ke atas semua keturunan Nuh sehingga ke hari ini. Perintah ini menegaskan apa yang tersirat dalam kata-kata Tuhan kepada Kain sebelum ini
5, 6. Bagaimanakah Hukum Musa menunjukkan bahawa darah adalah suci dan berharga? (Lihat juga kotak “ Hormati Nyawa Binatang.”)
5 Hukum Musa juga menunjukkan bahawa darah mewakili nyawa dan darah adalah suci. Imamat 17:10, 11 (ABB) menyatakan, “Jika orang . . . makan darah, orang itu akan ditentang oleh Tuhan, dan dia tidak lagi dianggap sebagai anggota umat-Nya. Nyawa tiap-tiap makhluk terkandung di dalam darahnya. Itulah sebabnya Tuhan memberikan perintah supaya semua darah dituangkan ke atas mazbah untuk menghapuskan dosa umat. Darah, iaitu nyawa, menghapuskan dosa.” *
6 Jika darah binatang yang disembelih tidak digunakan di atas mazbah, darah itu mesti dicurahkan ke tanah. Maka secara simbolik, nyawa dikembalikan kepada Pemilik asal. (Ulangan 12:16; Yehezkiel 18:4) Tetapi, perhatikan bahawa orang Israel tidak perlu mengambil langkah yang keterlaluan untuk memastikan bahawa setiap titis darah dikeluarkan daripada daging binatang. Asalkan binatang itu disembelih dan darahnya dicurahkan dalam cara yang betul, orang Israel dapat makan daging binatang itu dengan hati nurani yang bersih, kerana hal ini menunjukkan bahawa hormat yang sewajarnya telah diberikan kepada Pengurnia Nyawa.
7. Bagaimanakah Daud menunjukkan hormat bagi kesucian darah?
7 Daud, “seorang yang menyenangkan hati [Tuhan],” memahami prinsip di sebalik hukum Tuhan mengenai darah. (Kisah 13:22) Pernah sekali semasa dia sangat dahaga, tiga orang askarnya menembusi pertahanan musuh, menimba air dari perigi, lalu membawanya kepada Daud. Apakah reaksi Daud? Dia berkata, “Aku tidak sanggup minum air ini. Jika aku meminumnya, seolah-olah aku minum darah tiga orang yang mempertaruhkan nyawa mereka!” Di mata Daud, air itu bagaikan darah askarnya. Jadi walaupun dia dahaga, dia “mencurahkan air itu sebagai persembahan kepada Tuhan.”
8, 9. Adakah pandangan Tuhan mengenai nyawa dan darah berubah apabila sidang Kristian ditubuhkan? Jelaskan.
8 Kira-kira 2,400 tahun selepas Tuhan memberikan perintah tentang darah kepada Nuh dan kira-kira 1,500 tahun
9 Maka jelaslah bahawa badan pimpinan masa awal memahami bahawa darah adalah suci, dan seperti penyembahan berhala atau perbuatan seksual yang haram, penyalahgunaan darah adalah salah dari segi moral. Hari ini, orang Kristian sejati mempunyai pendirian yang sama. Tambahan lagi, oleh sebab mereka membuat keputusan berdasarkan prinsip Bible, mereka dapat menyenangkan hati Yehuwa dalam soal penggunaan darah.
PENGGUNAAN DARAH DALAM BIDANG PERUBATAN
10, 11. (a) Apakah pandangan Saksi-Saksi Yehuwa terhadap transfusi darah utuh dan empat komponen darah yang utama? (b) Berkenaan darah, bilakah orang Kristian mungkin membuat keputusan yang berbeza-beza?
10 Saksi-Saksi Yehuwa memahami bahawa ‘menjauhi darah’ bermaksud tidak menerima transfusi darah, dan tidak menderma atau menyimpan darah sendiri untuk transfusi. Oleh sebab mereka menghormati hukum Tuhan, mereka juga tidak menerima empat komponen darah yang utama: sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan plasma.
11 Kini, melalui pemprosesan lanjut, komponen-komponen ini boleh diuraikan kepada pecahan kecil yang digunakan dalam pelbagai cara. Bolehkah seorang Kristian menerima pecahan kecil sebegini? Adakah dia akan menganggapnya sebagai “darah”? Setiap individu mesti membuat keputusan peribadi mengenai hal ini dan juga
12. Bagaimanakah kita patut memandang dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan hati nurani?
Amsal 17:3; 21:2; 24:12) Jadi, selepas berdoa dan melakukan penyelidikan mengenai produk atau prosedur perubatan tertentu, kita patut mengikut hati nurani kita yang dilatih oleh Bible. (Roma 14:2, 22, 23) Orang lain tidak patut memaksa kita membuat keputusan yang sama dengan mereka. Kita pun tidak patut bertanya, “Apakah yang akan anda lakukan jika anda menghadapi situasi yang sama dengan saya?” Dalam hal sebegini, orang Kristian harus “memikul tanggungjawab masing-masing.” *
HUKUM BAPA KITA MENCERMINKAN KASIHNYA
13. Hukum dan prinsip Yehuwa menyingkapkan apa mengenai diri-Nya? Jelaskan.
13 Hukum dan prinsip yang terdapat dalam Bible menunjukkan bahawa Yehuwa merupakan Penggubal undang-undang yang bijaksana dan Bapa penyayang yang benar-benar mengambil berat tentang kesejahteraan anak-anak-Nya. (Mazmur 19:8-12) Walaupun perintah untuk “tidak makan [“menjauhi,” NW] . . . darah” tidak diberikan sebagai peraturan kesihatan, perintah ini melindungi kita daripada kerumitan yang berkaitan dengan transfusi darah. (Kisah 15:20) Sebenarnya, ramai dalam bidang perubatan memandang pembedahan tanpa darah sebagai rawatan perubatan moden yang terbaik. Bagi orang Kristian sejati, hal ini mengesahkan kebijaksanaan dan kasih Yehuwa yang tiada tolok bandingnya.
14, 15. (a) Apakah hukum-hukum yang memperlihatkan kasih Tuhan terhadap umat-Nya? (b) Bagaimanakah anda dapat menerapkan prinsip di sebalik hukum-hukum ini?
14 Banyak hukum Tuhan memperlihatkan bahawa Dia prihatin terhadap kesejahteraan orang Israel kuno. Contohnya, Dia menghendaki orang Israel untuk memasang pagar di sekeliling bumbung rumah untuk mengelakkan kemalangan, kerana banyak aktiviti dijalankan di bumbung rumah. (Ulangan 22:8; 1 Samuel 9:25, 26; Nehemia 8:16; Kisah 10:9) Tuhan juga memerintah supaya lembu jantan yang berbahaya dikurung. (Keluaran 21:28, 29) Jika perintah-perintah ini diingkari, hal ini menunjukkan bahawa orang itu langsung tidak mengambil berat tentang kesejahteraan orang lain dan mungkin menanggung hutang darah.
15 Bagaimanakah anda dapat menerapkan prinsip di sebalik hukum-hukum ini? Fikirlah tentang kenderaan, tabiat memandu, haiwan peliharaan, rumah, tempat kerja, dan pilihan rekreasi anda. Di sesetengah negara, kemalangan merupakan penyebab utama kematian dalam kalangan orang muda. Hal ini berlaku kerana mereka selalu mengambil risiko yang tidak perlu. Walau bagaimanapun, orang muda yang ingin tetap hidup di bawah naungan kasih Tuhan menghargai nyawa dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang berbahaya demi keseronokan. Mereka tidak berfikir bahawa mereka masih muda dan tidak akan tercedera. Sebaliknya, mereka menikmati masa muda mereka dengan mengelakkan apa-apa yang mungkin menyakiti mereka.
16. Berkenaan pengguguran, apakah prinsip Bible yang dapat digunakan? (Lihat juga nota kaki.)
16 Nyawa seorang bayi yang belum lahir pun berharga di mata Tuhan. Hukum Musa menyatakan, “Jika beberapa orang berkelahi dan mereka mencederakan seorang wanita yang hamil . . . jika kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa berlaku, maka pesalah mesti memberikan nyawa ganti nyawa.” * (Keluaran 21:22, 23, NW) Jadi, jika seseorang mencederakan seorang wanita hamil, dan wanita itu atau bayinya mati, Tuhan menganggap pesalah itu sebagai seorang pembunuh dan hukumannya ialah “nyawa ganti nyawa.” Bayangkanlah perasaan Yehuwa apabila Dia melihat begitu banyak bayi yang belum lahir sengaja digugurkan setiap tahun kerana orang mementingkan diri atau mengutamakan hawa nafsu mereka.
17. Bagaimanakah anda dapat melegakan hati seorang wanita yang telah menggugurkan anaknya sebelum mempelajari piawaian Tuhan?
17 Tetapi bagaimana pula dengan seorang wanita yang menggugurkan anaknya sebelum mempelajari kebenaran Bible? Adakah Tuhan akan mengampuninya? Sudah tentu, jika seseorang benar-benar bertaubat, dia boleh yakin bahawa Yehuwa akan mengampuninya atas dasar darah Yesus yang telah dicurahkan. (Mazmur 103:8-14; Efesus 1:7) Kristus sendiri berkata, “Aku datang bukan untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang berdosa supaya mereka bertaubat daripada dosa.”
HINDARI PEMIKIRAN YANG MEMUDARATKAN!
18. Menurut Bible, apakah punca utama banyak penumpahan darah?
18 Sekadar tidak mencederakan orang lain tidak mencukupi. Yehuwa mahu kita membuang kebencian dari hati kita kerana kebencian merupakan punca banyak penumpahan darah. Hawari Yohanes menulis, “Sesiapa membenci saudaranya, dia pembunuh.” (1 Yohanes 3:15) Orang sebegitu bukan hanya tidak menyukai saudaranya, tetapi berharap saudara itu mati. Kebenciannya mungkin diperlihatkan melalui fitnah yang berniat jahat, atau tuduhan palsu yang akan membawa hukuman Tuhan jika terbukti benar. (Imamat 19:16; Ulangan 19:18-21; Matius 5:22) Jadi, betapa pentingnya bagi kita menyingkirkan apa sahaja niat jahat yang mungkin tersemat di hati!
19. Bagaimanakah seseorang yang dibimbing oleh prinsip Bible memandang ayat di Mazmur 11:5 dan Filipi 4:8, 9?
19 Mereka yang menghargai nyawa seperti Yehuwa, Mazmur 11:5 menyatakan bahawa Yehuwa “sangat membenci orang yang mencintai keganasan.” Ayat ini bukan sekadar memberitahu kita tentang keperibadian Tuhan, tetapi merupakan prinsip yang membimbing kita dalam kehidupan. Ayat ini mendorong mereka yang mengasihi Tuhan untuk menghindari semua bentuk hiburan yang mungkin membangkitkan selera untuk keganasan. Selain itu, memandangkan Yehuwa suka akan kedamaian, hamba-hamba-Nya didorong untuk mengisi hati dan minda mereka dengan perkara-perkara yang baik, yang murni, dan yang patut dipuji, kerana hal ini akan membawa kedamaian.
JAUHI ORGANISASI YANG BERHUTANG DARAH
20-22. Apakah pendirian orang Kristian terhadap dunia ini, dan mengapa?
20 Di mata Tuhan, seluruh dunia Syaitan berhutang darah. Sistem politiknya yang digambarkan dalam Bible sebagai binatang buas telah membunuh banyak orang, termasuk ramai hamba Yehuwa. (Daniel 8:3, 4, 20-22; Penyingkapan 13:1, 2, 7, 8) Dunia perdagangan dan sains telah bekerjasama dengan “binatang” ini untuk menghasilkan senjata-senjata yang amat mengerikan yang memberi mereka keuntungan yang sangat besar. Ya, sememangnya “seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis”!
21 Pengikut Yesus “bukan milik dunia” tetapi berpendirian neutral dalam hal ehwal politik dan peperangan. Maka, mereka menghindari hutang darah secara individu atau kumpulan. * (Yohanes 15:19; 17:16) Dengan meniru teladan Kristus, mereka tidak membalas keganasan dengan keganasan apabila orang lain menganiaya mereka. Sebaliknya mereka menunjukkan kasih kepada musuh, serta berdoa untuk mereka.
22 Yang penting sekali, orang Kristian sejati mengelakkan Babilon Besar, iaitu empayar agama palsu sedunia yang merupakan organisasi yang paling berhutang darah. Firman Tuhan menyatakan, ‘Darah penubuat-penubuat dan darah umat Tuhan didapati di dalam kota itu
23. Apakah yang perlu kita buat jika kita ingin keluar dari Babilon Besar?
23 Jika kita ingin keluar dari Babilon Besar, kita bukan sahaja perlu menyingkirkan nama kita daripada senarai anggotanya, malah kita perlu membenci amalan fasiq yang diterima atau digalakkan secara terbuka oleh agama palsu seperti perbuatan yang tidak bermoral, penglibatan dalam politik, dan pemburuan kekayaan secara tamak. (Mazmur 97:10; Penyingkapan 18:7, 9, 11-17) Sememangnya, perbuatan sedemikian sering kali berakhir dengan penumpahan darah!
24, 25. Mengapakah Tuhan dapat menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang berhutang darah tetapi telah bertaubat, dan bagaimanakah hal ini digambarkan pada zaman Bible?
24 Sebelum mengamalkan penyembahan sejati, setiap seorang daripada kita telah menyokong sistem Syaitan dalam aspek tertentu dan dengan itu menanggung hutang darah. Walau bagaimanapun, oleh sebab kita telah mengubah kelakuan kita, menaruh kepercayaan dalam korban tebusan Kristus, dan membaktikan diri kepada Tuhan, kita menerima belas kasihan Tuhan dan perlindungan rohani. (Kisah 3:19) Perlindungan ini digambarkan oleh kota perlindungan pada zaman Bible.
25 Bagaimanakah aturan ini berfungsi? Orang Israel yang menyebabkan kematian orang lain secara tidak sengaja harus melarikan diri ke salah sebuah kota perlindungan. Setelah hakim-hakim yang layak membuat keputusan mengenai hal itu, pembunuh yang tidak sengaja itu harus tinggal di kota perlindungan sehingga kematian penghentar agung. Kemudian dia boleh tinggal di mana sahaja. Sememangnya aturan ini menonjolkan sifat belas kasihan Tuhan serta betapa berharganya nyawa manusia di mata Tuhan! Kota perlindungan pada masa kuno boleh disamakan dengan pemberian Tuhan hari ini yang didasarkan pada korban tebusan Kristus. Pemberian ini melindungi kita daripada dihukum mati jika kita melanggar perintah Tuhan mengenai kesucian nyawa dan darah secara tidak sengaja. Adakah anda menghargai pemberian ini? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda menghargainya? Salah satu cara adalah dengan menjemput orang lain untuk “tinggal” bersama anda dalam kota perlindungan kiasan, terutamanya kerana kesengsaraan besar sudah mendekat.
HARGAI NYAWA DENGAN MENYERANTAKAN BERITA KERAJAAN TUHAN
26-28. Bagaimanakah situasi kita hari ini serupa dengan situasi penubuat Yehezkiel, dan bagaimanakah kita dapat terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan?
26 Situasi umat Tuhan hari ini mengingatkan kita tentang situasi penubuat Yehezkiel pada masa lampau. Dia ditugaskan oleh Yehuwa sebagai penjaga rohani umat Israel. Tuhan berkata, “Engkau mesti menyampaikan amaran-Ku kepada mereka.” Jika Yehezkiel gagal melaksanakan tugasnya, dia akan bertanggungjawab atas kematian penduduk Yerusalem apabila mereka dihukum oleh Tuhan. (Yehezkiel 33:7-9) Tetapi Yehezkiel mematuhi Tuhan dan tidak menanggung hutang darah.
27 Kita tahu bahawa tidak lama lagi seluruh dunia Syaitan akan dibinasakan. Oleh itu, Saksi-Saksi Yehuwa memandang tugas untuk menyerantakan hari pembalasan Tuhan serta berita Kerajaan Tuhan sebagai satu kewajipan dan penghormatan. (Yesaya 61:2; Matius 24:14) Adakah anda melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam kerja penting ini? Hawari Paulus memandang serius kerja penyebarannya. Maka, dia dapat berkata, ‘Jika sesiapa antara kamu binasa kelak, hal itu bukan tanggungjawabku [aku tidak berhutang darah]. Aku tidak pernah melalaikan tugas untuk menjelaskan segala kehendak Tuhan kepada kamu.’ (Kisah 20:26, 27, ABB) Sememangnya, kita harus meniru contohnya!
28 Jika kita ingin terus hidup di bawah naungan kasih Bapa kita yang penyayang, sekadar mempunyai pandangan yang sama dengan Yehuwa mengenai nyawa dan darah tidak mencukupi. Kita juga perlu tetap bersih, atau suci, di mata-Nya seperti yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
^ per. 5 Mengenai pernyataan Tuhan, “Nyawa tiap-tiap makhluk terkandung di dalam darahnya,” majalah Scientific American menyatakan, “Walaupun darah boleh melambangkan nyawa, pernyataan ini adalah benar secara harfiah: setiap jenis sel darah diperlukan untuk kehidupan.”
^ per. 12 Lihat Awake! Ogos 2006, muka surat 3-12 yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
^ per. 16 Sesetengah terjemahan Bible menunjukkan bahawa kematian wanita hamil sahaja yang akan membawa hukuman mati. Namun begitu, ahli-ahli leksikografi Bible menyatakan bahawa susunan kata dalam teks Ibrani “jelas sekali tidak boleh merujuk kepada kecederaan yang menimpa wanita itu sahaja.” Perhatikan juga bahawa Bible tidak menyatakan bahawa umur embrio atau janin (fetus) mempengaruhi penghakiman Yehuwa.
^ per. 21 Lihat Bab 5, “Cara Mengasingkan Diri daripada Dunia.”
^ per. 70 Untuk maklumat terperinci, lihat Lampiran “Pecahan Kecil Darah dan Prosedur Pembedahan.”